ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Sunday, November 20, 2011

Ganu 13-17 Nov. 2011...Best, Syok ...

Wot... wot ... yeay ... Ahad 13 Nov. 2011, dapat juga kami sekeluarga bergerak ke Terengganu selepas 'gajah' abah ok. Kami siap bawa peralatan memasak, pinggan mangkuk, toto, bantal, kain selimut, towel dan lain-lain (kalau tak cukup kat guest house nanti, kami dah siap semua!) Al-maklumlah, kami segerombol ke sana, dan kat guest house memang tidak ada peralatan memasak (Abah dah survey, dan tokey guest house berjanji akan menyediakan dapur dan alat BBQ pada kunjungan kami yang akan datang - December) ... Mula-mula nak guna satu kereta jer, tapi nanti anak-anak yang dah besar-besar semua tu tak selesa pulak. Maka, kami gunalah dua kereta, iaitu 'gajah' abah dan 'kancil' Yana ...

'Gajah' abah dan 'Kancil' Yana

Separuh perjalanan, masing-masing dah kelaparan. Terpaksalah kami berhenti makan di sekitar Cherating. Kedai makan tu ada jual nasi lemak kukus lauk ayam goreng rempah, nasi putih lauk kawah, dan sup. Aku tak begitu lapar; minum air dan tompang makan sedikit daripada makanan anak-anak dah cukup. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke daerah Dungun. 

Masuk daerah Dungun

Sebelum sampai ke Dungun kami melintasi kawasan penapisan minyak Petronas. Wah, rasa berada di planet lain pulak ... Kiri kanan jalan di penuhi bangunan besi!

Salah satu pemandangan di kawasan penapisan minyak Petronas

Akhirnya, sampailah kami ke tempat penginapan dengan selamat dan keletihan. Walau bagaimanapun, rasa letih hilang apabila kami disapa oleh angin laut yang segar, persekitaran yang indah, ditambah pula dengan hujan yang renyai-renyai dengan bunyi deruan ombak ... Wow, memang best! A great suprise to me ... rupa-rupanya, guest house tu milik Pn. Shahrizat (dan suaminya), mantan staf DBP, Bahagian Kamus! Dah macam tu, bila ada kesempatan borak panjang jugalah kami. 

Pemandangan dari guest house

Pada malamnya, kami tak larat nak masak dah ... makan kat luar jerlah ... Jom kita pergi Dungun, makan di food court di tepi laut tu. Alamak, tempat makan ok dah, tapi rasa makanan kureng dan harganya mahal pulak tu. Belasah jerlah ... dah lapar. 

Yana cakap "makan jerlah banyak-banyak mak sebelum kemo"

Balik ke guest house, aku dah tak larat dah ... booom ... kejap dah lena. Esuknya terjaga, dengar bunyi deruan ombak ... Wah bestnya ... mesti syok jalan di pantai dan tengok ombak ... Lepas subuh dan minum, aku siap pakai baju sukan. Wah, macam nak pergi jogging jer, pada hal nak pergi jalan jer! Lagak jer lebih ... hahaha. Abah pulak bersiap-siap nak pergi kursus, tapi jalan-jalan dulu di pantai. Rugi kalau tak menikmati kesegaran suasana pagi kat pantai tu.

Morning view

Jogging tract

Aku tak jogging, cuma jalan aje di pantai, sambil menikmati pemandangan yang indah dengan deruan alunan ombak, dan melihat keindahan matahari nak keluar menunjukkan wajahnya. Nyamannya ... dan begitu tenteram sekali ...

Sunrise

Aku berjalan atas pasir yang sejuk, tanpa memakai kasut. Wani, anak bongsuku, cakap kalau jalan atas pasir elok jangan pakai kasut; bagus untuk kaki ... Sedang jalan-jalan, muncul pula pelangi, yang begitu indah warnanya ... it's for me, hahaha ... Jangan nak perasanlah Asiah oiii !!! Tak kisahlah ...

Best, jalan atas pasir

Beautiful rainbow ... and it's for me! haha

Pemandangan dan laut yang cantik ini hanya boleh dinikmati begitu sahaja, kerana bahaya untuk bermandi-manda ... Lihat sahaja papan tanda di bawah ni ... Ingat tu, jangan cuba-cuba nak mandi. Kalau nak mandi jugak, it's at your own risk. Kalau lemas atau hanyut tak ada siapa yang nak tolong sebab kawasan ni memang sunyi dan secluded. Bagi orang yang nak honeymoon, memang fantastic and romantic! Teringat zaman baru-baru kawin dulu, memang selalu datang ke pantai Terengganu walaupun bukan di sini. Sweet memory ...

Papan tanda amaran tak boleh mandi

Pemandangan sekitar... nah ... cantik, cantik ...

Nyaman sekali

Lepas jalan di pantai, naik dan siap-siap nak ke pasar pulak - pasar Dungun. Nak beli ikan dan sotong untuk goreng, dan sayur.  Mak bersemangat nak masak tu! Balik ke 'rumah', alamak berlaku gangguan air pulak, aisey patah semangat ...Tunggu-tunggu, dah hampir pukul 1 tengah hari, baru ada air semula ... dah tak ada mood nak masak dah! Lepas zolat Zohor aku dan anak-anak pun keluar ke Mesra Mall di Kertih, lunch dan lepak kat situ sampai abah balik...

Mesra Mall di Kertih. Shopping complex yang selesa

Pada hari kedua, abah kursus separuh hari jer. Paginya, aku pergi pasar lagi beli sayur, dan balik masak pajeri terung, ikan goreng,  sotong goreng, dan ada ulam kacang botor lagi. Huish ... jadi chef aku hari tu!!! Berselera masing-masing makan. Al-maklumlah, suasana nyaman dan hari hujan pulak tu. Lepas tu, kami rehat-rehat jer ... masih hujan ...


Pada hari ketiga, abah tak ada kursus lagi. Pagi-pagi hari hujan ... tak dapatlah nak jalan di pantai. Dari jauh, nampak ombak besar dan berderum-derum bunyinya ... Tak buat apa, tengok kak Shahrizat beri kucing-kucingnya makan, dan kami bermian-main dengan kucing-kucing tu. Semuanya cantik-cantik, montel-montel, bersih dan manja ... Rupa-rupanya, kak Sahrizat dan suaminya bela 60 ekor kucing! Wow ... Menurut suami kak Sharizat, semua kucing itu dikasikan, mungkin beliau suami isteri tak larat nak jadi 'bidan' dan 'baby sitter' bagi 'anak-anak' yang begitu ramai kalau ibu-ibu kucing tu beranak nanti (my perception, and may be I was wrong).

Sebahagain kucing-kucing belaan tokey guest house

Kemudian, aku dan abah pergi pasar ... beli bahan-bahan nak masak tengah hari ...

Pasar bahagian sayur

Pasar bahagian ikan

Abah beli udang besar

Ada udang karang, abah tak beli

Abah beli santan

Dah selesai membeli keperluan, kami terus balik ... nak masak sebab petang nak pergi jalan-jalan ... Apa yang kami masak? ... Nah itu dia ... nampak sedap tak? Kalau tak sedap pun jadi sedap jugak dengan suasana yang nyaman di situ. Selera menangkap jer!

Pucuk paku masak kuning cili padi

Ikan bilis goreng dengan bawang, petai dan cili kering

Sotong goreng tepung versi Chef Hisham

Udang besar, baru nak goreng ...hehehe, gambar yang dah goreng lupa nak snap

Lepas makan dan solat Zohor, kami keluar jalan-jalan menghala ke Kuala Terengganu, walaupun hari hujan, untuk menikmati keindahan pemandangan pantai dan laut ... Cantikkan, pemandangan di sekitar kawasan pantai Kuala Abang ni...

Pantai Kuala Abang

Di Pantai Kuala Abang ni ada juga guest house, tapi kami tengok tak berapa selesa walaupun persekitarannya amat cantik dan menarik. Dah puas rehat sekejap dan klik, klik sana sini di Pantai Kuala Abang, kami meneruskan perjalanan, dan terjumpa pula Galeri Biodiversiti Akuatik ... Ops, rasanya sebelum ni tak ada, atau aku tak perasan? Jom masuk tengok ...

Main entrance

Posing depan tulang ikan paus 
Abah dan anak-anak pun tak ketinggalan nak posing

Wani pulak happy dapat topi

Dah tengok semua, jalan lagi, dan sampai ke Hutan Lipur Jambu Bongkok. Jom masuk ... kawasannya cantik, tapi tak terurus. Kami tak turun sebab hari hujan, dan persekitarannya nampak agak  suram dan menyeramkan ... seperti tak dikunjugi, ishhhh ... Mesti banyak penghuni halimunan tu.

Seram you tengok kerusi ni...macam ada invisible yang duduk kat situ

Kami jalan lagi hingga sampai ke kawasan Rusila. Hari dah petang dan masing-masing pun dah lapar. Berhenti di salah sebuah kedai di tepi laut mesti best ... pekena teh dengan keropok lekor. Anak-anak pula, of course makan heavy.

Keropok lekor, keropok lekor ...

Dah kenyang, kami pun patah balik. Nak balik ke 'rumah', lalu di Tanjung Jara Resort, masuk ke simpang Pantai Teluk Bidara ... susur pantai dan sampailah ke 'rumah' ...


Malamnya, kami dah mula berkemas untuk berangkat balik pada esuknya. Kalau ikutkan hati nak jalan lagi ke Kota Bharu pula, tapi kami terpaksa balik sebab abah ada kerja sikit di Kemaman, dan pada hari Jumaat aku perlu ke HKL untuk buat ujian darah sebagai persediaan untuk kemo pada hari Isnin. Aiyoooo ... hati dah mula gundah dan kalut!!!


Pada paginya, cuaca terang dan tidak hujan, tapi kami tak dapat nak jalan kat pantai sebab sibuk mengemas barang nak balik, dan membersihkan 'rumah' sebelum meninggalkannya. Lepas memasukkan semua barang-barang ke dalam kereta, kami pun gerak ... abah terus ke Kemaman, tapi kami jalan-jalan dulu di Pantai Rekrasi Teluk Bidara menikmati keindahannya ... Cantik kan ...


Terus ke Dungun pula ...

Salah satu kawasan pantai Dungun

Terdapat tempat rekreasi dan taman permainan di pantai Dungun

Kami meneruskan perjalanan ... singgah di McD makan, singgah di Mesra Mall dan terus ke Kemaman apabila abah telefon memberitahu yang dia dah habis kerja. Jumpa abah di Kemaman; kami meneruskan perjalanan balik ke KL.


Di Cherating, kami singgah sekejap sebab abah nak jumpa kawan dia, Poe (Rampa), penyanyi Hobin Jang Hobin tu. Poe memilki gerai di situ, yang kebanyakkannya cater for foreigners.

Gerai Poe

Abah dengan Poe

Lepak ... rehat kejap

Aku pun tompang posing dengan abah dan Poe

Perjalanan diteruskan. Sampai di Pahang hujan renyai-renyai. Kami singgah di perhentian ... jangan lupa solat! Hari dah petang dan perut pun dah mula lapar, dan  singgahlah pulak minum di Maran...

'Gajah' dan 'Kancil' pun dapat berehat sekejap sementara kami minum

Lepas minum, perjalanan diteruskan lagi. Sampai di Genting Sempah matahari dah mula terbenam ... Sampai di kawasan Gombak pulak, jam melekat!!! Hai ... lebih satu jam menempuh jam di situ. Banyaknya kereta, tambah hujan renyai-renyai pulak.

Sunset

Akhirnya, dah malam baru kami sampai ke rumah. Alhamdulillah, nampak kat rumah semua ok ... 

Home sweet home

... Akan ke Terengganu lagi pada bulan December ...