Pada 4 Februari 2014, kami sekeluarga 6 orang sepatutnya pergi melancong ke Turki. Akan tetapi, aku dan abah tidak dapat pergi kerana passport antarabangsa kami terpaksa dihantar ke Kedutaan Arab Saudi untuk urusan pergi Umrah pada pertengahan bulan Februari. Disebabkan kami suami isteri tidak dapat pergi maka abang (anak lelakiku) juga membatalkan hasratnya untuk ke Turki. Maka, hanya Wati, Yana dan Wani yang pergi setelah segala persiapan tempahan tiket dan ground tourist guide selesai diuruskan dengan sempurna. Selamat melancong anak-anakku ...
Memandangkan abang tak pergi dan kami pun rasa sedikit ralat tak dapat pergi, maka kami bercadang pergi ke Kota Kinabalu (KK) pula. Abah dan abang pun tak pernah ke sana, sedangkan aku telah beberapa kali ke sana semasa bekerja dulu. Tempahan tiket dan hotel telah dibuat. Kami berhasrat untuk menghabiskan masa di sana selama 4 hari 3 malam.
Hari Bertolak ke KK, 10 Feb 2014
Kami bertolak ke KK pada 10 Februari 2014. Pada hari tu, selepas makan tengah hari, kami pun bertolak ke KLIA. Sampai di sana, kami check-in di mesin, tetapi ditolak. Apabila di lihat betul-betul, rupa-rupanya kami sepatutnya berlepas pada jam 3.45. Astagfirullah ... kami terlupa akan pusingan jam 24 jam. Mati-mati aku ingatkan 3.45 petang, pada hal 3.45 pagi. Kalau 3.45 petang, ia akan dicetak sebagai 15.45. Aduh, lalainya aku kali ni.
Hari Bertolak ke KK, 10 Feb 2014
Kami bertolak ke KK pada 10 Februari 2014. Pada hari tu, selepas makan tengah hari, kami pun bertolak ke KLIA. Sampai di sana, kami check-in di mesin, tetapi ditolak. Apabila di lihat betul-betul, rupa-rupanya kami sepatutnya berlepas pada jam 3.45. Astagfirullah ... kami terlupa akan pusingan jam 24 jam. Mati-mati aku ingatkan 3.45 petang, pada hal 3.45 pagi. Kalau 3.45 petang, ia akan dicetak sebagai 15.45. Aduh, lalainya aku kali ni.
Sudah begitu takdirnya, terpaksalah kami membeli tiket lain; yang ada pada jam 21.00 (10.00 malam). Berumah tanggalah kami di airport hingga malam. Apo nak dikato, kami melepak-lepaklah di airport. Akhirnya, sampailah masanya kami boarding ...
Selfie dalam kapal terbang
Dalam kapal terbang, kami terperanjat kerana tanpa disangka-sangka terserempak dengan sepupu abah, Tuty, yang bertugas dalam penerbangan kami. Apabila sampai di KK, kami sempatlah berposing sebelum turun dari kapal terbang. Selesai check-out, kami terus ke hotel dan sampai ke bilik kira-kira jam 1.00 pagi; penat. KK kami datang ...
Berposing dengan Tuty
Hari Pertama di KK, 11 Feb 2014
Pada paginya, abah menyewa kereta melalui hotel, dan dapatlah kereta Viva. Viva pun Vivalah, janji kami dapat 'kaki' nak berjalan. Pusing punya pusing tak tau ke mana nak dituju, kami pun menghala ke Kundasang. Dalam perjalanan, kami singgah di jambatan lama Tamparuli (jambatan gantung) yang selalu disebut-sebut tu ...
Pada paginya, abah menyewa kereta melalui hotel, dan dapatlah kereta Viva. Viva pun Vivalah, janji kami dapat 'kaki' nak berjalan. Pusing punya pusing tak tau ke mana nak dituju, kami pun menghala ke Kundasang. Dalam perjalanan, kami singgah di jambatan lama Tamparuli (jambatan gantung) yang selalu disebut-sebut tu ...
Jambatan gantung yang merentangi sungai
Posing di jambatan
Dah puas melihat-lihat dan berposing, kami pun meneruskan perjalanan. Biasanya, dalam perjalanan ini Gunung Kinabalu jelas kelihatan dan sangat mengagumkan. Setiap kali ke sini dahulu, pemandangan itulah yang sangat indah bagiku. Aku kagum dengan ciptaan Allah itu. Namun, pada kali ini hari hujan dan persekitaran sangat berkabus, maka tak ada rezekilah kami hendak melihat Gunung Kinabalu ...
Hari hujan dan persekitaran berkabus
Walau bagaimanapun, kami meneruskan perjalanan. Kami sampai di Kundasang dan singgah di Taman Kinabalu, tempat yang sering ku kunjungi semasa bertugas dahulu ...
Masuk ke Taman Kinabalu
Nostalgia ... di sinilah aku sering memberikan bimbingan penulisan kepada staf Taman-taman Sabah (TTS), dalam banyak siri Bengkel Penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kunjunganku kali ini pun dengan harapan aku dapat bertemu dengan rakan penulisku yang bekerja di sini.
Papan tanda taman ini, yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia
Abang bergambar di hadapan pintu utama galeri
Pertemuan tidak dirancang yang sangat bermakna buatku
Selepas puas berbual dan bercerita, kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Dalam perjalanan kadang-kadang berjumpa hujan dan kadang-kadang tidak, maka ada jalan yang berkabus dan ada yang terang. Di jalan yang tidak berkabus dan selepas hujan, persekitarannya kelihatan sangat indah dan nyaman. Seperti terasa-rasa udaranya yang segar dan bersih ...
Jalan yang dilalui; berkabus, hujan dan terang
Yang paling indah dan menarik perhatianku ialah pemandangan kampung-kampung yang terdapat di lereng-lereng bukit, selepas hujan ...
Begitu indah pemandangan ini
Kami sampai di gerai sayur-sayuran di tepi jalan. Kami singgah melihat pelbagai sayur-sayuran yang terdapat di situ. Terliur nak membelinya melihatkan sayur-sayur yang begitu segar dijual dengan harga yang murah pula. Memikirkan masalah nak membawa balik ke KL, aku lupakan saja hasratku itu. Nanti sampai KL semua dah tak segar lagi. Tengok-tengok dan bergambar sajalah ...
Geram melihat sayur-sayuran yang pelbagai
Berposing jerlah dengan sayur-sayur tu
Di seberang jalan tu pula terdapat gerai yang menjual pelbagai pokok bunga. Kami tak pergi menjengah ke gerai tersebut; nanti meleleh air liur saja dibuatnya ...
Gerai yang menjual bunga
Kami meneruskan perjalanan ke pekan Ranau dan makan di sana. Selesai makan, kami turun semula menuju ke bandar KK kerana hari pun dah petang. Dalam perjalanan, kami selang-seli menempuh hujan dan terang. Agak menakutkan juga dengan keadaan yang berkabus dan jalan basah, terutama sekali apabila berselisih dengan lori atau kenderaan yang besar. Namun, aku sangat teruja dengan pemandangan persekitaran yang begitu indah. Terasa seperti berada di luar negeri yang bersalji pulak. Apabila hampir sampai ke bawah, kabus semakin kurang tetapi hari dah mula nak masuk senja .
Keadaan hujan dan sangat berkabus
Kabus semakin kurang
Keadaan semasa hujan dan selepas hujan
Keadaan hujan dan berkabus menghalang pemandangan gunung dan banjaran gunung
Hampir sampai ke bawah tiada hujan dan kabus, tetapi hari hampir senja
Terang dan indah pemandangan hampir senja
Dalam perjalanan turun, kami melalui jalan lain. Dengan itu, kami tidak menemui Jambatan Tamparuli gantung yang kami lalui semasa naik. Akan tetapi, kami melalui Jambatan Tamparuli besi, yang baru ...
Jambatan Tampauli besi
Akhirnya, kami sampai ke bandar KK dan hari dah gelap. Kami terus ke hotel kerana dah terasa letih. Sampai di hotel, kami memotong buah yang dibeli di Kundasang, iaitu buah tarap. Buah ini memang popular di Sabah dan Sarawak. Rupa dan isinya seperti buah cempedak, cuma saiznya kecil. Apabila dibuka, baunya agak kuat dan tidak begitu enak, tetapi rasanya manis ...
Buah tarap
Setelah puas berehat, samapailah masanya untuk kami keluar mengisi perut pula. Kami jalan-jalan jugalah di kawasan Pasar Filipina, melihat-lihat sambil memerhatikan kedai makan. Kami merayau-rayau di food court di Pasar Filipina tu, namun rasa tak sesuai bagi kami.
Meninjau food court di Pasar Filipina
Makanan yang dijual
Keadaan di food court
Macam susah jer nak cari kedai makan yang sesuai dengan kehendak kami, terus kami makan malam di Restoran McD sahaja. Nak pergi merayau mencari kedai makan di tempat lain tak taulah pulak, tambahan hari malam. McD pun McD tak apalah, janji perut terisi. Hari pun dah mula larut, kami balik ke hotel dan booom ...
Hari Kedua di KK, 12 Feb 2014
Pagi-pagi lagi abah keluar mencari makanan (pihak hotel tidak menyediakan sarapan) dan kami bersarapan di dalam bilik sahaja. Selesai bersarapan, kami turun berjalan-jalan di waterfront. Cantik pemandangan dan ramai juga orang berjalan-jalan di situ ...
Waterfront
Pengunjung di waterfront
Pemandangan dari waterfront
Pangkalan nelayan di hujung waterfront
Berposing
Lagi berposing
Setelah puas menikmati keindahan pemandangan di sini dan berposing, kami pun pergi ke Pasar Filipina yang sangat popular di Sabah. Di sini, terdapat bahagian pasar basah yang menjual ikan dan sayuran segar, menjual makanan ringan, menjual accessories dan menjual hasil kering laut ...
Pemandangan di luar pasar dan bahagain dalam yang menjual makanan ringan
Bahagian menjual accessoris
Seperti pengunjung lain yang datang ke sini, pastinya kami menghabiskan masa yang agak lama di bahagian yang menjual accessories. Bukannya membeli sangat, tetapi kami lebih kepada mencuci mata. Dah puas mencuci mata di situ, kami bergerak pula ke bahagian yang menjual hasil kering laut. Di sinilah kami banyak membeli ikan bilis dan udang kering.
Dah selesai membeli-belah, kami pergi ke Likas. Pemandangan di sini cantik dan nyaman kerana jalannya menyusur laut. Melalui jalan ini, di kejauhan akan kelihatan bangunan Yayasan Sabah . Semasa sampai, cuaca kelihatan mendung dan berangin ...
Cuaca mendung dan berangin dalam perjalanan pergi
Pemandangan di tengah laut
Di Likas, kami singgah di Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah. Pengarahnya ialah bekas ketuaku semasa di Bahagian Sains dan Teknologi dan Bahagian Multimedia suatu ketika dahulu. Dah kebetulan sampai di sana, teringin pula aku nak bertemu dengan beliau, En. Jamaluddin Mohd. Sulong. Kunjunganku tidak dimaklumkan kepada beliau. Memang rezeki, En. Jamal ada di ofis, dan dapatlah kami berjumpa dan berbual-bual.
Dah puas berbual, kami pun bergerak balik ke bandar. Dalam perjalanan, hujan agak lebat maka tak dapatlah nak menikmati pemandangan yang cantik di situ. Namun, kami dapat juga melihat masjid negeri yang terletak di Likas ...
Hujan lebat dalam perjalanan balik
Masjid negeri
Apabila menghampiri bandar KK, dapat juga aku merakamkan gerbang dan arca ini ...
Gerbang yang dilalui
Arca yang dijumpai
Memandangkan telah sehari suntuk kami berjalan, kami terus balik ke hotel dan berehat. Pada malamnya, kami pergi ke rumah En. Jamal memenuhi undangan beliau makan malam di rumahnya. Alhamdulillah, tak adalah kami melilau mencari tempat makan. Dah kenyang dan puas berbual lagi, kami pun balik ke hotel. Di depan hotel ada pulak Satrbucks, maka kami pun singgah pekena kopi dulu. Selesai, kami terus naik ke hotel berkemas untuk balik pada esuk harinya.
Bertolak Balik, 13 Feb 2014
Pagi-pagi lagi abah memulangkan kereta sewa dan kami mengambil teksi ke airport. Memandangkan kami mengambil penerbangan Air Asia, lokasi airportnya tidak sama dengan airport yang biasa ku kunjungi sebelum ini. Sementara menunggu penerbangan, kami berlegar-legar jer. Terasa lapar juga perut, tapi tak mengapa kerana aku telah memesan makanan dalam kapal terbang. Akhirnya, sampailah masa penerbangan dan zasss ... sampai LCCT KL. Selamat kembali kami ke KL dan rumah. Insya-Allah, di lain masa ada rezeki kami ke Sabah lagi sekeluarga, aamiin ...