ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Sunday, June 2, 2013

Johor Premium Outlet, JPO

Pada hari itu, suasana pagi tidak begitu meriah. Rupa-rupanya 1 Februari 2013, iaitu cuti umum bagi Wilayah Persekutuan. Kami sekeluarga tiada apa-apa program. Masing-masing nampak bosan sahaja, lantas aku mencadangkan kepada abah kami sekeluarga pergi ke JPO. Telah lama aku mendengar tentang JPO dan ingin sekali nak pergi menjengah ke tempat itu. Tanpa di rancang, kami semua pun bersiap dan bertolak ke sana sekeluarga. Cuaca agak panas dan kami sampai di sana dah tengah hari.

JPO ... kami dah sampai

Masuk ke tempat tu, orang tidak berapa ramai, dan jika dilihat pengunjung mungkin ramai dari Singapura ...

Tidak ramai orang

Memandangkan masing-masing dah lapar, kami menjamu selera dahulu di kafeteria yang terdapat di situ. Kemudian, barulah kami 'mengukur' tempat tu. Seperti yang dimaklumkan, memang tempat ini menjual barang-barang yang berjenama ...

Mengukur ...

Sebahagain daripada kedai-kedai yang terdapat di situ 

Dah mula penat

Dah terlepak!

Tak larat dah ... tunggu anak merayau

Bila tengok barang-barang tu, teringin juga nak membelinya. Akan tetapi, apabila melihatkan harganya patah selera dibuatnya ... ratusan dan ribuan ringgit harganya sedangkan bukan keperluan sangat pun. Tak boleh ikutkan nafsu. Jangan tidak, Zafhri beli sehelai kemeja, aku beli seutas jam tangan dan Yana sunglass

Dah puas 'mengukur' tempat tu, hari pun dah petang. Selesai kami menunaikan solat, kami terus ke bandar Johor Bahru cari makan pula. Sedap juga kami sekeluarga menikmati hidangan makan malam di kawasan Pantai Lido. Selesai makan, kami pun mengorak langkah balik semula ke KL.