ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Wednesday, February 27, 2013

Pt 3 : Langkawi (5H4M) - Underwater World

Underwater World ialah satu tempat tarikan pelancong dan pengunjung di Langkawi. Sesiapa yang berkunjung ke Langkawi pasti akan mengunjungi tempat ini. Walaupun semasa kunjungan kami terakhir dulu kami dah masuk ke sini, tapi kali ini kami nak masuk dan tengok lagi. Dengan itu, lepas sarapan pagi kami pun gerak ke sana. Gambar-gambar akan bercerita ...

Tak ramai orang sebab bukan peak season dan masih awal pagi

Masuk, Abah beli tiket ...

Di tempat ambil tiket pun tak ada orang

Abah kata tiketnya mahal, tak sepatutnya begitu bagi pengunjung tempatan; mmm...

Di hadapan kaunter tiket terdapat akuarium yang agak besar dan menarik juga. Oleh itu, sebelum masuk, kami berlegar-legar dahulu melihat ikan-ikan di dalam akuarium ini. Seronok ...

Bergambar ramai depan akuarium

Leka tengok ikan-ikan di sini

Aku dan Wati mengambil kesempatan bergambar juga

Eppp ... jangan lari, meh bergambar!

Yana dan Wani leka tengok ikan-ikan tu

Dah puas tengok ikan di akuarium kat luar tu, kami pun masuk ke dalam. Mula-mula, jumpa bekas kaca dengan cicak ...

Satu spesies cicak

Satu spesies yang lain

Kemudian, sampai pula ke sebuah kolam yang besar dengan air terjun mini, dan infrastukturnya cantik. Di dalam kolam ini terdapat pelbagai jenis ikan air tawar ...

Masing-masing leka tengok ikan dan ambil gambar

Dan ... nak mengabadikan gambar kat tempat yang nyaman ini

Zafhri dan Wani bergambar dengan ikan-ikan tu

Beberapa spesies ikan di dalam kolam ini

Kemudian ...

Lalui satu pintu, siap bergambar lagi!

Masuk ke kawasan terbuka yang dibuat seperti semula jadi untuk pelbagai jenis haiwan pula. Kawasannya luas dan nyaman ...

Hijau dan natural dengan beberapa spesies burung

Dengan 'seorang' burung lagi! haha ...

Ada spesies cicak yang tidak dikurung juga ...

Apa namanya, entah!

Bila tengok yang ini, teringat Lizzie yang pernah kami bela dulu, tapi dah mati

Jalan lagi, jumpa burung yang agak besar ni ...

Jenis peacock kot

'Burung' petak-petak ekor kuda mengintai ...

Jalan lagi, ada akuarium ikan tawar lagi, dan terdapat burung jenis itik kot ...

Jenis itik ke?

Ada kura-kura 

Burung jenis parrot ni pulak elok jer duduk kat sini ... cantik pulak tu ...

Cantik ...

Yana and the beautiful bird

Lagi burung ...

Burung apa ntah ...

Belibis?

Air terjun ini pula sangat mendamaikan ...

Mendamaikan ...

Bergambar

Menikmati ...

Air terjun yang ini lagi mempesonakan, tinggi dan nampak natural ...

Nice!

I like these pictures!

Memang kawasan ni dibuat nampak natural...

Ada air terjun, akuarium dan persekitaran hijau

Panas, dan masing-masing dah mula letih

Letih-letih pun, kami jalan lagi sebab banyak lagi yang nak ditengok. Dan ... dah sampai ke tempat penguin pulak ...

Haha ... Wani penguin!

Satu spesies penguin dalam persekitaran semula jadinya di darat ...

Penguin dalam persekitaran semula jadinya

Penguin mesti dikaitkan dengan Wani, hehe

Masing-masing leka

Macam itik bila penguin ni berenang di permukaan air

Manja dan gedik penguin ni

Ada satu spesies penguin lagi dalam persekitaran semula jadinya di darat...

Teringat cerita "Happy Feet"

Nampak santainya penguin ni semua

Masing-masing leka pulak tengok penguin jenis ini

Jalan-jalan jumpa pula satu kolam penguin yang gedik, mengacah-acah dia. Anak-anak apa lagilah  ...

Yana, Yana

Wani joined

Abang pun joined

Selain ada penguin di tempat kediaman semula jadinya di darat, Underworld menyediakan persekitaran penguin di dalam air, untuk pengunjung ...

Terowong laluan pengunjung untuk melihat peguin berenang di dalam air pula

Dapat tangkap gambar penguin yang sedang berenang; sangat laju!

Jalan lagi, lalulah pulak di tempat ni ...

hehe ... Yana

Iya, iya jer Yana dan Wani ni!

Dan ...

Penguin menunjukkan arah ...

Bila ikut arah yang ditunjukkan oleh 'penguin' tu, kami sampai ke kawasan pelbagai jenis ikan di dalam akuarium ...

Kerapu??

Tak tahu ikan apa

Aku leka tengok ikan pari ni ...

Majestic!

Ikan-ikan ni cantik; aku suka tengok tapi tak tahu nama. Namanya ada ditulis pada akuarium tu, tapi aku malas nak baca. Aku leka tengok kecantikan makhluk Allah ni dan snap gambarnya ...

Cantik-cantik belaka

Yang ini pulak? Pun cantik juga dengan ciri-ciri istimewanya yang tersendiri ...

Ikan buntal

Sampai pula ke kumpulan makhluk lembut dasar laut ...

Tapak sulaiman dan karang hidup?

Yang ini sangat cantik ...

Karang hidup? Macam bunga. Yang di luar akuarium tu pun cantik!

Spesies hidupan dasar laut lagi ...

Apakah ini?

Landak laut?

Yang ini pulak cantik-cantik, bergerak-gerak seperti bunga yang ditiup angin ...

'Bunga laut', hehe

Yang ini nampak seperti ranting kayu ...

'Ranting' yang bercahaya di dalam air

Beberapa hidupan lain ...

Cantik warna udang ni

Kuda laut

Cari benda tersembunyi, ingatkan rumput jer tapi ada haiwan ...

Rumput ...

Bukan rumput jer, tapi ada seekor haiwan tu

Yang ini menakjubkan ...

Obor-obor ni pasti bisa sebab ekornya panjang

Nice shot; Abah dengan obor-obor di belakang tu

Aku pulak leka tengok belut ni berebutkan lubang. Yang sekor tu dah duduk di dalam lubang tu, tapi yang sekor tu cuba nak masuk; manalah nak dapat masuk lagi ke lubang tu ...

Ish, geli pulak tengok. Macam ular!

Dah habis tengok hidupan dalam akuarium kecil, sampai pula ke sebuah akuarium besar yang menempatkan ikan yu ...

Besar-besar juga ikan yu ini; tak tahu spesies apa

Persekitaran yang kondusif, siap dengan replika bot karam

Jalan lagi, sampai pula ke dewan pameran pelbagai siput ...

Leka 

Manja-manja Abah semua

Karang-karang yang di dalam akuarium ini pula semua sangat cantik dan menarik ...

Cantik-cantik dan nyaman melihatnya

Yang ini jenis lebar pula ...


Lagi ...

Karang yang cantik dan ikan yang comel

Akhirnya, kami sampai ke akuarium yang paling besar dan menempatkan ikan yang besar-besar belaka ...

Di kiri, kanan dan atas ialah akuarium

Kami menghabiskan masa yang lama di sini melihat ikan yang besar-besar berenang di sekeliling kami; kiri, kanan dan atas. Sambil melihat ikan-ikan tu, masing-masing bergambar ...

Bergambar berlatarbelakangkan ikan-ikan

Ikan ni besar

Ikan pari

Belut dan ikan kerapu ni berpasangan pulak

Belut dan jerung pasir???

Bergambar dengan belut! hehe

Di dalam perjalanan melihat apa yang ada di dalam Underwater World ini, terdapat juga beberapa kiosk menjual cendera hati. Kami hanya melihat sahaja apa yang dijual ...

Yana biasalah kalau jumpa benda-benda macam ni, leka dia

Sebelum keluar, terdapat kedai cendera hati yang besar. Pun, kami tak beli apa-apa, cuma Wati beli skarf dan aku beli mug untuk Adriana dan Aidil ...

Kedai cendera hati yang besar

Apabila meneroka Underwater World ni, aku menjangkakan hidupan air dan marin sahaja yang ada, tetapi juga haiwan lain seperti burung dan cicak. Abah kata kunjungan yang dahulu lagi best tempat ni, entah ... aku tak berapa ingat. Selepas selesai meneroka apa yang ada di dalam Underwater World ini, kami berhasrat nak pergi naik cable car, tiba-tiba dalam penyelenggaraan pulak hari tu, aisayyy ... Nak pergi ke Bird Paradise tapi tak jumpa tempat pulak. Malang, tunda juga. Pergi round round jer ...