Alamak!!! Baru nak seronok-seronok 'bercinta' dan 'bermesra' dengan alam semula jadi yang menenangkan, dah nak balik. Tak puas lagi nak
relax-relax kat tempat ni kena balik jugak sebab Wani ada kelas piano pada hari Sabtu. Masing-masing kata nak tinggal semalam lagi. Wani tarik muka 44! Katanya minggu yang berikutnya tak ada kelas sebab cuti Krismas. Tak apalah lain kali datang lagi.
Journey ke Mersing lebih dekat berbanding dengan
journey ke Terengganu. Pasti kami lebih selalu ke Mersing lagi nak melayan abah pergi memukat/menjala dan mencari ikan, ketam dan udang segar.
Aku dan anak-anak pun
pack semua barang-barang dan susun dalam kereta. Sebelum gerak, sementara abah
settlekan bayaran bilik, kami 'melawat' kawasan lagi dan klik klik sana sini - semua jadi model tak bertauliah pulak!
|
Baru separuh barang masuk dalam kereta tu! |
|
Sebelum gerak, Yana posing |
|
Wati pun nak juga mengabadikan gambar kat tempat ni |
|
Opss ... tak boleh jadi, Mak cik pun nak posing juga! hehe |
Bila abah dah selesaikan bayaran bilik, kami pun gerak keluar dari tempat tu. Sebelum keluar terus, kami singgah di rumah nelayan untuk mengambil ikan dan ketam yang telah kami book sebelumnya ... Katanya ikan-ikan tu dipungut dari pukat pada paginya dan masih hidup lagi. Tapi, masa kami ambil, ikan-ikan tu semua dah mati. Ikan-ikan yang dapat kami beli ialah ikan kurau dan ikan senangin - besar. Ketam pun ada. Tapi, udang tak ada sebab tak musim kot kerana kami singgah kat tempat yang selalu kami beli udang tu pun tak ada.
|
Ikan daripada nelayan |
|
Ikan kurau ke senangin ni? Lebih kurang sama jer rupanya |
Dah selesai ambil ikan dan ketam, kami meneruskan perjalanan ke Endau nak jumpa kawan abah dan makan kat sana. Dalam perjalanan, kami singgah di pantai-pantai yang boleh kami masuk; nak klik klik view pantai dan laut yang cantik-cantik tu. Tengok ... cantiknya view yang dapat aku snap di pantai-pantai sepanjang perjalanan kami ke Endau ...
|
Ini kuala sungai nak bertemu laut |
|
Bekas jambatan lama kot kat kuala sungai ni |
|
Salah satu view di pantai yang kami singgah |
|
Meneruskan perjalanan ke Endau |
Opsss ... tunggu dulu - cepat sangat nak gerak balik, bukan nak kejar apa-apa pun! Mari singgah di pantai Air Papan dulu sebab dah lama tak pergi situ dah. Kami terjumpa Air Papan Guest House, atas bukit sedikit. Guest house ni nampak unik dengan open concept dan viewnya ke laut amat cantik dan indah sekali. Hmm ... hmm ... dah sound abah "nanti satu hari kita duduk sini pulak ye" hehe ... bos senyap jer, tak berapa setujulah tu!
|
Singgah di guest house yang cantik ni |
|
Wati di hadapan guest house dengan view laut di belakang |
Tempatnya memang menarik dan
view sekitarnya, masyaallah. Lepas borak-borak sikit dengan tokeynya, kami pun nak jalan-jalan lagi. Tapi sebelum tu, aku dan Wati nak klik klik dulu
view laut dan pantai kat situ yang sangat cantik... Memang aku ni
nature lover dan gila tengok
view pantai dan laut!!!
|
Nak gerak jalan-jalan lagi, tapi aku dan Wati nak klik view pantai dan laut dulu |
Tengok, cantiknya view kat sini kan ....
Jalan-jalan kat pantai Air Papan tu, jumpa pulak gerai. Abah pun singgah jugak, kononnya nak beli ikan buntal yang dijual kat situ. Tanya-tanya, ya Allah mahalnya, and it's not our priority to buy it! Tak jadi beli; tengok-tengok jerlah barang-barang yang dijual kat situ. Yelah, ini kawasan pelancongan, sebab tu mahal. Lagipun, rasanya ramai yang datang kat sini Singaporean, kena 'titik'lah harganya!
|
Jumpa gerai di tepi pantai |
|
Abah dan abang tengok barang-barang yang dijual kat situ |
|
Wani pun nak tengok jugak |
|
Yana dan Wati langsung tak turun dari kereta |
Dan ... inilah pulak view pantai dari gerai tu ...
Bila jalan-jalan kat pantai Air Papan tu, banyak chalet dan guest house. Tapi yang menarik perhatianku ialah Air Papan Beach Resort. Aku sangat tertarik sebab kawasan persekitarannya yang cantik dan cosy. Chaletnya pula berkonsepkan log house yang sangat menarik perhatianku, Lihatlah ...
|
Persekitaran yang menarik |
|
So cosy dan nampak nyaman ... |
|
Konsep log house |
Kami tertarik juga nak melihat tempat penginapan berkonsepkan camping, tapi kena naik sedikit dalam hutan. Sebelum naik bukit tu, kami jumpa view yang cantik ni ...
|
Nice views |
|
Masuk hutan dan naik bukit sikit nak pergi ke camp site |
|
Inilah tempatnya ... ada tapak camping jer |
Jalan-jalan lagi, tertarik pulak dengan satu resort ... Fishing Bay Resort. Tempatnya pun cosy dan menarik ... Pelbagai jenis chalet yang nampak menarik. Chalet yang betul-betul tepi laut paling mahal. Kata penjaga di situ, Sultan Johor yang duk situ dan Singaporeans. Tapi, chalet tu memang cantik - besar, tepi laut dan ada taman di tepi chalet tu.
|
Persekitaran yang nyaman |
|
Family chalet |
|
Chalet yang paling mahal, betul-betul tepi laut. Katanya, air laut sesekali boleh sampai ke chalet |
Views di sini pun cantik sekali ... Berhampiran dengan resort tu juga ada jeti untuk memancing ...
|
Wati dan abang terpesona dengan keindahan persekitaran |
|
View yang cantik |
|
Akar pokok ni pun nampak cantik!!! hehe |
|
Berhampiran, terdapat jeti tempat memancing |
Jalan-jalan lagi, jumpa pulak jeti tempat nelayan
parking bot ni ...
Jalan lagi, jumpa pulak bot jaws ni! hehe
Apabila sampai kat Endau masa mencari kedai makan, sempat juga aku
snap view bot Jabatan Laut Malaysia dan tempat pendaratan nelayan ...
|
Bot Jabatan Laut Malaysia |
|
Bot tempat pendaratan nelayan Endau |
Lepas makan, kami terus balik. Sampai di Negeri Sembilan, abah singgah di rumah kawan dia dulu nak
repair lock 4WD dia. Sebelum ni abah memang selalu hantar gajah dia ke worksyop kawan dia, tapi masalah tu tak selesai juga rupanya. Nak orang yang ada gajah dan selalu repair kereta 4WD jugak. Sambil diorang
repair kereta, aku menjamu selera dengan buah rambutan!! "Buatlah kerja tu elok-elok yer, saya nak makan rambutan". Tak sampai setengah jam, semua selesai dan masalah
lock 4WD abah beres. Kami pun terus gerak, singgah kat kampong
dinner dulu dan terus balik Semenyih.
Jam pulak nak sampai ke simpang Bandar Sunway Semenyih tu ... hujan!!!
At last, home sweet home juga.
|
Kawan abah repair lock 4WD |
|
Ayooo ... jam, sebab hujan. Depan tu jer simpang ... |
|
Lega ... dah masuk kawasan |
Sampai rumah, besuknya kami tengok apa yang telah kami 'tuai' dari Mersing ...
|
Ketam besar ... ada teritip pada badannya |
|
Eeee... geli tengok bahagian bawah ketam dipenuhi teritip! |
|
Ketam kecil untuk digoreng |
|
Hasil tangkapan pukat abah ... hehe ... semua ikan kecik-kecik jer! |
|
Hasil tangkapan juga! |
Well, my family's 2D1N unplanned trip to Mersing was over. We are looking forward for our next planned trip to Terengganu again - 5D4N (21 - 24 Dec. 2011) - harap tak banjir