ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Friday, May 31, 2013

Pt 8 Final : Langkawi (5H4M) - Balik

Setelah 4 hari mengukur jalan di Langkawi dan 'tawaf kidai' di sana, pada hari kelima sampailah masanya kami keluar dari pulau legenda tu. Pada malamnya, kami dah sedia packing dan berkemas. Pagi-pagi lepas bersarapan di hotel, kami check-out dan bertolak ke jeti. Sampai di jeti, abah memulangkan kereta sewa dan membeli tiket ke Kuala Perlis.

Menunggu abah beli tiket

Masuk ke dalam

Memandangkan feri akan berlepas dalam masa setengah jam lagi, maka terpaksalah kami 'melepak' dulu kat dalam di tempat menunggu tu ...

Kerenah masing-masing kerana bosan menunggu

Selepas setengah jam, semua penumpang dikehendaki menaiki feri ...

Nak naik feri

Sambil-sambil tu sempat juga aku klik-klik pemandangan di sekitar jeti ...

Cantik ...

Dan, dapat naik feri yang lebih selesa lagi berbanding dengan feri yang kami naiki semasa datang ke Langkawi ...

Haaaa ... selesa

Akhirnya, kami selamat sampai ke Kuala Perlis ...

Alhamdulillah, selamat sampai ke pangkalan

Sampai di darat cuaca cerah dan panas. Abah pergi mengambil kereta yang ditinggalkan di tempat parking, dan kami terus bertolak memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah. Kerana kepenatan, Zafhri terpaksa jadi pemandu kami ...

Langit cerah

Dalam perjalanan, banyak bendera parti politik sebab hari mengundi hampir tiba

Terowong ...

Walaupun di Perlis dan Kedah cuaca cerah, namun semasa sampai di Perak, cuaca mendung dan dalam perjalanan kami terserempak hujan renyai-renyai di beberapa tempat ...

Mendung dan hujan renyai-renyai di beberapa tempat di Perak

Sampai di Ipoh, kami teringin sekali nak tengok The Lost World of Tambun. Walaupun hari dah lewat petang dan hujan renyai-renyai, kami pergi juga ke sana ...

Jalan ke The Lost World of Tambun; hujan renyai-renyai

Terdapat sebuah hotel di sana

The Lost World of Tambun

Bergambar di depan tempat tu

Weee ... ada patung ni di depan pintu utama

Memandangkan hari dah petang, ramai pengunjung di sini telah mula keluar. Kami pun tak berhasrat nak masuk ke dalam. Kami cuma berlegar-legar di dalam kedainya, menarik juga ...

Yana dan Wani dengan peragaan di dalam kedai tu

 Anak-anak mencuba topi-topi kepala haiwan yang pelbagai

Melilau tak keruan!

Abah pulak!

Dah puas merayau dalam kedai tu, kami pun meneruskan perjalanan...

Hari pun dah nak malam

Monday, May 27, 2013

Pt 8 : Langkawi (5H4M) - Shopping

Bak kata orang, kalau ke Langkawi tak shopping memang tak sah pemergian ke sana. Kami sekeluarga ke Langkawi lebih kepada nak melihat dan jalan-jalan setelah sekian lama tidak ke sana. Kami sebenarnya nak menghabiskan masa berkualiti bersama-sama keluarga, memandangkan semua dapat meluangkan masa; selalunya ada saja yang tak dapat pergi jalan-jalan sekeluarga lengkap.

Pada siang hari, kami meneroka setiap ceruk pulau dan pada malamnya kami lebih kepada menjamu selera dan mata di pekan Pantai Cenang.

Bangunan yang menarik perhatian

Pada malam hari, sekitar tempat ini sangat meriah dengan pengunjung asing dan tempatan, termasuklah kami, hehehe ...

'Mengukur' jalan dan melihat apa yang ada

Kedai yang menjadi favourite suami dan anak-anak ialah kedai yang banyak menjual barang replika Bob Marley...

Kedai Rasta

Suka hati dapat t-shirt

Posing depan kedai

Sebuah lagi kedai kegemaran mereka ialah kedai yang menjual barang-barang replika askar ...

Abah dan Zafhri menelek

Wani dan Zafhri menelek dan berposing

Apalah yang ditelek oleh Yana tu

Topeng apa entah!

Benda-benda macam ni abah memang suka

Dah penat dan boring

Meninjau kedai dan membelek t-shirt glow in the dark ...

Tak minat ...

Ini kedai kegemaran  mak dan anak dara ...

Nama kedai

Sandal yang diperagakan

Persekitaran dalaman kedai yang cosy

Yana berposing 

Leka dengan gelang 

Yana di meja cashier

Wani di meja cashier 

Nak jugak posing

Berminat pulak posing dengan patung tu!

Kepenatan

Anak-anak pulak minat dengan benda ni ...

Macam-macam ...

Yana pulak asyik tengok ni ...

Nak beli ke tak?