ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Wednesday, December 28, 2011

Part 3 Jalan-jalan dan Bye Bye Mersing, Endau, 16 DEC 2011

Alamak!!! Baru nak seronok-seronok 'bercinta' dan 'bermesra' dengan alam semula jadi yang menenangkan, dah nak balik. Tak puas lagi nak relax-relax kat tempat ni kena balik jugak sebab Wani ada kelas piano pada hari Sabtu. Masing-masing kata nak tinggal semalam lagi. Wani tarik muka 44! Katanya minggu yang berikutnya tak ada kelas sebab cuti Krismas. Tak apalah lain kali datang lagi. Journey ke Mersing lebih dekat berbanding dengan journey ke Terengganu. Pasti kami lebih selalu ke Mersing lagi nak melayan abah pergi memukat/menjala dan mencari ikan, ketam dan udang segar.

Aku dan anak-anak pun pack semua barang-barang dan susun dalam kereta.  Sebelum gerak, sementara abah settlekan bayaran bilik, kami 'melawat' kawasan lagi dan klik klik sana sini - semua jadi model tak bertauliah pulak!
Baru separuh barang masuk dalam kereta tu!
Sebelum gerak, Yana posing
Wati pun nak juga mengabadikan gambar kat tempat ni
Opss ... tak boleh jadi, Mak cik pun nak posing juga! hehe
Bila abah dah selesaikan bayaran bilik, kami pun gerak keluar dari tempat tu. Sebelum keluar terus, kami singgah di rumah nelayan untuk mengambil ikan dan ketam yang telah kami book sebelumnya ... Katanya ikan-ikan tu dipungut dari pukat pada paginya dan masih hidup lagi. Tapi, masa kami ambil, ikan-ikan tu semua dah mati. Ikan-ikan yang dapat kami beli ialah ikan kurau dan ikan senangin - besar. Ketam pun ada. Tapi, udang tak ada sebab tak musim kot kerana kami singgah kat tempat yang selalu kami beli udang tu pun tak ada.
Ikan daripada nelayan
Ikan kurau ke senangin ni? Lebih kurang sama jer rupanya
Dah selesai ambil ikan dan ketam, kami meneruskan perjalanan ke Endau nak jumpa kawan abah dan makan kat sana. Dalam perjalanan, kami singgah di pantai-pantai yang boleh kami masuk; nak klik klik view pantai dan laut yang cantik-cantik tu. Tengok ... cantiknya view yang dapat aku snap di pantai-pantai sepanjang perjalanan kami ke Endau ...
Ini kuala sungai nak bertemu laut
Bekas jambatan lama kot kat kuala sungai ni
Salah satu view di pantai yang kami singgah
Meneruskan perjalanan ke Endau
Opsss ... tunggu dulu - cepat sangat nak gerak balik, bukan nak kejar apa-apa pun! Mari singgah di pantai Air Papan dulu sebab dah lama tak pergi situ dah. Kami terjumpa Air Papan Guest House, atas bukit sedikit. Guest house ni nampak unik dengan open concept dan viewnya ke laut amat cantik dan indah sekali. Hmm ... hmm ... dah sound abah "nanti satu hari kita duduk sini pulak ye" hehe ... bos senyap jer, tak berapa setujulah tu! 
Singgah di guest house yang cantik ni
Wati di hadapan guest house dengan view laut di belakang
Tempatnya memang menarik dan view sekitarnya, masyaallah. Lepas borak-borak sikit dengan tokeynya, kami pun nak jalan-jalan lagi. Tapi sebelum tu, aku dan Wati nak klik klik dulu view laut dan pantai kat situ yang sangat cantik... Memang aku ni nature lover dan gila tengok view pantai dan laut!!!
Nak gerak jalan-jalan lagi, tapi aku dan Wati nak klik view pantai dan laut dulu
Tengok, cantiknya view kat sini kan ....
Jalan-jalan kat pantai Air Papan tu, jumpa pulak gerai. Abah pun singgah jugak, kononnya nak beli ikan buntal yang dijual kat situ. Tanya-tanya, ya Allah mahalnya, and it's not our priority to buy it! Tak jadi beli; tengok-tengok jerlah barang-barang yang dijual kat situ. Yelah, ini kawasan pelancongan, sebab tu mahal. Lagipun, rasanya ramai yang datang kat sini Singaporean, kena 'titik'lah harganya!
Jumpa gerai di tepi pantai
Abah dan abang tengok barang-barang yang dijual kat situ
Wani pun nak tengok jugak
Yana dan Wati langsung tak turun dari kereta
Dan ... inilah pulak view pantai dari gerai tu ...
Bila jalan-jalan kat pantai Air Papan tu, banyak chalet dan guest house. Tapi yang menarik perhatianku ialah Air Papan Beach Resort. Aku sangat tertarik sebab kawasan persekitarannya yang cantik dan cosy. Chaletnya pula berkonsepkan log house yang sangat menarik perhatianku, Lihatlah ...
Persekitaran yang menarik
So cosy dan nampak nyaman ...
Konsep log house
Kami tertarik juga nak melihat tempat penginapan berkonsepkan camping, tapi kena naik sedikit dalam hutan. Sebelum naik bukit tu, kami jumpa view yang cantik ni ...
Nice views
Masuk hutan dan naik bukit sikit nak pergi ke camp site
Inilah tempatnya ... ada tapak camping jer
Jalan-jalan lagi, tertarik pulak dengan satu resort ... Fishing Bay Resort. Tempatnya pun cosy dan menarik ... Pelbagai jenis chalet yang nampak menarik. Chalet yang betul-betul tepi laut paling mahal. Kata penjaga di situ, Sultan Johor yang duk situ dan Singaporeans. Tapi, chalet tu memang cantik - besar, tepi laut dan ada taman di tepi chalet tu.
Persekitaran yang nyaman
Family chalet
Chalet yang paling mahal, betul-betul tepi laut. Katanya, air laut sesekali boleh sampai ke chalet
Views di sini pun cantik sekali ... Berhampiran dengan resort tu juga ada jeti untuk memancing ...
Wati dan abang terpesona dengan keindahan persekitaran
View yang cantik
Akar pokok ni pun nampak cantik!!! hehe
Berhampiran, terdapat jeti tempat memancing
Jalan-jalan lagi, jumpa pulak jeti tempat nelayan parking bot ni ...
Jalan lagi, jumpa pulak bot jaws ni! hehe
Rasa-rasanya, dah habis kawasan Air Papan ni kami jelajah. Hari pun dah tengah hari. Kami pun beredar ke Endau, nak cari makan. Perut pun dah mula keroncong. Dalam perjalanan di kampong tu, terjumpa pulak tempat orang buat bubu... Eh, cantik! Nanti datang lagi nak tempahlah, jadi sangkar kucing, unik nanti. Dan ... jumpa juga kerbau. Dah lama tak tengok kerbau! haha. Kat kampong dah tak ada kerbau dah.
Dua jenis bentuk bubu
Sekumpulan kerbau
Kerbau ni menoleh pulak bila kami berhenti tengok dia. Agaknya dia iangat kawan/musuh dia kot, sebab nama gajah abah pun "Kobau Jalang" haha ...
Apabila sampai kat Endau masa mencari kedai makan, sempat juga aku snap view bot Jabatan Laut Malaysia dan tempat pendaratan nelayan  ...
Bot Jabatan Laut Malaysia
Bot tempat pendaratan nelayan Endau
Lepas makan, kami terus balik. Sampai di Negeri Sembilan, abah singgah di rumah kawan dia dulu nak repair lock 4WD dia. Sebelum ni abah memang selalu hantar gajah dia ke worksyop kawan dia, tapi masalah tu tak selesai juga rupanya. Nak orang yang ada gajah dan selalu repair kereta 4WD jugak. Sambil diorang repair kereta, aku menjamu selera dengan buah rambutan!! "Buatlah kerja tu elok-elok yer, saya nak makan rambutan". Tak sampai setengah jam, semua selesai dan masalah lock 4WD abah beres. Kami pun terus gerak, singgah kat kampong dinner dulu dan terus balik Semenyih.  Jam pulak nak sampai ke simpang Bandar Sunway Semenyih tu ... hujan!!! At last, home sweet home juga.
Kawan abah repair lock 4WD
Ayooo ... jam, sebab hujan. Depan tu jer simpang ...
Lega ...  dah masuk kawasan
Sampai rumah, besuknya kami tengok apa yang telah kami 'tuai' dari Mersing ...
Ketam besar ...  ada teritip pada badannya
Eeee... geli tengok bahagian bawah ketam dipenuhi teritip!
Ketam kecil untuk digoreng
Hasil tangkapan pukat abah ... hehe ... semua ikan kecik-kecik jer!
Hasil tangkapan juga!
Well, my family's 2D1N unplanned trip to Mersing was over. We are looking forward for our next planned trip to Terengganu again - 5D4N (21 - 24 Dec. 2011) - harap tak banjir  

No comments:

Post a Comment