Sejak hari pertama menjejakkan kaki di Langkawi, aku memang nak pergi ke Dataran Lang ni dan Taman Lagenda yang bersebelahan dengan dataran tu. Bila mula-mula sampai ke jeti Langkawi, nampak helang yang besar tu terasa teruja. Tapi, nak pergi kena hari petang kerana cuaca panas. Dan lagi, pergi ke tempat ini ialah last priority kerana masing-masing macam tak berapa bersemangat nak ke sini. Kerana aku nak juga pergi ke sini, petang hari terakhir kami di Langkawi, pergi juga. Dari jauh lagi, whoaaa ...
Dari jauh nampak gagah
Zafhri lak nak gambar konon-kononnya helang tu hinggap kat tangannya!
Wah, real!
Bila petang, hari redup dan nyaman. Pemandangan persekitaran pula sangat cantik. Sangat selesa dan damai ...
Banyak juga kapal yang berlabuh di sini
Sementara menunggu Abah parking kereta, masing-masing bergambar dahulu ...
Berposing
Jambatan laluan ke Dataran
Sebelum ke Dataran, ambil gambar lagi sambil anak-anak menikmati suasana persekitaran ...
Santainya
Sambil berjalan mendekati Dataran aku sempat juga ambil gambar helang ni ...
Makin hampir
Dan ...
Nah, nampak megah!
Kami pun mengambil kesempatan untuk bergambar di sini ...
Berposing
Self photographing, hehe
Selepas puas bergambar dengan helang, kami menikmati suasana persekitaran yang nyaman. Sungguh mendamaikan ...
Persekitaran yang damai dan nyaman
Kami juga meneroka sebentar di Dataran yang terdapat air pancut ...
Di dataran dengan air pancut
Bila hari dah semakin larut, kami bergambar dengan suasana matahari terbenam ...
Sebelum balik, aku tidak melepaskan peluang mengambil gambar-gambar lembayung senja yang sangat indah ...
Sungguh indah
Hasrat hati nak jalan di Taman Lagenda Langkawi, tapi masa tak mengizinkan. Lepas Dataran Lang, kami merayap-rayap ke jeti sebab Zafhri nak beli jam; sampai hajat dia nak jam yang diidamkannya ...
No comments:
Post a Comment