ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, December 24, 2012

Sehari di MAHA 2012


Pada tahun ini, sekali lagi MAHA diadakan di Serdang. Memang ramai yang menunggu program besar yang diadakan dua tahun sekali ini. MAHA 2010 yang lalu sampai 2 kali aku pergi; sekali secara rasmi dengan kawan pejabat dan sekali lagi dengan keluarga ... memang pengunjung sangat ramai.

Pada kali ini, aku seperti malas nak pergi tambahan musim hujan pula. Akan tetapi Yana teringin sangat nak pergi, sampai ambil cuti, dan kebetulan abah pulak ada di darat. Kesian Wani tak dapat pergi sekali sebab sibuk dengan kuliah dan berusaha keras untuk menghadapi ujian. Abang (Zafhri) pula memang hari-hari ke MAHA membantu kawannya berniaga makanan.

Pagi 28 November 2012, setelah selesai bersarapan dan berkemas (agak lewat juga), aku, abah, Wati dan Yana gerak ke MAHA. Hari masih panas dan nasib dapat parking dekat sikit dengan bangunan tempat pameran. Kami terus masuk ke Agrobazaar. Banyaklah produk pertanian dipamerkan dan dijual di situ. Aku beli tepung magik yang digunakan untuk goreng ikan, ayam, sayur dll (bila balik gunakannya untuk goreng ayam, memang sedap!) ...

Agrobazaar
Penat jalan dan meninjau di Agrobazaar, masing-masing terasa lapar. Kami pun bercadang nak pergi ke kedai kawan abang, berhampiran dengan pameran penternakan. Kami naik train yang disediakan, tetapi tersilap dan kami turun semula ambil train lain. Orang pun dah mula ramai, huhu ... Sampai ke perhentian akhir (pameran ladang penternakan) jenuh pula nak mencari kedai kawan abang tu. Akhirnya jumpa, kami menjamu selera dulu ... Aku pekena murtabak kambing. Lepas tu, rasa-rasa nak jengah juga pameran haiwan tu, tapi nampak macam dulu juga dan orang sesak pula, batalkan niat. Cuma tengok hamster jer kat tepi tu. Tapi aku pulak bukan tengok hamster ... aku tertarik dengan sebuah keluarga dengan 2 orang anak yang sangat comel ... Rasa nak cubit-cubit pipi dia! 

Comelkan?
Lepas tu kami teringin nak pergi ke Laman Sayur dan pameran perikanan; kena berjalan kaki ke stesen train semula. Sambil tu sempat jugalah jengah pameran kucing yang hendak diadopt. Cantik-cantik kucingnya (lupa pula nak snap foto). Hari panas sangat. Aku dan Yana ada payung. Tak tahan punya pasal Wati beli topi dulu ...

Wati sibuk membelek topi

Taraaa ... dapat yang dia suka

Sampai di stesen, terpaksa pulak berebut naik bas (memang perangai orang Malaysia tak reti berbaris, termasuk aku dan keluarga! Nak buat cam mano? Kalau tak berebut sampai tua tak dapat naik bas!). Haha ... kena naik baslah, dapat aircond. Masa datang, naik coach ditarik oleh traktor ladang - laju berjongging lagi agaknya! At last, sampai ke Taman Sayur ... nyaman dan menyejukkan walaupun cuaca panas. Mula-mula sampai, kami disambut oleh labu gergasi ...

Labu gergasi
Seterusnya, berjalan di bawah redup sayur-sayuran yang bergantungan. Laluan menghala ke bangunan pameran sayur-sayuran ini sangat nyaman dan menenangkan ...

Sangat menyejukkan dan menyamankan

Gerbang masuk ke bangunan

Melepas lelah di tempat tanaman sayuran secara pengairan

Tomato yang sangat segar
Pelbagai sayur-sayuran segar yang dipamerkan
Kobis yang segar dan cantik
Abah, Wati dan Yana memerhatikan "Teka Benih"
Yana dah kepenatan dan kepanasan
Dah puas berpusing-pusing tengok sayur, kami berjalan ke tempat pameran ikan pula. Kami berjalan jer kerana ia bersebelahan dengan Laman Sayur.


Di bahagian luar pameran perikanan yang menarik perhatianku ialah pameran ikan laga (Betta) - sangat cantik dan menawan ...


Di dalam bangunan pula, dipamerkan pula ikan-ikan yang berwarna-warni juga - sangat menarik ...


Ikan ??? (Aku tak tahu)
Ikan ??? (aku tak tahu)
Whoaa ... ikan emas yang montel!
Arowana cili
Pari
Sebelum meninggalkan pameran perikanan terjumpa pula DAWAMA menjual buku-buku terbitan DBP. Sempat jugalah aku melihat buku-buku dalam bidang pertanian hasil kerja tanganku dijual di situ... Rasa sayu juga melihat buku-buku ini kerana selepas ini tiada lagi hasil daripada tanganku seperti ini (bersara). Buku-buku ini ialah usahaku sebagai editor perolehan, dan sebilangannya pula aku uruskan sehingga terbit.



 Selesai, kami ambil train semula nak balik. Rupa-rupanya salah train lagi -  berpusing di tempat yang sama; kembali ke Laman sayur! Terpaksa pergi ke pangkal jalan balik untuk ambil train lain. Akhirnya berjaya juga sampai ke Agrobazaar, berhampiran dengan tempat kami parking kereta. Hari pun dah mula hujan pulak, redah jerlah masing-masing berkongsi payung. Sampai rumah, aku terus dapat hadiah selesema dan batuk!!!

Pada malamnya, semasa berehat, aku terkedu bila Abang balik awal kerana mengalami kecederaan. Abang terlanggar peti ais semasa melayan pelanggan di kedai makan kawannya di MAHA. Katanya, semasa kena tidak perasan darah menitis-nitis - dah lama baru perasan. Pergi ke klinik di Serdang, kena 2 jahitan! Hey, abang ... abang ...

No comments:

Post a Comment