ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, March 4, 2013

Pt 5 : Langkawi (5H4M) - Kraf

Semasa pusing-pusing di Langkawi, kami terserempak dengan tempat kraf. Kami pun berhenti dan meneroka ...

Di pintu masuk utama

Mula-mula, jumpa tempat mencanting batik ...

Lalu di tempat mencanting batik

Lukisan batik yang dah siap dipamerkan

Kemudian, sampai ke dewan pameran baju tradisional yang dah siap dan juga kain yang boleh dibeli, tapi mahal nak beli. Aku suka tengok pameran di tempat ini. Baju-baju tradisional yang sudah siap dijahit dipamerkan pada model-model patung ...

Hai ... Abang, Abang

Abah lak!

Masing-masing bergambar dengan model-model patung yang ada di sini

Wati beli skaf baru

Abang pulak

Sampai di dewan pameran Kraftangan Malaysia, aku sukakan yang ini ...

Pelbagai kraf ada

Bila keluar, aku tertarik dengan arca ni ...

Arca kayu

Di laluan keluar itu, di pamerkan mesin tebu zaman dulu yang diperbuat daripada kayu ...

Mesin tebu yang besar

Hehe, Abang dan Abah berlakon kononnya kena sepit kat mesin tebu!

Semasa berjalan keluar dari dewan pameran itu juga, aku sempat merakamkan gambar ini ...

I like this photo

Berdekatan dengan tempat kraf itu, ada tempat glass blowing. Kami pun pergi jugalah menengok apa yang ada di situ ...


Apabila masuk ke dalam, kami dan ada pengunjung lain dijemput untuk melihat demonstrasi membuat produk daripada kaca tu. Malangnya, tak ambik gambar pulak. Selesai melihat demonstrasi, kami melihat-lihat produk yang ada di situ. Nak beli pun terlalu mahal rasanya. Jadi, kami cuci mata jer ...

Tengok jer ...

Cantik-cantik dan mahal

Ada juga perhiasan wanita

Di pintu masuk utama, hiasannya menarik hatiku. Sementara menunggu Abah, Wati dan Wani yang masih di dalam, sempatlah bergambar ...

Dah letih sebenarnya

Anak-anak masih bersemangat lagi

Akhirnya boleh balik dah

Pemandangan di sini sangat cantik. Sebelum naik kereta, sempat juga menikmati pemandangan yang mendamaikan tu ...

Nampak laut dari kejauhan

Yana sibuk nak bergambar

Akhirnya ... jom balik ke hotel, dah penat!

No comments:

Post a Comment