ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, December 26, 2011

Part 1 - Mersing, Endau: Family's Precious Moment, 15 Dec. 2011

Sepatutnya abah pergi Kuantan untuk berkursus, dan aku bercadang nak ikut abah; sambil tu mungkin aku boleh menziarahi rakanku Dede untuk menjengah anaknya yang sakit. Dah lama teringin nak pergi rumah Dede dah. Akan tetapi, kursus abah telah ditunda ke tarikh 19-20 Disember 2011, dan abah tak boleh pergi sebab kami telah merancang lebih awal untuk bercuti ke Terengganu pada 21-24 Disember 2011.  Aisay ...  mana boleh cancel perancangan yang telah dibuat lama dulu!! Pada 20 hb. tu  perlu buat persediaan untuk percutian tu. Tau, tau ajerlah ... kami kalau bercuti macam tu, macam nak pindah! Semua nak bawa. Abah pun yang sepatutnya dah ke laut, sambung cuti untuk percutian ini. Sebenarnya, percutian ke Terengganu tu khusus untuk sahabatku Zilla dan anak-anaknya dari Singapura.

Sementelah abah tak jadi pergi kursus, kami membuat rancangan ad hoc pergi ke Mersing untuk mencari ikan dan ketam. Ingatkan nak pergi satu hari jer beli ikan dan ketam, dan balik. Tapi, fikir-fikir balik alang kepalang dah ke sana, lebih baik jalan-jalan makan angin juga dan tidur di sana semalam atau dua malam; tengoklah keadaan nanti. Sekarang, jalan-jalan makan angin jer ... tak boleh lagi jalan-jalan cari makan macam dulu dah. Makan sebarangan, berpesta sel-sel kanser kat dalam, nahas aku nanti! Abang Shuib kata nanti kembung perut makan angin! Hahaha ... kembung pun kembunglah, janji kami sekeluarga enjoy the trip.

So, pada malam tu kami bersiap-siap pack apa yang patut. Aku menyediakan nasi lemak dan sambal untuk dibuat bekalan; aku malas nak masak pagi-pagi buta tu nanti. Dah siap masak tu senang. Esuk paginya aku panaskan saja dan pack makanan yang dah siap dimasak tu. Seboleh-bolehnya, tak nak makan di kedai kerana tak nak buang masa, berjimat dan yang lebih penting dalam keadaanku kini seboleh-bolehnya hindari makan di kedai. Masakan di kedai mungkin ditambah bahan artificial flavoring and coloring, yang bahaya bagiku. I don't want to take the risk. Di sebabkan itu, seboleh-bolehnya jika kami bercuti, kami mencari homestay atau guest house yang membolehkan kami dapat masak sendiri.

Pada pagi 15 hb. kami memasukkan barang-barang yang dah siap ke dalam gajah abah dan bertolak lebih kurang pukul 7.00 pagi. Jom ... seronok jalan pagi-pagi dengan cuaca yang sejuk dan nyaman. Kami akan mengikut jalan Kuala Pilah, terus masuk ke Muazam dan exit ke Rompin. 
Pagi-pagi di highway LEKAS  menghala ke Seremban
Dapat menikmati keindahan matahari terbit - aku paling suka
Bila dah ikut Kuala Pilah, mesti lalu kat kampung. Abah nak singgah ke tak agaknya kat rumah kampung ni jumpa mak dan ayah sekejap. Tapi, abah nak cepat dan kami tak singgah. Bila lalu kat kampung nampak ayah sedang minum teh kat gerai tepi jalan. Kami pun berhenti sekejap jumpa ayah; suka orang tua tu dapat jumpa anak, menantu dan cucunya dia walaupun sekejap. Memang begitulah orang tua kan ... anak, menantu dan cucu menjadi penghibur. So, kita janganlah lupa untuk menjenguk mereka selalu kan. Kesian, ayah dan mak kami duk dua orang je kat kampung tu. Anak-anak semua kat KL.

Ok, perjalanan diteruskan tanpa singgah kat kampung sebab abah nak cepat. Abah dah janji ada kawannya tunggu kat Endau - kawan nak pergi memukat dan memancing! Sampai di sana kawan tu dah sedia menunggu dan memandu kami terus ke tempat penginapan. Sampai hampir pukul 12 tengah hari, dan kami terus check in. Kami ambil family room, dan rate untuk weekdays hanya RM110.00. Jika weekend, RM130.00 sahaja - murah kan. Kata tokeynya resort dia tu untuk kawan-kawan jer, dan tak boleh mahal sangat. Baiknya tokey tu kan. Kira amal jariahlah tu. Semoga Allah murahkan rezeki beliau.
Destinasi kami, Pantai Teluk Gorek
Nama tempat penginapan kami
Tempat penginapan kami
Bilik kami, family room. Gajah abah pun dah boleh berehat dah
Bila kami masuk ke bilik, bilik memang besar dan selesa untuk satu keluargaku. Cuma, kemudahan tak ada. Yang ada ialah katil cukup untuk kami satu keluarga, towel, sabun dan blanket sahaja. Tapi, kami tak kisah sebab kami dah biasa dan dah sedia bawa semua barang keperluan - in case kemudahan tak ada, seperti yang kami hadapi masa tu. Malahan, sebelum ni kami pernah tidur atas pasir pantai di tepi laut dan juga di pondok nelayan di tepi laut (masa tu peak season, semua chalet dah hotel full house!). Alhamdulillah, nasib baiklah anak-anak semua jenis adventurous juga. Abah dia dah didik anak-anak begitu dari kecil lagi.

Aku dah siap bawa water heater, teh, susu, milo, kopi, maggie, roti, biskut dan pinggan mangkuk untuk mudah kami makan dan minum (supper dan breakfast, sebab kami memang dah tahu tempat tu secluded dan kami suka breakfast dalam bilik jer). Memang bila outing, kami mencari tempat-tempat sebegitu sebab tak ramai orang, terutamanya weekdays; ada privacy and the place is all ours!. Dengan itu, memang dijangkakan kemudahan tidak seperti di hotel. Di situ boleh masak, tapi memandangkan kami tak lama, malas nak bawa peralatan memasak dan masak. 

Kami unpacked barang-barang. Perut masing-masing pulak dah pasang lagu keroncong! So, semua makan bekal nasi lemak yang dibawa. Tapi, abang dan Wani nak juga makan maggie. Katanya rasa muak pulak makan nasi lemak. Amboi, amboi ... alasan jer tu nak makan maggie. Hah, masaklah air dalam water heater tu dan rebus maggie. Makanlah dengan sambal, ikan goreng dan telur goreng yang dibawa tu ... Bukan main berselera nampak mereka makan. Terliur juga aku tengok, tapi TAK BOLEH!!! hehehe, nak cari nahas mak cik!
Khusyuk Wani makan maggie
Wah, si bujangku ni tak ingat dunia dapat maggie!
Semasa kami sedang makan, dengar kat luar ruk rak, ruk rak kat bakul sampah ... Ingatkan kucing, Wati nak halau, ish ... terperanjat tengok rupa-rupanya kera. Rupa-rupanya semasa kami kat dalam, dan mengintai ke luar, banyak kera meneroka dan memanjat gajah abah. Nasib baik semua tingkap dan pintu gajah abah dah tutup. Kalau tak terpaksalah kami jalan-jalan dengan kera-kera tu!! Hehe. Bila dah banyak sangat kera tu, pekerja tempat penginapan datang halau. Selain tu, ada juga seekor kucing yang sangat comel berkunjung ke bilik kami. Anak-anak apa lagi, sibuklah melayan kucing tu.
Salah seekor daripada kera-kera tu
Kucing yang comel
Lepas makan dan berehat sekejap, kami pun keluar membuat 'lawatan' ke pantai pulak. Sungguh cantik alam semesta ciptaan Allah ini ...  Amat menenangkan. Lihat sajalah ...
Nice view
Masing-masing ceria dan happy
Wani posing
Yana, si tahi lalat, ni memang tak lepas peluang nak posing juga!
Dah puas 'melawat' kawasan dan menikmati keindahan laut dan pantai, kami pun nak 'melawat' tempat-tempat dan pantai yang berhampiran pulak. Sebelum tu, singgah di rumah nelayan dulu, nak booking ikan dan ketam untuk dibawa balik esuk. Jalan ke pantai tu agak rugged juga, tapi tak ada masalah dengan gajah abah walaupun gajah tu dah tua! Sebab tu kami suka travel guna gajah abah.
Jalan pergi ke pantai yang berhampiran dengan tempat penginapan
Nah ... lihatlah betapa cantikya pulak pantai dan view di sini ...
Yuhuuu ... cantik 
Masing-masing terpesona menikmati keindahan alam
Yana kalau tak posing, tak sah!
So relax dan senang hati nampak Wati!
Yana n Wani tak lepas peluang pergi ke gigi air
Jauhnya mereka pergi
Ada pulak motor melintas
Abah, Wani dan aku nak posing jugak ...
Lagi posing
Dah puas menikmati keindahan laut dan pantai yang amat cantik tu, kami dah nak balik dah. Abah dah janji nak pergi memukat dengan kawannya. Tapi, sebelum balik abah nak bawak gajah dia jalan atas pasir pantai, seperti yang biasa kami buat sebelum ni (dah lama tak buat dah). Aku dan anak-anak rasa risau juga sebab dah lama gajah ni tak redah pantai dan hutan. Gajah ni dah tua dah walaupun selalu pergi jumpa 'doktor' dia supaya kekal sihat dan cergas. Kerisauan kami memang tepat, sebab tiba-tiba 'kaki' belakang gajah melekat dan terperosok dalam pasir lembut! Abah lock 4WD, tapi tak lepas jugak. Seemed that the 4WD was not working!!! Ish, ish ... macam mana ni?
'Kaki' belakang gajah tersangkut kat pasir
Terpaksalah guna winch jawabnya. Harap-harap winch ok, sebab dah lama tak guna tu. Abang cek winch, ok dan boleh release talinya. Abah dan abang tarik tali winch dan ikatkan ke pokok. Dua kali winching, akhirnya lepas. Huh, logo hati den! ... Alhamdulillah, seronok juga sebab dah lama tak macam ni. Tapi, kalau tak lepas manalah nak dapatkan rescue team kawan abah. Line telefon tak ada pulak tu! Kalau kat Terengganu tu adalah ... kat Johor ni??? Abang cakap kalau tak boleh lepas, Wani kena jalan keluar cari rescue! Ada jer modal dia nak kacau adik dia, si Abang tu. Mengamuk Wani dengar, hehehe.
Abang cek winch ok ke tak, tali dia boleh keluar ke tak. Oh boleh, tak ada masalah
Abah tarik tali winch nak ikat kat pokok
Nak ikat tali winch kat pokok
Sampai kat atas, kena masukkan balik tali winch dan unlock 4WD tu kat tayar depan. Abang cuba buat, tapi tak boleh. Abah buat pun tak fully release. Rasa-rasanya lock 4WD gajah tua memang dah rosak! Padanlah tak boleh lepas masa guna 4WD tu dan terpaksa guna winch. Sepatutnya kalau terperosok macam tu boleh lepas dengan mudah menggunakan 4WD jer (Teringat kat Terengganu suatu ketika dulu, drive kat pasir pantai, terperosok dalam pasir dua-dua tayar depan dan belakang. Guna 4WD dan winch pun tak boleh lepas, terpaksa panggil kawan abah untuk rescue dan tarik gajah ke workshop sebab brek dan 4WD rosak - terpaksa tinggal semalam lagi dan aku kena cuti kecemasan masa tu!)
Abang nak unlock 4WD, tak dapat
Abah buat pun tak fully release
Walaupun tak fully released, abah bawak juga gajah dia; tak ada masalah, tapi berat sikitlah. Sebelum balik ke tempat penginapan, kami singgah kedai kena teh dan keropok lekor Mersing dulu. Mesti rasa keropok Mersing ... asyik-asyik keropok Terengganu jer! Kemudian, kena balik cepat sebab abah dah janji dengan kawan dia nak memukat kat laut dan cari kerang, juga cari umpun-umpun nak memancing pada malamnya. Huhuhu, iya ke tu nak memancing malam-malam tu ... dengan dah letihnya travel dan merayau-rayau.
Kena kerolok lekor Mersing dulu sebelum balik
Sampai kat tempat penginapan, diorang pergi memukat. Aku tak pergilah ... cukup tengok dari jauh jer sambil menikmati view yang cantik, menghirup angin laut yang nyaman dan buat word search to kill off the time, sementara tunggu mereka naik. Betapa tenangnya ... Wani jadi teman.
Aku dan Wani tak ikut. Tapi, Wani pergi juga lepas tu
Abah, Abang dan kawannya memasang pukat
Abang tolong tarik pukat
Melihat hasil tangkapan
Tapi dapat 2 ekor ikan yu!
Ada belangkas pulak!
Abah dan Abang pergi cari kerang dan umpun-umpun pulak lepas tu
Abang pertama kali ikut abah buat benda-benda ni semua!
Abah dan kawannya khusyu' cari kerang dan umpun-umpun
Bila dah selesai mereka memukat dan cari umpun-umpun, kami bersiap pula nak keluar ke Endau untuk makan malam. Dari Mersing ke Endau jauh juga, tapi kat Mersing kami tak tahu kat mana kedai makan yang ok, terpaksalah keluar pergi Endau. Tak apa ... dapat juga menikmati persekitaran dalam perjalanan tu. Masa nak balik ke KL, barulah kawan abah kata ada restoran udang galah kat Mersing tu. Tak ada rezeki, lain kali jerlah makan kat situ. Yang pastinya mesti best tu sebab mereka guna semua udang yang segar...
Perjalanan ke Endau. Tempuh hutan, takut jugak dibuatnya ... sunyi!
Makan malam di Restoran Nusantara, tempat kami selalu makan bila datang Endau-Rompin
Aku tak berani nak order 'gila-gila' macam dulu dah. Makan rojak dan minum air carrot susu jer
Balik semula ke tempat penginapan, ala konon-kononnya abah dan Abang nak pergi memancing dengan kawannya, tapi tak jadi. So, that's all for the day. Masing-masing dah letih dan cari bantal. Aku pun tak sabar nak tunggu esuk ... nak menikmati suasana matahari terbit di ufuk laut, mesti cantik ...

1 comment: