ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, December 24, 2012

Sepetang Di Putrajaya

Jumaat 14 Disember 2013 aku tidak bercadang untuk keluar ke mana-mana; duduk di rumah sahaja. Mood nak masak pun ada, maka macam-macam menu masakan yang terfikir olehku. Akan tetapi, bila tinjau peti ais banyak bahan mentah yang tak ada. Nak pergi kedai/pasar rasa malas pulak. Akhirnya, aku mengambil keputusan masak nasi lemak sambal ikan bilis sahaja - make do whatever I have. Selesai masak dan berkemas-kemas, dapat pula SMS daripada sahabatku Yani, yang berhasrat nak datang ke rumahku dengan anak-anaknya. Sedang eloklah, dapat aku menjamu mereka dengan nasi lemak. Kebetulan aku memang buat banyak untuk bekalan Yana pergi kerja.

Bila Yani sampai, dah makan dan berbual-bual, kami keluar ke Putrajaya. Aku berhasrat nak belanja Yani di Restoran Black Canyon, tempat makan kegemaranku anak-beranak di Alamnda. Walau bagaimanapun, kami kena tunggu Wani habis program di kampus dulu sebelum pergi makan di restoran tu. Oleh itu, kami berpusing-pusing dulu di Putrajaya. Hasrat hati nak melihat 7 jambatan di Putrajaya tu, tapi jalannya entah mana-mana! Kami merayau-rayau ke PICC (Putrajaya  International Convention Centre), ok juga ... Dalam perjalanan tu seronok juga menjamu mata melihat bangunan-bangunan di Putrajaya tu ...

Jalan menghala ke PICC
Aku tertarik dengan sebuah bangunan dengan kubah ini
Dah nampak PICC
Semakin hampir ...
Depan PICC dipenuhi bendera
View yang lebih dekat
View dari jalan susur ke PICC
Dah pusing-pusing di PICC, kami balik menuju ke Alamanda ...

View ni menarik
Kami ikut jalan Dataran Putrajaya, lalu di depan Jabatan Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya ...  

Menuju ke Dataran Putarajaya,
nampak Masjid Putrajaya dan Jabatan Perdana Menteri
Lalu di tepi Masjid Putrajaya
Dalam perjalanan merayau-rayau tu, nampak juga jambatan putrajaya dari jauh (tak dapat nak snap foto). Sambil memandu Wati mengira jambatan yang dijumpai ... jumpa 6 katanya, tapi aku tak perasan dan lost count - tak tahu mana satu walaupun aku nampaklah jambatan, terrible me! Memang sahlah aku jadi bahan ketawa, hehe ... Sampai di Alamanda, kami jumpa Wani dan terus pergi makan. Lepas makan terus balik sebab Yani pun nak balik cepat sebab ada urusan ...

No comments:

Post a Comment