ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Tuesday, December 27, 2011

Part 2 Jalan-jalan Mersing, Endau : My Precious Moment with Hubby, 16 DEC. 2011

Bangun pagi 16 Dec 2011, aku rasa letih. Mungkin travelling masa datang ke tempat ni, dan jalan-jalan tu. Sejak kebelakangan ni memang aku mudah letih. Lepas solat subuh, terasa macam nak tidur semula, tambahan tengok anak-anak berlingkar semula selepas solat subuh; sedap bergulung dalam selimut balik ni! Tapi, bila teringat malam tadi dah berhasrat nak tengok matahari terbit, ish ... tak boleh jadi. Cepat-cepat bangun semula, minum milo sedikit dan keluar ke pantai (abah dah keluar awal, pergi melihat laut - nak menjala!). 

Bila keluar ... wow, terasa nyaman sekali. Rasa segar dan hilang rasa keletihan. Hari dah mula terang sedikit, dan matahari dah mula nak terbit. Betapa indahnya melihat laut yang tenang dan diri dibelai bayu laut. Aku terpukau melihat keindahan cahaya matahari yang mula muncul ... Amat cantik sekali, subhanallah! Lihat sajalah di sini ... cantikkan. Dan, posting aku kali ni memang nak mengabadikan keindahan alam semesta ciptaan Illahi ini, yang aku kongsi bersama-sama abah ... Dan, sudah semestinya dikongsi bersama-sama sesiapa sahaja yang menjengah blog aku ni.
Indah sungguh ...
Aku tak ketinggalan posing, dengan disirami cahaya matahari yang baru 'bangun'
Abah pulak dah bersiap nak pergi menjala - dah lama tak pergi menjala dan gian sangat dah tu! Kesian jugak tengok abah menjala sorang-sorang ... Nelayan solo pergi menjala!!! Aku tukang tengok sahaja dan klik, klik gambar dia menjala di bawah sinar matahari pagi yang indah ... 
Abah bersedia nak pergi menjala
Laut surut ...
Jauh juga abah kena pergi
Nah ... dah tebar jala. Haha, nasib baik jala kembang! Ada bakat jadi nelayan
Tarik jala
Ada ikan ke tak tu?
Ala ... keciknya ikan! Abah kata ikan kapas
Ni lagi ... hahaha. Tak berbaloi! Tapi abah puas hati dapat menjala
Selesai menjala, nelayan tak bertauliah berposing
Lepas abah dah selesai menjala, kami sama-sama menikmati dan meneroka persekitaran tempat penginapan ... Memandangkan laut tenang, pagi-pagi ada orang mandi laut. Di tempat penginapan ini sebenarnya disediakan pelbagai alat untuk aktiviti pantai dan laut. Ada basikal, bot dan kayak untuk disewa. Rasa teringin juga nak berbasikal atau berkayak, tapi rasanya tak larat. Tengok ajelah orang berkayak dari jauh.
Orang mandi laut
Orang berkayak ...
Bot yang disediakan untuk disewa
Di pantai disediakan tali untuk bergayut, buaian dan bangku untuk bersantai menikmati keindahan laut dan pantai.
Tali untuk bergayut - besonya ...
Ingatkan abah nak bergayut, tapi posing dengan jala dia jer!
Aku memanglah tak larat nak gayut. Tali tu pun tak tergenggam!
Dapat berbuai jer
Santai di bangku yang disediakan
Eh, ada pulak 'lukisan' atas pasir bikinan ketam kecil
Persekitaran tempat penginapan pula, dibuat dengan cara yang begitu kreatif. Aku amat menyukainya kerana semuanya nampak natural. Mungkin kerana aku memang suka nature ... Nature makes me feel closer to the Creator! Insyaallah ...
Pejabat dan reception
Disediakan tempat duduk di bawah pokok tempat penginapan
Persekitaran tempat penginapan
View ke pantai dari tempat penginapan
Nelayan tak bertauliah posing di sebuah pondok di situ
Kreatif. Katun yang dibuat daripada bahan untuk ke laut - jom skuba!
Lingkaran tali atas pasir - kreatif
Tiang dilingkari tali
Ular berlingkar di pokok kelapa! Bukan, tali yang dicat kelihatan seperti ular
Last but not least ... aku berasa sangat tenang dan gembira dengan apa yang aku alami ini bersama-sama abah di tempat yang simple ini tetapi amat nyaman persekitarannya. Keadaan ini banyak meringankan rasa keletihanku selepas rawatan; walaupun letih fizikal tetapi memberikan ketenangan mental ... Alhamdulillah.
Sharing and enjoying our precious moment together ...

2 comments:

  1. Siah, cantiknya pemandangan, indah bagai lukisan!! Bukan main lagi nelayan (amatur atau pro ni??) menjala dan berposing!! Ha ha!

    ReplyDelete
  2. hahaha ... tu nelayan celup tu! Sekadar nak lepas gian dia lama tak menjala. Banyak pemandangan kat sini cantik-cantik rupanya ... selalu asyik fokus ke Terengganu jer. Nanti I upload pulak my trip ke Terengganu pada 21-24 Dec hari tu

    ReplyDelete