ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Sunday, February 3, 2013

Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Pada 4-8 Januari 2013 (Jumaat hingga Selasa), aku ditemani Abah (suami) dan Wati ke Kota Bharu, Kelantan. Pada mulanya, kami sekeluarga merancang ke sana untuk bercuti selepas Wani habis menjalani peperiksaan akhir Semester 2. Walau bagaimanapun, kami terpaksa bertiga sahaja ke sana untuk urusan mengeluarkan chemoport yang ditanam di dadaku dua tahun yang lalu. Kami terpaksa meninggalkan Wani yang sedang menjalani peperiksaan, Yana yang bekerja dan Zafhri yang ada urusannya sendiri.

Pada hari Jumaat pagi kami bertolak dari rumah dan sampai ke Kubang Kerian, Kota Bharu (KB), pada waktu Maghrib. Kami terus ke Min Homestay Camp (MHC), tempat kami duduk selama berada di KB...

Abah dan Wati depan bilik kami

Selepas meletakkan barang-barang, mandi dan solat Maghrib, kami ke rumah Dr. Hasanah untuk makan malam. Kami dijamu dengan laksa Penang, cekodok, kek dan buah. Kak Yah dan suami (tokey MHC) turut sama makan malam. Alhamdulillah, kenyang kami semua. 

Aku dan Abah bersama-sama Dr. Hasanah dan suami serta Kak Yah dan suami
Dah kenyang ... Terima kasih Has dan Abang Shuib

Lepas makan, kami berbual panjang kerana sudah lama tidak bersua. Sambil tu sempat kami bermain-main dengan  kucing comel yang dibela oleh pasangan suami isteri ini ...

Santai, berbual lepas makan
Tutti ...
Molly ...
Selepas puas berbual (memang tak puas pun), kami pun balik ke MHC. Pada esuknya, kami bersarapan pula di MHC, yang disediakan oleh Kak Yah ...

Abah tolong bakar satay untuk sarapan
Menikmati hidangan sarapan pagi oleh Kak Yah

Pada hari itu, kami tidak ke mana-mana, kerana aku memang nak berehat sebelum memulakan rawatan pada keesukan harinya dan menjalani pembedahan pada hari berikutnya. Kami menghabiskan masa menikmati alam semula jadi di MHC yang kaya dengan flora dan fauna.

Bagi burung dan ayam makan
Ada istana kelulut
Ada pangkalan di sungai

Petangnya, barulah kami keluar ke rumah Prof. Nik Hazlina menikmati high tea. Kami dihidangkan soto, kuih dan buah. Alhamdulillah, kenyang kami ...

Santai, berbual lepas makan
Bergambar kenangan sebelum balik

Malamnya, kami makan rojak mamak jer dan berehat. Paginya, kami bersarapan dengan hidangan yang disediakan oleh Kak Yah. Selesai bersarapan, Abah menghantarku (ditemani Wati) ke HUSM untuk ke klinik berjumpa PM Dr. Wan Faisham. Sampai di HUSM, Dr. Nik dah sedia menunggu. Kami pun pergi ke klinik ortopedik, ditemani Dr. Nik. Sampai di sana, dapat pula berjumpa dengan Dr. Aziah dan Dr. Azriani. Dr. Hasanah juga datang menemani kami sementara menunggu berjumpa Dr. Faisham.

Di klinik ortopedik bersama-sama Dr. Azriani, Dr. Aziah dan Dr. Nik
Selepas selesai berjumpa Dr. Faisham dan urusan di wad, aku dan Wati balik ke MHC. Petangnya, Abah buat rendang daging untuk rakan-rakan di sana. Dah masak, kami sediakan untuk Kak Yah, Dr. Hasanah. Dr. Nik dan Dr. Rahimah. 

Rendang dah masak

Petangnya, lepas ofis, Dr. Hasanah dan suami datang ke MHC untuk makan malam awal bersama-sama kami. Kak Yah menyediakan makanan yang enak untuk kami. Pertama kali aku cuba merasa budu!! Kawan Abah sekeluarga juga ada rezeki menjamu selera ...

Chief chef MHC, Kak Yah, dengan hidangan yang disediakan 
Bergambar kenangan sebelum makan; bersama-sama Dr. Hasanah dan Kak Yah 
Pada malamnya, aku, Abah dan Wati ke rumah Dr. Rahimah pula. Kami dijamu dengan pulut durian dan satay, mmm ... nyum, nyum ...

Di rumah Dr. Rahimah
Balik, Kak Yah dah memesan nasi tumpang dan perlu diambil pada hampir tengah malam. Abah dan suami Kak Yah pergi mengambilnya. Bila mereka balik, apa lagi ... aku pun makan nasi tumpang pula! Dah lama aku mengidam ... Dah kenyang makan nasi tumpang, aku tak boleh makan apa-apa dah. Aku mesti berpuasa untuk persediaan pembedahan pada esuk harinya. 

Sedapnnya nasi tumpang!
Pagi-pagi Isnin, gelap-gelap lagi lepas solat Subuh, Abah menghantar aku ke HUSM untuk menjalani pembedahan. Apabila semuanya dah selesai, kira-kira pukul 4 petang aku keluar wad dan balik ke MHC. Penatnya rasa badan selepas menjalani pembedahan dan kelaparan selepas berpuasa sehari. Aku menghabiskan banyak masa baring dan tidur! Malamnya, makan nasi tumpang lagi dan berehat kerana pada esuknya kena bergerak ke Terengganu ...

No comments:

Post a Comment