Tarikh ini memang kami sekeluarga nanti-nantikan - excited jer masing-masing menunggu! Kami telah merancang untuk bercuti ke Terengganu pada 21-24 Dec 2011 sejak beberapa bulan sebelum ni lagi. Oleh itu, semasa kami ke sana sebelum ini pada bulan November 2011, kami telah siap sedia book tempat yang sama di Tanjong Jara ni. Harap-harap tak banjirlah, sebab selalunya kalau bulan Dec. Terengganu selalunya banjir. Kalau banjir pun, kami main banjirlah jawabnya. Lama dulu pun, kami pernah redah dan main banjir ... best ... sampai terlanggar ikan 'melintas' jalan!
Sebenarnya, kami merancang awal kerana percutian ini adalah untuk sahabatku Zilla dan 2 orang anaknya dari Singapura yang teringin sangat nak join kami ke Terengganu. Walau bagaimanapun, kita hanya merancang tetapi Allah yang melaksanakannya. Beberapa hari sebelum tarikh ini, Zilla telah menghantar mesej yang dia tidak dapat datang kerana ibunya terjatuh, dan masuk wad. Zilla terpaksa menjaga ibunya di hospital, dan telah membatalkan tempahan tiket ke KL juga.
Tak mengapalah ... musibah itu berlaku semasa Zilla masih belum datang ke KL lagi. Jika berlaku semasa Zilla sedang bercuti dengan kami? Tentu kelam kabut dibuatnya kan. So, kami pergi ajer sekeluarga, bersama-sama Pak Dik (adik ipar), Anep (anak angkat) dan Alia (anak sedara, yang baru juga balik bercuti ke Sabah sekeluarga pada malam sebelum pergi ni - excited nak pergi jugak). Kami pergi naik 2 buah kereta (gajah abah, dan gajah Pak Pon - adik abah). Kalau Zilla jadi pergi, kena tambah sebuah kereta lagi, gajah Wati. Lain kali kita plan lagi ye Zilla, Martyn dan Natlaya ...
Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya;
kita perlu redha dan menerima dengan hati yang tenang
Sehari sebelum pergi, kami ke supermarket untuk membeli barang-barang keperluan yang hendak dibawa, kerana kami akan duduk di guest house nanti dan nak masak sendiri. Pada petangnya pula, aku dan abah rendang ayam untuk dijadikan bekal pada esuk harinya.
|
Abah dan Wani sedang sibuk dengan barang-barang yang dibeli |
Pada pagi 21 Dec., pagi-pagi lagi aku memanaskan rendang yang telah dibuat, siap masak nasi dan goreng sayur, sebagai tambahan kepada rendang ayam. Selepas memasukkan semua barang-barang keperluan dalam kereta, kami pun sedia nak berangkat. Abah drive gajahnya - aku, Wati dan Wani jadi passenger. Pak Dik pula drive gajah Pak Pon - Zafhri (Abang), Anep, Yana dan Alia jadi passenger. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 pagi dengan berkonvoi ...
|
2 gajah yang dah sedia untuk kembara |
|
Kami berkonvoi; abah di depan dan Pak Dik follow di belakang |
|
Dah sampai di terowong sebelum Genting Sempah |
Sebelum masuk ke highway kami singgah di stesen Petronas, kerana ada yang nak gi tandas, melurus-luruskan badan, beli air dan 'munchy munchy', serta memberi peluang drivers dan gajah berehat sekejap. Perjalanan selepas ni agak jauh lagi dan kami tak nak berhenti di perhentian yang kami jumpa dalam pejalanan nanti.
|
Berhenti di stesen Petronas. Amboi, Yana tak lepas dengan bantal. Nak lenalah dalam kereta tu, boring dalam perjalanan |
|
Pak Dik siap berposing lepas berehat sekejap, dan berasap |
Selepas semua selesai melepaskan hajat masing-masing dan driver pun dah hilang penat sikit, jom teruskan perjalanan - jauh lagi ni. Kang dalam perjalanan entah-entah kena hujan lebat dan jumpa banjir, lambat sangat pulak sampai ke destinasi. Sampai di Cerating, dah tengah hari dan perut masing-masing pun dah nyanyi lagu rock - lapar! Abah ajak berhenti di sebuah kedai nasi ayam. Abah cakap kat situ nasi ayamnya sedap (abah dah selalu berhenti makan kat situlah agaknya dalam perjalanannya pergi dan balik semasa bertugas). Pelik jugak abah tak suruh buka bekal pulak kali ni. Aku menjangkakan abah bawak kami kat tepi pantai dan buka bekal. Mungkin abah menjangkakan hujan nanti, susah pulak kan.
|
Masing-masing cepat jer selesai makan sebab dah lapar sangat agaknya |
Dah selesai makan, jom teruskan perjalananan lagi. Dalam perjalanan, tempuh juga hujan lebat hingga sampai ke Kertih. Di Kertih hujan renyai-renyai hingga ke guest house. Seronok juga, tak panas atau mengantuk.
|
Hujan lebat juga |
|
Di Kertih (pusat penapisan minyak Petronas) hujan baru nak berhenti - renyai-renyai jer |
Selepas makan, kami tidak berhenti lagi dalam perjalanan dan sampai ke guest house agak petang juga. Masing-masing yang dah keletihan dalam perjalanan, nampak segar semula dan excited dah sampai, wow! Hah, Alia yang sibuk bertanya "dah sampai ke belum?", "bila nak sampai ni?" ... hah dah sampai dah. Sampai-sampai, masing-masing siap bergambar-gambar dulu. Dah bergambar baru punggah barang masuk ke dalam bilik. Hey ... macam-macamlah diorang ni ... Tak kisahlah, janji happy kan.
|
Dah sampai ke gerbang dan simpang ke Seberang Pintasan, Tanjong Jara |
|
Dah sampai ke guest house, excited |
|
Persekitaran guest house mengadap darat, depan rumah tokey |
|
Alia apa lagi, terus posing di bahagian guest house, mengadap laut |
|
Yang lain-lain pun nak bergambar juga. Tengoklah happynya mereka |
|
Dah puas bergambar dan menikmati persekitaran guest house, baru punggah barang-barang |
Selesai punggah barang-barang, masing-masing berehat (mandi, solat dan minum). Dah hilang rasa penat, masing-masing tak sabar nak ke pantai pula. Nampak ombak agak besar dan ganas juga. Ada yang acah nak mandi laut, tapi tokey kata "nak mandi laut boleh, tapi pakai baldi!" Hahaha ... kelakar Pak Hashim tu. Mereka main di tepi gigi air saja ... tak kisahlah kan ...
|
Seronok tengok ombak yang bergulung tu, tapi ngeri juga |
|
Yana leka ... |
|
Pak Dik leka ... |
|
Masing-masing seronok tengok ombak |
|
Abang, Anep dan Alia teringin nak mandi tu, tapi boleh main di gigi air jer |
Dah puas main air, mulalah tiga orang ni buat perangai gila-gilanya tu ... Ngam betul 3 orang ni!!!
|
Tengoklah perangai diorang tu! |
|
Entah apa kerja Abang ngan Anep ni pulak! |
Pak Dik pulak lupa nak bawak selipar. Dia curi selipar abah. Kami pun suruh dia pilih selipar-selipar yang hanyut kat tepi pantai tu. Tengoklah Pak Dik kusyu' memilih selipar! haha ...
|
Banyak tu Pak Dik ... |
|
Mana satu nak pilih tu! |
Abah lak pergi jauh sangat tu, cari apa ntah. Tiba-tiba balik tarik entah apa-apa ... kononnya berlagak nelayan tarik ikan dari laut ... hahaha ...
|
Jauhnya ... |
|
Apalah kerja abah ni, dengan kaki ayam dan kain pelikatnya ... hahaha ... |
|
Huish jauhnya anak-anak pergi! Jom balik, sambung esuk ... |
No comments:
Post a Comment