ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, March 4, 2013

Pt 4 : Langkawi (5H4M) - Bird Paradise

Mula-mula nak pergi ke tempat ini, kami tak jumpa. Nak ikut GPS tapi GPS kehabisan bateri pulak, dan tempat charge dalam kereta sewa tu dah rosak. Wati cuba dapatkan jalan dengan menggunakan Galaxy Note, tapi sekerat jalan hilang! Semasa kami minum di gerai tepi laut, Abah bertanyakan tempat ini daripada pak cik gerai tu. Kami pergi, akhirnya jumpa ...

Akhirnya sampai juga

Di sini pun tak ramai orang. Nak masuk Abah ambil tiket dulu; tak tahu dan tak tanya pulak berapa harga tiketnya. Sebelum masuk, kami siap bergambar dulu ...

Bergambar sekeluarga (siap pegang burung)

Abah dengan anak-anak

Kami juga leka bermain-main dengan haiwan yang ada diluar tu ...

Arnab yang montel-montel dan comel

Landak

Masuk-masuk, kami membeli makanan untuk haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Haiwan yang pertama kami jumpa ialah seekor burung tidak berkurung yang cantik ...

Spesies parrot

Burung ini sangat jinak dan tidak lari apabila didekati. Mungkin dah biasa dengan pengunjung memberi makan, maka apabila diberi makan ia akan makan di tangan dan boleh diusik juga ...

Anak-anak seronok bagi burung ni makan

Terdapat juga burung lain yang bebas tetapi tidak datang dekat dengan kami ...

Burung-burung lain yang bebas

Ada juga yang dikurung di dalam sangar ...

Yang di dalam sangkar

Kemudian, kami sampai ke kawasan terbuka tempat burung jenis bangau??? ...

Nampak burung-burung ni selesa jer

Leka tengok

Tengok dan bagi makan

Bergambar di sini

Seterusnya, aku sangat suka tengok burung spesies ini, cantik dan ada beberapa jenis ...

Cantik dan dengan keletahnya yang comel berkumpulan; kongsi kolam ikan

Sambil berjalan ke kawasan yang seterusnya, kami bergambar-gambar pula ...

Bergambar di kawasan yang hijau

Abang dengan 'kawan-kawan'nya!

Ya Allah Abah; buat tak jadi lak tu! hahaha

Ada pulak buaya di taman burung ...


Ada dalam 4 ekor buaya jer

Sampai pula ke kawasan burung di dalam sangkar yang besar ...

Datang bila dihulurkan makanan

Satu spesies; tak nak datang dekat bila dihulurkan makanan

Spesies-spesies yang berlainan dalam satu sangkar

Satu spesies lagi

Yang ini nampak sombong jer

Ada pulak haiwan ini dan boleh diberi makan melalui tempat memberi makan yang disediakan. Apabila didekati kandangnya, ia akan datang nak makan ...

Dapat makanan

Yang ini sangat comel. Bila didekati sangkarnya dia pun datang nak makanan juga ...

Mintak makanan!

Yana dan Abah hulurkan makanan

Dah habis makan ia hulurkan tangan nak lagi! hehe, sangat comel

Dua ekor haiwan ini bersidai kat atas tu, baru lepas dimandikan oleh penjaganya ...

Tak tahu haiwan apa, jenis mengkarong kot

Dah selesai bagi makan haiwan dalam sangkar/kandang, sampai pula ke kawasan haiwan bebas yang jinak dan makan di tangan ...

Bagi kancil makan

Di sini sangat seronok, tempat burung yang jinak dan boleh makan di telapak tangan ...

Sarang burung

Mula-mula taburkan makanan dahulu untuk pujuk burung-burung tu datang dekat. Kemudian, terus burung-burung tu datang makan atas tapak tangan ...

Taburkan makanan; pujuk burung supaya datang dekat

Dah masing-masing teruja ....

Masing-masing leka dan seronok melayan burung makan atas tapak tangan

Selain burung-burung yang jinak ini, ada juga burung-burung lain tapi tak adalah makan atas tapak tangan ...

Dua merpati sejoli

Macam spesies ayam belanda

Ada pulak burung puyuh yang nampak macam tak sihat jer; macam terjatuh dan tak dapat naik ...

Macam tak sihat jer burung puyuh ni

Yana tolong naikkan; geram pulak tu!

Jalan lagi, jumpa burung api-api yang agak liar untuk didekati, tapi pengunjung boleh masuk dalam sangkarnya ...

Nak makan tapi tak nak dekat!

Di luar sangkar burung api, ada kancil yang takut-takut nak dekat makan ...

Haiwan bebas di luar sangkar pulak dan orang dalam sangkar! hehe

Kemudian, kami sampai ke kawasan tasik yang terdapat pelbagai spesies haiwan; dalam air dan atas tebing ...

Angsa putih dan spesies burung lain

Angsa hitam dan spesies burung lain

Burung yang cantik

Satu spesies burung lagi di tebing tasik

Dengan persekitaran yang nyaman ini, kami tidak melepaskan peluang bergambar ...

Latar belakang tasik

Latar belakang air terjun

Berhampiran ada kandang yang menempatkan landak, yang jinak nak makan ...

Bagi landak makan

Di sini, ada ular juga ...

Ish ...

Jalan lagi, jumpa ayam yang comel ...

Laluan pengunjung dengan persekitaran yang hijau

Comel ayam ni dan cantik bulunya

Berhampiran ada burung merak ...


Jalan lagi sampai pula ke dewan pameran. Terdapat bola marmar bulat yang dipamerkan ...

Bola marmar

Yana, Yana

Nak jugak tu!

Dan benda-benda ini ...

Cantik

Ambil peluang bergambar

Ada pameran dan jualan kraftangan, aku suka yang ini, tapi tak beli pun sebab malas nak bawak balik dan nanti buat bersepah jer kat rumah. Cuma beli pewangi untuk rumah jer ... 

Simple dan cantik

Akhirnya, sampai ke Kid's Zone, yang menempatkan haiwan dalam kandang yang besar, ikan dan juga arnab yang bebas dalam kandang yang luas. Di sini, pun pengunjung boleh bagi makan haiwan-haiwan tersebut ...

Jom masuk ke Kid's Zone

Kandang yang pertama ada kambing, rusa dan burung merak ...

Bagi rusa dan kambing makan

Dalam kandang yang sama ada burung merak

Sebelah kandang rusa ni, ada kandang burung unta ...

Dari depan, majestic

Dari tepi, alahai ... anak lagi kot dan tak banyak bulu

Dari belakang, hahaha ... buntut berduri!

Tak banyak bulu; masih muda lagi kot

Boleh berkawan dan duk sama-sama dalam satu kandang dengan burung merpati

Nah, sesi bagi makan burung unta ...

Hati-hati, kang burung tu patuk tangan! 

Yana ngan Wati sibuk pulak bagi burung merpati makan ...

Pujuk burung datang

Dah datang makan

Wati gemparkan dan terperanjatkan burung-burung tu

Pergi kolam ikan pulak ...


Aku tertarik dengan pemandangan ini

Ikan arowana

Menyorok, arowana yang besar. Macam ular!

Sesi bergambar dan bagi makan ikan ...

Seronok 

Ikan datang dan berebut-rebut makan

Sampai kat tempat arnab, leka pulak anak-anak dengan haiwan ni ...

Yana bagi arnab-arnab tu makan

Last, last naik geram! haha, lagi panjanglah telinga arnab tu nanti

Wani bagi makan arnab

Wani ngan Yana bagi makan arnab

Yana dah tak ada makanan lagi, dia tipu arnab tu, jahat betul!

Hehe kena kerumun kat arnab lagi!

Last, last ... masing-masing geram, kesian arnab kena buli

Wati bagi makan arnab

Dah ... makanan dah habis!

Dalam perjalanan nak keluar, lalu kandang-kandang burung ...


dan kandang-kandang monyet juga ...

Monyet ni comel!

Satu spesies monyet lagi

Yana kata monyet ni sombong. Bila bagi makan tak toleh pun tapi ambik makanan tu!

Yana bagi makan monyet yang sombong

Sebelum keluar, lalu kedai cendera hati, tapi tak belia apa-apa pun. Walaupun tempat ni taman burung, tapi banyak haiwan lain juga.

No comments:

Post a Comment