ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Wednesday, September 10, 2014

4H3M Kota Kinabalu, Sabah

Pada 4 Februari 2014, kami sekeluarga 6 orang sepatutnya pergi melancong ke Turki. Akan tetapi, aku dan abah tidak dapat pergi kerana passport antarabangsa kami terpaksa dihantar ke Kedutaan Arab Saudi untuk urusan pergi Umrah pada pertengahan bulan Februari. Disebabkan kami suami isteri tidak dapat pergi maka abang (anak lelakiku) juga membatalkan hasratnya untuk ke Turki. Maka, hanya Wati, Yana dan Wani yang pergi setelah segala persiapan tempahan tiket dan ground tourist guide selesai diuruskan dengan sempurna. Selamat melancong anak-anakku ...

Memandangkan abang tak pergi dan kami pun rasa sedikit ralat tak dapat pergi, maka kami bercadang pergi ke Kota Kinabalu (KK) pula. Abah dan abang pun tak pernah ke sana, sedangkan aku telah beberapa kali ke sana semasa bekerja dulu. Tempahan tiket dan hotel telah dibuat. Kami berhasrat untuk menghabiskan masa di sana selama 4 hari 3 malam.

Hari Bertolak ke KK, 10 Feb 2014

Kami bertolak ke KK pada 10 Februari 2014. Pada hari tu, selepas makan tengah hari, kami pun bertolak ke KLIA. Sampai di sana, kami check-in di mesin, tetapi ditolak. Apabila di lihat betul-betul, rupa-rupanya kami sepatutnya berlepas pada jam 3.45. Astagfirullah ... kami terlupa akan pusingan jam 24 jam. Mati-mati aku ingatkan 3.45 petang, pada hal 3.45 pagi. Kalau 3.45 petang, ia akan dicetak sebagai 15.45. Aduh, lalainya aku kali ni. 

Sudah begitu takdirnya, terpaksalah kami membeli tiket lain; yang ada pada jam 21.00 (10.00 malam). Berumah tanggalah kami di airport hingga malam. Apo nak dikato, kami melepak-lepaklah di airport. Akhirnya, sampailah masanya kami boarding ...


Selfie dalam kapal terbang

Dalam kapal terbang, kami terperanjat kerana tanpa disangka-sangka terserempak dengan sepupu abah, Tuty, yang bertugas dalam penerbangan kami. Apabila sampai di KK, kami sempatlah berposing sebelum turun dari kapal terbang. Selesai check-out, kami terus ke hotel dan sampai ke bilik kira-kira jam 1.00 pagi; penat. KK kami datang ...


 Berposing dengan Tuty

Hari Pertama di KK, 11 Feb 2014

Pada paginya, abah menyewa kereta melalui hotel, dan dapatlah kereta Viva. Viva pun Vivalah, janji kami dapat 'kaki' nak berjalan. Pusing punya pusing tak tau ke mana nak dituju, kami pun menghala ke Kundasang. Dalam perjalanan, kami singgah di jambatan lama Tamparuli (jambatan gantung) yang selalu disebut-sebut tu ...


Jambatan gantung yang merentangi sungai 

Posing di jambatan

Dah puas melihat-lihat dan berposing, kami pun meneruskan perjalanan. Biasanya, dalam perjalanan ini Gunung Kinabalu jelas kelihatan dan sangat mengagumkan. Setiap kali ke sini dahulu, pemandangan itulah yang sangat indah bagiku. Aku kagum dengan ciptaan Allah itu. Namun, pada kali ini hari hujan dan persekitaran sangat berkabus, maka tak ada rezekilah kami hendak melihat Gunung Kinabalu ...


Hari hujan dan persekitaran berkabus

Walau bagaimanapun, kami meneruskan perjalanan. Kami sampai di Kundasang dan singgah di Taman Kinabalu, tempat yang sering ku kunjungi semasa bertugas dahulu ...

Masuk ke Taman Kinabalu

Nostalgia ... di sinilah aku sering memberikan bimbingan penulisan kepada staf Taman-taman Sabah (TTS), dalam banyak siri Bengkel Penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kunjunganku kali ini pun dengan harapan aku dapat bertemu dengan rakan penulisku yang bekerja di sini.

Papan tanda taman ini, yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia

Abang bergambar di hadapan pintu utama galeri

Kunjunganku ini tidak ku maklumkan kepada rakanku yang berada di Kota Kinabalu atau di Taman Kinabalu ini. Jika ditakdirkan ketemu, maka adalah rezekiku untuk berjumpa dengan mereka. Jika tidak, biarlah kunjunganku ini sebagai melepas rinduku ke tempat ini ... mengenang kembali saat-saat indahku sering ke sini dahulu, suka dukaku bersama-sama teman menjalankan tugas. Nasibku baik kerana semasa kunjunganku, penulisku dan juga sahabatku yang menjadi pegawai penyelaras di Taman Kinabalu ini, Puan Rimi Repin, berada di pejabat. Memang rezekiku dan ditakdirkan aku dapat bertemu dan memperkenalkan abah dan abang juga kepada beliau. Mohon maaf menganggu puan ye ...


Pertemuan tidak dirancang yang sangat bermakna buatku

Selepas puas berbual dan bercerita, kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Dalam perjalanan kadang-kadang berjumpa hujan dan kadang-kadang tidak, maka ada jalan yang berkabus dan ada yang terang. Di jalan yang tidak berkabus dan selepas hujan, persekitarannya kelihatan sangat indah dan nyaman. Seperti terasa-rasa udaranya yang segar dan bersih ...

Jalan yang dilalui; berkabus, hujan dan terang

Yang paling indah dan menarik perhatianku ialah pemandangan kampung-kampung yang terdapat di lereng-lereng bukit, selepas hujan ...

Begitu indah pemandangan ini

Kami sampai di gerai sayur-sayuran di tepi jalan. Kami singgah melihat pelbagai sayur-sayuran yang terdapat di situ. Terliur nak membelinya melihatkan sayur-sayur yang begitu segar dijual dengan harga yang murah pula. Memikirkan masalah nak membawa balik ke KL, aku lupakan saja hasratku itu. Nanti sampai KL semua dah tak segar lagi. Tengok-tengok dan bergambar sajalah ...

 Geram melihat sayur-sayuran yang pelbagai

 Berposing jerlah dengan sayur-sayur tu

Di seberang jalan tu pula terdapat gerai yang menjual pelbagai pokok bunga. Kami tak pergi menjengah ke gerai tersebut; nanti meleleh air liur saja dibuatnya ... 

Gerai yang menjual bunga

Kami meneruskan perjalanan ke pekan Ranau dan makan di sana. Selesai makan, kami turun semula menuju ke bandar KK kerana hari pun dah petang. Dalam perjalanan, kami selang-seli menempuh hujan dan terang. Agak menakutkan juga dengan keadaan yang berkabus dan jalan basah, terutama sekali apabila berselisih dengan lori atau kenderaan yang besar. Namun, aku sangat teruja dengan pemandangan persekitaran yang begitu indah. Terasa seperti berada di luar negeri yang bersalji pulak. Apabila hampir sampai ke bawah, kabus semakin kurang tetapi hari dah mula nak masuk senja ...

 Keadaan hujan dan sangat berkabus

 Kabus semakin kurang

 Keadaan semasa hujan dan selepas hujan 

Keadaan hujan dan berkabus menghalang pemandangan gunung dan banjaran gunung

 Hampir sampai ke bawah tiada hujan dan kabus, tetapi hari hampir senja

 Terang dan indah pemandangan hampir senja

Dalam perjalanan turun, kami melalui jalan lain. Dengan itu, kami tidak menemui Jambatan Tamparuli gantung yang kami lalui semasa naik. Akan tetapi, kami melalui Jambatan Tamparuli  besi, yang baru ...

 Jambatan Tampauli besi

Akhirnya, kami sampai ke bandar KK dan hari dah gelap. Kami terus ke hotel kerana dah terasa letih. Sampai di hotel, kami memotong buah yang dibeli di Kundasang, iaitu buah tarap. Buah ini memang popular di Sabah dan Sarawak. Rupa dan isinya seperti buah cempedak, cuma saiznya kecil. Apabila dibuka, baunya agak kuat dan tidak begitu enak, tetapi rasanya manis ...

 Buah tarap

Setelah puas berehat, samapailah masanya untuk kami keluar mengisi perut pula. Kami jalan-jalan jugalah di kawasan Pasar Filipina, melihat-lihat sambil memerhatikan kedai makan. Kami merayau-rayau di food court di Pasar Filipina tu, namun rasa tak sesuai bagi kami. 

Meninjau food court di Pasar Filipina

Makanan yang dijual

Keadaan di food court

Macam susah jer nak cari kedai makan yang sesuai dengan kehendak kami, terus kami makan malam di Restoran McD sahaja. Nak pergi merayau mencari kedai makan di tempat lain tak taulah pulak, tambahan hari malam. McD pun McD tak apalah, janji perut terisi. Hari pun dah mula larut, kami balik ke hotel dan booom ...

Hari Kedua di KK, 12 Feb 2014 

Pagi-pagi lagi abah keluar mencari makanan (pihak hotel tidak menyediakan sarapan) dan kami bersarapan di dalam bilik sahaja. Selesai bersarapan, kami turun berjalan-jalan di waterfront. Cantik pemandangan dan ramai juga orang berjalan-jalan di situ ...

 Waterfront

 Pengunjung di waterfront

 Pemandangan dari waterfront

Pangkalan nelayan di hujung waterfront

 Berposing 

 Lagi berposing

Setelah puas menikmati keindahan pemandangan di sini dan berposing, kami pun pergi ke Pasar Filipina yang sangat popular di Sabah. Di sini, terdapat bahagian pasar basah yang menjual ikan dan sayuran segar, menjual makanan ringan, menjual accessories dan menjual hasil kering laut  ...

 Pemandangan di luar pasar dan bahagain dalam yang menjual makanan ringan

Bahagian menjual accessoris

Seperti pengunjung lain yang datang ke sini, pastinya kami menghabiskan masa yang agak lama di bahagian yang menjual accessories. Bukannya membeli sangat, tetapi kami lebih kepada mencuci mata. Dah puas mencuci mata di situ, kami bergerak pula ke bahagian yang menjual hasil kering laut. Di sinilah kami banyak membeli ikan bilis dan udang kering. 

Dah selesai membeli-belah, kami pergi ke Likas. Pemandangan di sini cantik dan nyaman kerana jalannya menyusur laut. Melalui jalan ini, di kejauhan akan kelihatan bangunan Yayasan Sabah . Semasa sampai, cuaca kelihatan mendung dan berangin ...

 Cuaca mendung dan berangin dalam perjalanan pergi

 Pemandangan di tengah laut

Di Likas, kami singgah di Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah. Pengarahnya ialah bekas ketuaku semasa di Bahagian Sains dan Teknologi dan Bahagian Multimedia suatu ketika dahulu. Dah kebetulan sampai di sana, teringin pula aku nak bertemu dengan beliau, En. Jamaluddin Mohd. Sulong. Kunjunganku tidak dimaklumkan kepada beliau. Memang rezeki, En. Jamal ada di ofis, dan dapatlah kami berjumpa dan berbual-bual.

 Di pejabat En. Jamal

Dah puas berbual, kami pun bergerak balik ke bandar. Dalam perjalanan, hujan agak lebat maka tak dapatlah nak menikmati pemandangan yang cantik di situ. Namun, kami dapat juga melihat masjid negeri yang terletak di Likas  ...

Hujan lebat dalam perjalanan balik

Masjid negeri

Apabila menghampiri bandar KK, dapat juga aku merakamkan gerbang dan arca ini ...

 Gerbang yang dilalui

Arca yang dijumpai

Memandangkan telah sehari suntuk kami berjalan, kami terus balik ke hotel dan berehat. Pada malamnya, kami pergi ke rumah En. Jamal memenuhi undangan beliau makan malam di rumahnya. Alhamdulillah, tak adalah kami melilau mencari tempat makan. Dah kenyang dan puas berbual lagi, kami pun balik ke hotel. Di depan hotel ada pulak Satrbucks, maka kami pun singgah pekena kopi dulu. Selesai, kami terus naik ke hotel berkemas untuk balik pada esuk harinya.

Bertolak Balik, 13 Feb 2014

Pagi-pagi lagi abah memulangkan kereta sewa dan kami mengambil teksi ke airport. Memandangkan kami mengambil penerbangan Air Asia, lokasi airportnya tidak sama dengan airport yang biasa ku kunjungi sebelum ini. Sementara menunggu penerbangan, kami berlegar-legar jer. Terasa lapar juga perut, tapi tak mengapa kerana aku telah memesan makanan dalam kapal terbang. Akhirnya, sampailah masa penerbangan dan zasss ... sampai LCCT KL. Selamat kembali kami ke KL dan rumah. Insya-Allah, di lain masa ada rezeki kami ke Sabah lagi sekeluarga, aamiin ...

Sunday, May 25, 2014

JALAN KENGKAWAN: 3H2M LANGKAWI

Kali terakhir aku ke Langkawi adalah bersama-sama keluargaku pada bulan Februari 2013. Kami berjalan-jalan menghabiskan waktu yang berharga itu bersama-sama, dan aku membeli sedikit pinggan mangkuk. Selepas beberapa bulan, aku berhasrat hendak ke Langkawi lagi memandangkan pinggan mangkuk yang ku beli itu tidak mencukupi untuk menampung keadaan semasa ramai tetamu, (keluarga dan sahabat-sahabatku) bertandang ke rumah untuk menikmati juadah masakanku dan suami. Sehinggalah akhir tahun, hasratku tak kesampaian. Namun begitu, aku merancang-rancang juga dengan Yana (anak ketigaku) untuk pergi berdua sahaja naik kapal terbang. Aku cuba mengajak anak lelakiku yang sangat sibuk untuk pergi bersama-sama kami. Tidak disangka-sangka, nak pulak dia!

Apabila aku bercakap dengan sahabatku Saba, dia pun nak ikut. Apabila disebutkan kepada Ita, dia pun nak ikut juga. Bila Baha mendengar berita, dia pun nak ikut sekali. Wah, meriah ni perjalanan yang tidak dirancang akan terlaksana ... Saba menempah tiket kapal terbang dan dua bilik hotel untuk kami semua. Baha menempah kereta sewa.

Pada hari Isnin, 6 Januari 2014, dengan penuh teruja kami (aku, Yana, Zafhri, Ita, Baha, Saba, Beena - anak Saba) bertolak ke Langkawi dengan menaiki Air Asia flight petang. Sampai di sana dah senja ...

Wah, sempat juga Saba dengan Ita berposing dalam plane

Rehat sekejap apabila sampai di Langkawi  Airport

Selesai check-out dan urusan di toilet, hehehe, kami keluar dari airport dan Baha menguruskan untuk mengambil kereta sewa (yang telah sedia menunggu). Dapat kereta, kami pun bertolak ke hotel. Sudah semestinyalah si bujangku, Abang (Zafhri), jadi pemandu kami. Sampai di hotel hari dah malam. Kami menginap di hotel Awana Porto Malai, yang sekarang dikenal sebagai Resort World Langkawi. Sambil Saba berurusan untuk chek-in, sempat juga anak-anak snap gambar ...

Bot-bot yang berlabuh di hadapan hotel

Selesai urusan chek-in hotel, kami naik ke bilik menghantar barang-barang dan berehat sekejap. Kemudian, kami keluar semula untuk makan malam kerana masing-masing pun dah kelaparan. Selesai makan, kami terus balik ke bilik kerana masing-masing dah letih pula; nak boom. Kononnyalah nak tidur, tapi selepas mandi kami borak-borak pula sambil pekena teh yang Saba buat. Pelbagai cerita zaman persekolahan dan kawan-kawan sekolah yang timbul. Bukan main rancak lagi kami berbual, sampai tak sedar dah pukul 3.30 pagi, sampaikan anak-anak dan Baha terlena sambil mendengar kami bercerita. Haha, tidur ... tidur ... esuk nak shopping dan jalan-jalan. Zzzz ...

Keesukkan harinya, kami yang tua-tua ni tak turun breakfast; kami minum dalam bilik dan anak-anak jer yang pergi breakfast. Kami hanya turun untuk 'melawat kawasan' dan klik klik sana sini ...

Kolam ikan di hotel

Bot-bot yang berlabuh di depan hotel

Pelantar di depan hotel

Bergambar kenangan dengan Ita di pelantar

Yana dan Abang di pelantar juga

Dah puas 'melawat kawasan' dan klik klik sana sini, kami pun beredar untuk program seterusnya, shopping. Sebelum tu, Abang cuba juga melihat-lihat kalau ada program yang diatur oleh hotel yang boleh kami ikuti. Nampak gayanya, masa yang diambil tidak mengizinkan kami nak mengikutinya. 

Beredar

Abang memeriksa program yang diatur oleh hotel

Kami pergi ke jeti Kuah untuk shopping. Aku memang berhasrat untuk membeli pinggan mangkuk tambahan, maka aku tidak menoleh sangat ke sana ke mari; terus tuju apa yang nak dibeli. Masa untuk shopping ...

Sambil mencuci mata tengok pinggan mangkuk, sempat berposing ... 

Mari, mari ... beli, beli ... Ita belanja, hehe

Masing-masing sibuk membeli barang-barang masing-masing. Namun, ada juga barang yang kami tak dapat di kedai di jeti tu. Kami pergi pula ke pekan Kuah. Masing-masing dah dapat barang-barang masing-masing, keletihan dan kelaparan tapi puas hati. Tengok dalam kereta penuh dengan barang-barang! (lupa pulak nak snap gambar). Nak jalan-jalan memang tak boleh rasanya dengan kereta yang penuh dek barang-barang. Kenalah balik hantar barang-barang ke hotel dahulu sebelum keluar semula untuk makan dan jalan-jalan.

Tu dia, barang-barang yang kami semua beli ... 
Mengah Ita menolaknya, hehe

Tapi, kami semua happy dan puas hati, thumb up

Dah letak semua baarang di bilik, kami keluar semula pergi makan dan jalan-jalan. Anak-anak nak naik cable car, maka kami pergilah ke sana selepas makan. Jom ...

Posing dulu sebelum pergi jalan

Dalam perjalanan, aku perkenan pulak tengok ni. Just click

Sampai di Gunung Macincang (tempat cable car), tengok orang tak berapa ramai. Wah, seronoklah kalau orang tak ramai. Sebelum tu, bergambar dan posing dulu ...

Bergambar dulu depan pintu gerbang

Dah tinjau-tinjau sana sini sikit maka Abang, Saba, Baha dan Beena pergi beli tiket untuk naik cable car ... 

Ambil tiket untuk naik cable car

Selesai urusan membeli tiket, masing-masing naik cable car. Kami kena berpecah dua kumpulan, maka anak satu car dan kami mak-mak satu car, pergi naik dan turun balik. Anak-anak ... 

Nampak seronok anak-anak

Sebenarnya Abang gabra tu

Cepat-cepat turun

Beena relax jer

Mak-mak dalam satu car ...

Aku

Ita

Baha

Ita dan aku

Saba dan Ita, pasal Ita serius?

Saba dan Baha, pasal Saba serius pulak?

Dalam car ni, kami berkongsi dengan pasangan pelancong dari Peranchis. Mula-mula, masing-masing senyum jer. Lama-lama tegur juga, dan yang perempuan memberi salam. Tak sangka pula mereka Islam, melihat pada pakaian mereka (ish ... tak baik aku cakap macam tu kan). Seronok juga dapat berbual-bual dengan mereka, kebetulan mereka sangat friendly  ...

Aku dengan pasangan lelaki dari Peranchis tu

Saba dan Baha dengan pasangan perempuannya 

Sampai di pertengahan dan atas gunung Macincang, apa lagi kami berposing-posing. Anak-anak ...

Abang

Yana

Abang dan Yana

Abang dan Beena

Beena, Abang dan Yana

Aku dan anak-anak

Mak-mak pulak berposing ...

Indah dan nyaman di atas ni

Ita dan aku

Baha, aku, Ita dan Yana

Ita, Saba, Aku dan Baha; sweet time together

My favorite pic; kenangan terindah dengan my dear buddies.
 Baha, Ita, Aku dan Saba

Dah puas menikmati keindahan di atas gunung, sampai masa untuk turun semula ...

Bergambar dulu di tangga

Jom turun

Pemandangan-pemandangan yang indah dan nyaman semasa di dalam cable car dan dari atas gunung ...

Takut juga tengok cable car tu, kalaulah terjatuh! 

Perhentian di atas gunung

Pemandangan dari atas gunung

Jambatan gantung disnap dari dalam cable car.
Jambatan ini ditutup daripada kunjungan 

Pemandangan dekat nak sampai ke stesyen di bawah gunung

Sampai di bawah hari dah petang, dan kami balik ke hotel berehat sebentar. Malamnya, kami keluar makan dan jalan-jalan, window shopping, di Pantai Chenang ...

Penat pulak jalan, rehatlah dulu

Dah puas mengukur jalan dan window shopping di Pantai Chenang, kami balik ke hotel dan melepak-lepak pula di pelantar depan hotel sambil minum dan melihat persembahan live band ...

Aku dan anak-anak, Abang dan Yana

Ita, Baha dan Saba

Baha dan Saba

Abang, Yana dan Beena

Live performance 

Pemandangan di air pula

Dah puas lepak-lepak dan live performance pun habis, kami naik ke bilik untuk berehat dan tidur. Tidur? Oh tidak juga; borak-borak lagi sampai tak sedar dah pukul 3 pagi lebih. Macam-macam cerita yang keluar, pastinya cerita-cerita kelakar hal kawan-kawan dan persekolahan dahulu. Anak-anak pun pening kepala ... apa sajalah yang dibualkan oleh mak-mak ni ... cerita lama yang lucu!

Esuknya, kami kena check-out sebelum pukul 12 tengah hari. Hai, manalah nak letak barang-barang yang banyak tu? Anak-anak pulak sibuk nak ke pantai untuk parasailing. Nasib baiklah hotel bagi kami simpan barang di tempatnya. Kami pun pergi ke pantai yang berhampiran. Pantai ni memang untuk rekreasi pantai ...

Nice beach

Anak-anak pun pergilah memenuhi keinginan mereka hendak parasailing, diikuti oleh Baha juga. Nampak seronok tapi aku, Ita dan Saba memang tak mampu nak buatlah. Yana pulak sakit kepala, misslah dia  ...

Siapa ni? Baha kot 

Abang ni gabra dan gayat dengan ketinggian

Hehehe ... Baha rasanya tersembam masa nak mendarat

Wah seronoknya Beena, nampak jer lembut dan kecik tapi adventurous

Mereka (Baha, Beena dan Abang) puas dan seronok

Pemandangan dari atas yang sempat Abang ambil menggunakan HP semasa sedang 'terbang' ... 

Cantik pemandangan ni semua

Dah selesai mereka berparasailing, kami balik ke hotel semula untuk mengambil barang-barang dan balik. Sebelum tu, kami berposing-posing dulu di lobi hotel, untuk dijadikan kenangan yang indah nanti ...

Balik ke hotel

My fav pic; kenangan terindah bersama-sama my best buddies, bff

Aku dengan anak-anak-anak

Abang dan Yana

Beena, Abang dan Yana. 
Semoga persahabatan kami diwarisi oleh mereka, aamiin 

Dah puas bergambar-gambar, kami pun meninggalkan hotel. Lama juga masa yang diambil untuk check-in di airport kerana orang agak ramai dan barang kami banyak. Dah masing-masing memborong! ...


Sebahagian barang untuk masuk ke perut kapal terbang, 
sebahagian lagi bawa naik dalam kapal terbang

Sementara  menunggu mak-mak check-in, abang tukang jaga barang-barang yang nak dibawa naik ke dalam kapal terbang. Punyalah banyak ...

Barang-barang yang nak dibawa naik dalam kapal terbang

Masa nak menunggu terbang agak lama lagi. Sempatlah kami bersolat Maghrib dulu. Masing-masing dah keletihan, sempat pula mengendurkan otot-otot di sini. Sambil tu, masing-masing sibuk membelek telefon ... 

Masing-masing berurut sambil menelek HP, sementara nak masuk gate

Akhirnya, sayonara Langkawi ...

At last in the air, night flight

Marhaban bikum iila (Wellcome to) Kuala Lumpur ...

Dah sampai LCCT; Yana dan Abang berposing 

Sampai LCCT, lama pulaklah lagi nak menunggu barang-barang masing-masing ...

Nampak Ita penat, hehe. Enjoy, tak apalah enjoy kan?

Insan-insan yang bosan menunggu barang-barang, hehe. 
Keletihan sudah!

Almost done. Nampak ceria sikit, senyum penat

Akhirnya, semua orang dah dapat barang-barang masing-masing. Apa lagi, jom keluar dan bye, bye everybody ...

Jom keluar dan balik, dah penat

Wati menjemputku. Kami keletihan dan lapar pula. Sebelum balik mesti makan dulu. Kang naik gastrikku, dah jadi satu hal pulak. Kami singgah di Nilai untuk makan dahulu sebelum balik, late dinner ...

Habuanku

Selesai makan, baru kami balik. Kami sampai rumah kira-kira pukul 1 pagi dah. Terasa sangat letih, tapi kena mandi dan solat dulu. Selesai semua, terus boom. Tak sempat nak keluarkan dan kemas barang-barang lagi, kecuali keluarkan beg baju jer. Beberapa hari kemudian barulah aku sempat mengeluarkan barang-barang yang dibeli. Bila buka semua barang yang ku beli ... alamak, casserole yang paling besar bagi set casserole yang ku beli pecah. Apo nak dikato, tetapi aku dapat free gifts atas pembelianku yang agak banyak tu. Inilah tuaianku di Langkawi ...

Pinggan mangkuk dan sudu, sebagai tambahan yang dibeli dahulu

Set casserole, kurang satu yang paling besar; dah pecah

Corning yang paling besar pecah!

Free gifts kerana beli barang banyak, Alhamdulillah

Selesailah satu episod perjalananku yang tidak dirancang bersama-sama sahabat-sahabatku ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Namun, kembara ini sangat indah dan mengujakan. Semuanya akan menjadi kenangan yang abadi buat kami semua, kerana tidak tahu masa atau ketika di antara kami yang akan dijemput Allah, memandangkan dalam kalangan kami ada yang berpenyakit kronik dan akan 'pergi' bila-bila masa jer ... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Terima kasih ya sahabatku semua
Semoga kita dapat berkembara bersama-sama lagi pada lain masa
Semoga semua yang kita lalui bersama-sama tetap akan menjadi kenangan indah ... 
bila dan walau di mana kita berada