ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Saturday, January 21, 2012

Part 2 Kuala Kangsar, Cameron Highlands - 7 Jan. 2012

Pagi, 7 Jan. 2012, kami sekeluarga bersiap-siap untuk keluar breakfast, berjalan-jalan di Kuala Kangsar dan terus ke Cameron Highlands, sebelum balik ke KL. Sebelum tu, aku sempat melihat-lihat sekitar rumah rehat tempat kami menginap tu. Semasa sampai, hari gelap dan persekitarannya agak menyeramkan - tak sempat. Rumah rehat ini ialah bangunan lama, tetapi biliknya luas dengan sewanya RM150.00 (cukup untuk kami sekeluarga bermalam - 1 katil single dan 1 katil double). Persekitarannya cantik dan menarik, kerana ia berada berhampiran dengan taman rekreasi dan tasik (malam hari nampak seram) ...

Rumah Rehat Kuala Kangsar
View depan bilik
Tasik di depan rumah rehat

Lepas siap-siap dan kemas masukkan barang-barang dalam kereta, kami pun check-out. Destinasi pertama kami ialah mencari bazaar tempat menjual craft. Disebabkan masih awal lagi, bazaar tu belum buka lagi. Kebetulan, berhampiran bazaar tu ada pasar tani. Kami berjalan-jalan di pasar tani dulu. Seronok juga, sebab banyak sayur kampung yang dijual di situ, dan segar-segar pulak tu. Kami pun beli juga sayur-sayur kampung tu.

Pasar tani di Kuala Kangsar
Ternampak sesuatu yang pelik, rupa-rupanya telur ikan duri
Abah beli buah langsat, nampak monel-monel

Bila dah selesai 'membeli-belah' di pasar tani, nampaknya bazaar dah buka. Abah nak beli parang di bazaar untuk menebas tanah kami yang telah semak-samun di kampung tu. Abah beli 2 bilah parang panjang, sebilah pisau potong ikan dan sebuah periuk aku nak rebus herba.

Suasana bazaar

Selesai, kami pun keluar nak cari kedai makan pula. Sebelum keluar dari rumah rehat, sempat minum air milo jer! Aku sempat snap mercu tanda bandar Kuala Kangsar, iaitu jam di bulatan, dan juga replika kapal terbang perang di tepi jalan tu.

Mercu tanda bandar Kuala Kangsar
Replika kapal perang? (betul ke replika atau yang betul diletakkan di situ)

Jumpa kedai makan, kami makan dan terus masuk ke highway untuk meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands ... Dalam perjalanan, sempat juga aku snap views yang menrik perhatianku ...

Cantiknya bukit yang berlapis-lapis tu
Tempat orang ambil marmar

Akhirnya, kami sampai ke exit untuk ke Camron Highlands, iaitu Simpang Pulai. Apabila dah exit di Simpang Pulai, aku snap juga gambar-gambar yang menarik perhatian...

Dah sampai di Simpang Pulai untuk ke Camron Hoghlands
Views selepas exit Simpang Pulai

Menghampiri Cameron Highlands, kami ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatian, iaitu belahan pada bukit kerana tanah runtuh. Ish ... janganlah kawasan tu jalan yang kami lalui. Mana tau tak boleh lalu pulak, naya kang!

Tanah runtuh dari jauh
Lebih dekat
Close-up

Sampai di Cameron Highlands, singgah di gerai tepi jalan jual sayur - nak tengok-tangok jer. Gerai tu di kelilingi tanaman sayur kubis.

Banyak sayur kubis di tanam di sini
Close up sayur kubis yang belum dipetik
Hai, Yana posing kat sayur kubis!!

Tuan gerai pulak cakap, kita boleh petik sayur sendiri dan terus beli. Eh, best jugak ... why not petik sendiri kan ... Abah pun siap keluarkan pisau dan petik kubis ...


Abah sedang petik kubis
Dapat satu ... cukuplah
Sukanya dapat petik
Wani pulak posing dengan sayur yang abah petik
Siap untuk ditimbang dan bayar

Dah selesai, jom teruskan perjalanan. Di sepanjang perjalanan, banyak jumpa ladang sayur ... Di tepi-tepi jalan dekat pekannya pula, banyak landrover tuan/pekerja ladang ...

Salah satu ladang sayur - kebanyakannya begini
Landrover yang terdapat di tepi di pekan di Cameron Highlands

Jalan-jalan, singgah pula di kedai cenderamata, di Rose Garden. Anak-anak nak beli cenderamata.

Abah melayan Wani 
Yana dan Wati pun leka

Di situ pun ada jual bunga, tapi kami tak nak beli. Sebelum ni selalu juga beli bunga bila naik ke Cameron Highlands, membazir jer. Sayur-sayuran pun ada, dan aku aim brocolli ...

Carnation dan ros
Ros
Aku borong Brocolli - bukan semua ni!!!

Kemudian, kami singgah pula di kedai menjual madu lebah. Di situ, ada muzium lebah. Oleh sebab kami tak pernah lagi masuk ke sini, kami pun meninjau-ninjaulah ke dalam muzium tu, tengok apa yang ada ...

Posing pada sarang lebah yang diawet
Leka tengok tempat lebah diternak

Dalam muzium lebah, dipamerkan sarang-sarang lebah dan jenis-jenis lebah yang telah diawet, antaranya yang berikut ...

Salah satu sarang lebah
Tebuan tanah dan sarangnya
Lebah hutan dan sarangnya

Di luar muzium, pelbagai jenis madu lebah dijual ...

Madu asli
Madu royal
Madu propolis

Ada madu-madu lain lagi, tapi abah beli madu asli. Dah tu, lama pulak abah berboraknya dengan tokey cina tu ...

Beli madu
Entah apa pulak yang diborakkan dengan tokey tu

Dah selesai kisah madu, Wati nak beli penanda buku rama-rama. Singgah lagi di kedai cenderamata. Dah beli penanda buku, masing-masing tersangkut lak di bahagian topi. Masing-masing sibuk mencuba dah berkenan lak dengan topi ... Yana, nak minat ...

Huish ... takut tengok jelingan si kasanova!!! haha
Wati dan Wani mencuba beberapa topi

Selesai dengan topi, Wati nak strawberi cokelat pulak. Nasib baik jumpa di tempat yang biasa kami beli tu ...

Menunggu pekedai menyediakannya
Sukanya dah dapat

Abah lak tertarik dengan orang jual jambu epal. Abah rasa katanya sedap, dan ... belilah 4 biji.

Beli jambu epal

Lepas tu, kami terus balik. Kali ni kami tak singgah banyak tempat sangat, dan tak singgah juga di ladang teh. Dah kerap pergi dan singgah di ladang teh tu. Rasa-rasa nak singgah minum teh di tepi jalan tu, tapi hari tu kan hari Sabtu ... Orang dah ramai naik, dan susah nak parking. Lupakan aje hasrat tu.

Balik pun tak ikut jalan biasa (highway). Kami ikut jalan yang ditunjukkan oleh GPS (jalan lama). Masing-masing pun kelaparan. Sampai di Felda Sungai Koyan (tak silap), kami makan tengah hari di sana. Sebenarnya, bukan makan tengah hari lagi dah ... Dah pukul 4.00 petang!! Haha ... makan petang! Selesai, terus shoot balik rumah.

Sebenarnya, kami travelling kali ni tak berada enjoy sebab pergi bukan bercuti sebenar-benarnya. Kami sambil-sambil jer selepas menghadiri majlis pelancaran buku tu. Lagi pun, kali ni jalan naik jerung, tak berapa best. Best lagi naik gajah abah, boleh lasak-lasak. Kami akan merancang ke Penang dan Kuala Kangsar lagi ... tak puas ...
               

3 comments:

  1. I think I understand it correctly that you suffered from a cancer which you seem to have overcome. At my age of over seventy everything is possible, a matter of time in fact. But you are young. To have faced it all so very bravely calls for strength.

    I choose this site t leave comments because you describe a journey which I did with my family so many years ago, around forty years ago. K Kangsar Rest House was an old wooden house, a typical rest house found all over the country, what our British administrator left. They knew how to enjoy life. The site in Kuala Kangsar was beautiful, and still is.

    Up the highlands I was lucky to be working for a British company which owned a beautiful chalet on a hill overlooking the Cameron Highlands Golf Course. It was meant for their senior staff. We enjoyed it several times those days.

    Memories are pleasant. You are creating future memories. I pray that all is well with you, in particular, and family in general. I am not sure where you reside, in KL or East Coast,not K T I presume.

    Insya Allah I will call here again.

    ReplyDelete
  2. Pak cik/Abang Al-Manar; those were the days for you and your family. I guessed it's very sweet to think and talk about it again. Thank you for sharing. May God bless you and your family - always in good health. I'm in KL.

    ReplyDelete