Kali terakhir aku ke Langkawi adalah bersama-sama keluargaku pada bulan Februari 2013. Kami berjalan-jalan menghabiskan waktu yang berharga itu bersama-sama, dan aku membeli sedikit pinggan mangkuk. Selepas beberapa bulan, aku berhasrat hendak ke Langkawi lagi memandangkan pinggan mangkuk yang ku beli itu tidak mencukupi untuk menampung keadaan semasa ramai tetamu, (keluarga dan sahabat-sahabatku) bertandang ke rumah untuk menikmati juadah masakanku dan suami. Sehinggalah akhir tahun, hasratku tak kesampaian. Namun begitu, aku merancang-rancang juga dengan Yana (anak ketigaku) untuk pergi berdua sahaja naik kapal terbang. Aku cuba mengajak anak lelakiku yang sangat sibuk untuk pergi bersama-sama kami. Tidak disangka-sangka, nak pulak dia!
Apabila aku bercakap dengan sahabatku Saba, dia pun nak ikut. Apabila disebutkan kepada Ita, dia pun nak ikut juga. Bila Baha mendengar berita, dia pun nak ikut sekali. Wah, meriah ni perjalanan yang tidak dirancang akan terlaksana ... Saba menempah tiket kapal terbang dan dua bilik hotel untuk kami semua. Baha menempah kereta sewa.
Pada hari Isnin, 6 Januari 2014, dengan penuh teruja kami (aku, Yana, Zafhri, Ita, Baha, Saba, Beena - anak Saba) bertolak ke Langkawi dengan menaiki Air Asia flight petang. Sampai di sana dah senja ...
Wah, sempat juga Saba dengan Ita berposing dalam plane
Rehat sekejap apabila sampai di Langkawi Airport
Selesai check-out dan urusan di toilet, hehehe, kami keluar dari airport dan Baha menguruskan untuk mengambil kereta sewa (yang telah sedia menunggu). Dapat kereta, kami pun bertolak ke hotel. Sudah semestinyalah si bujangku, Abang (Zafhri), jadi pemandu kami. Sampai di hotel hari dah malam. Kami menginap di hotel Awana Porto Malai, yang sekarang dikenal sebagai Resort World Langkawi. Sambil Saba berurusan untuk chek-in, sempat juga anak-anak snap gambar ...
Bot-bot yang berlabuh di hadapan hotel
Selesai urusan chek-in hotel, kami naik ke bilik menghantar barang-barang dan berehat sekejap. Kemudian, kami keluar semula untuk makan malam kerana masing-masing pun dah kelaparan. Selesai makan, kami terus balik ke bilik kerana masing-masing dah letih pula; nak boom. Kononnyalah nak tidur, tapi selepas mandi kami borak-borak pula sambil pekena teh yang Saba buat. Pelbagai cerita zaman persekolahan dan kawan-kawan sekolah yang timbul. Bukan main rancak lagi kami berbual, sampai tak sedar dah pukul 3.30 pagi, sampaikan anak-anak dan Baha terlena sambil mendengar kami bercerita. Haha, tidur ... tidur ... esuk nak shopping dan jalan-jalan. Zzzz ...
Keesukkan harinya, kami yang tua-tua ni tak turun breakfast; kami minum dalam bilik dan anak-anak jer yang pergi breakfast. Kami hanya turun untuk 'melawat kawasan' dan klik klik sana sini ...
Kolam ikan di hotel
Bot-bot yang berlabuh di depan hotel
Pelantar di depan hotel
Bergambar kenangan dengan Ita di pelantar
Yana dan Abang di pelantar juga
Dah puas 'melawat kawasan' dan klik klik sana sini, kami pun beredar untuk program seterusnya, shopping. Sebelum tu, Abang cuba juga melihat-lihat kalau ada program yang diatur oleh hotel yang boleh kami ikuti. Nampak gayanya, masa yang diambil tidak mengizinkan kami nak mengikutinya.
Beredar
Abang memeriksa program yang diatur oleh hotel
Kami pergi ke jeti Kuah untuk shopping. Aku memang berhasrat untuk membeli pinggan mangkuk tambahan, maka aku tidak menoleh sangat ke sana ke mari; terus tuju apa yang nak dibeli. Masa untuk shopping ...
Sambil mencuci mata tengok pinggan mangkuk, sempat berposing ...
Mari, mari ... beli, beli ... Ita belanja, hehe
Masing-masing sibuk membeli barang-barang masing-masing. Namun, ada juga barang yang kami tak dapat di kedai di jeti tu. Kami pergi pula ke pekan Kuah. Masing-masing dah dapat barang-barang masing-masing, keletihan dan kelaparan tapi puas hati. Tengok dalam kereta penuh dengan barang-barang! (lupa pulak nak snap gambar). Nak jalan-jalan memang tak boleh rasanya dengan kereta yang penuh dek barang-barang. Kenalah balik hantar barang-barang ke hotel dahulu sebelum keluar semula untuk makan dan jalan-jalan.
Tu dia, barang-barang yang kami semua beli ...
Mengah Ita menolaknya, hehe
Tapi, kami semua happy dan puas hati, thumb up
Dah letak semua baarang di bilik, kami keluar semula pergi makan dan jalan-jalan. Anak-anak nak naik cable car, maka kami pergilah ke sana selepas makan. Jom ...
Posing dulu sebelum pergi jalan
Dalam perjalanan, aku perkenan pulak tengok ni. Just click
Sampai di Gunung Macincang (tempat cable car), tengok orang tak berapa ramai. Wah, seronoklah kalau orang tak ramai. Sebelum tu, bergambar dan posing dulu ...
Bergambar dulu depan pintu gerbang
Dah tinjau-tinjau sana sini sikit maka Abang, Saba, Baha dan Beena pergi beli tiket untuk naik cable car ...
Ambil tiket untuk naik cable car
Selesai urusan membeli tiket, masing-masing naik cable car. Kami kena berpecah dua kumpulan, maka anak satu car dan kami mak-mak satu car, pergi naik dan turun balik. Anak-anak ...
Nampak seronok anak-anak
Sebenarnya Abang gabra tu
Cepat-cepat turun
Beena relax jer
Mak-mak dalam satu car ...
Aku
Ita
Baha
Ita dan aku
Saba dan Ita, pasal Ita serius?
Saba dan Baha, pasal Saba serius pulak?
Dalam car ni, kami berkongsi dengan pasangan pelancong dari Peranchis. Mula-mula, masing-masing senyum jer. Lama-lama tegur juga, dan yang perempuan memberi salam. Tak sangka pula mereka Islam, melihat pada pakaian mereka (ish ... tak baik aku cakap macam tu kan). Seronok juga dapat berbual-bual dengan mereka, kebetulan mereka sangat friendly ...
Aku dengan pasangan lelaki dari Peranchis tu
Saba dan Baha dengan pasangan perempuannya
Sampai di pertengahan dan atas gunung Macincang, apa lagi kami berposing-posing. Anak-anak ...
Abang
Yana
Abang dan Yana
Abang dan Beena
Beena, Abang dan Yana
Aku dan anak-anak
Mak-mak pulak berposing ...
Indah dan nyaman di atas ni
Ita dan aku
Baha, aku, Ita dan Yana
Ita, Saba, Aku dan Baha; sweet time together
My favorite pic; kenangan terindah dengan my dear buddies.
Baha, Ita, Aku dan Saba
Dah puas menikmati keindahan di atas gunung, sampai masa untuk turun semula ...
Bergambar dulu di tangga
Jom turun
Pemandangan-pemandangan yang indah dan nyaman semasa di dalam cable car dan dari atas gunung ...
Takut juga tengok cable car tu, kalaulah terjatuh!
Perhentian di atas gunung
Pemandangan dari atas gunung
Jambatan gantung disnap dari dalam cable car.
Jambatan ini ditutup daripada kunjungan
Pemandangan dekat nak sampai ke stesyen di bawah gunung
Sampai di bawah hari dah petang, dan kami balik ke hotel berehat sebentar. Malamnya, kami keluar makan dan jalan-jalan, window shopping, di Pantai Chenang ...
Penat pulak jalan, rehatlah dulu
Dah puas mengukur jalan dan window shopping di Pantai Chenang, kami balik ke hotel dan melepak-lepak pula di pelantar depan hotel sambil minum dan melihat persembahan live band ...
Aku dan anak-anak, Abang dan Yana
Ita, Baha dan Saba
Baha dan Saba
Abang, Yana dan Beena
Live performance
Pemandangan di air pula
Dah puas lepak-lepak dan live performance pun habis, kami naik ke bilik untuk berehat dan tidur. Tidur? Oh tidak juga; borak-borak lagi sampai tak sedar dah pukul 3 pagi lebih. Macam-macam cerita yang keluar, pastinya cerita-cerita kelakar hal kawan-kawan dan persekolahan dahulu. Anak-anak pun pening kepala ... apa sajalah yang dibualkan oleh mak-mak ni ... cerita lama yang lucu!
Esuknya, kami kena check-out sebelum pukul 12 tengah hari. Hai, manalah nak letak barang-barang yang banyak tu? Anak-anak pulak sibuk nak ke pantai untuk parasailing. Nasib baiklah hotel bagi kami simpan barang di tempatnya. Kami pun pergi ke pantai yang berhampiran. Pantai ni memang untuk rekreasi pantai ...
Nice beach
Anak-anak pun pergilah memenuhi keinginan mereka hendak parasailing, diikuti oleh Baha juga. Nampak seronok tapi aku, Ita dan Saba memang tak mampu nak buatlah. Yana pulak sakit kepala, misslah dia ...
Siapa ni? Baha kot
Abang ni gabra dan gayat dengan ketinggian
Hehehe ... Baha rasanya tersembam masa nak mendarat
Wah seronoknya Beena, nampak jer lembut dan kecik tapi adventurous
Mereka (Baha, Beena dan Abang) puas dan seronok
Pemandangan dari atas yang sempat Abang ambil menggunakan HP semasa sedang 'terbang' ...
Cantik pemandangan ni semua
Dah selesai mereka berparasailing, kami balik ke hotel semula untuk mengambil barang-barang dan balik. Sebelum tu, kami berposing-posing dulu di lobi hotel, untuk dijadikan kenangan yang indah nanti ...
Balik ke hotel
My fav pic; kenangan terindah bersama-sama my best buddies, bff
Aku dengan anak-anak-anak
Abang dan Yana
Beena, Abang dan Yana.
Semoga persahabatan kami diwarisi oleh mereka, aamiin
Dah puas bergambar-gambar, kami pun meninggalkan hotel. Lama juga masa yang diambil untuk check-in di airport kerana orang agak ramai dan barang kami banyak. Dah masing-masing memborong! ...
Sebahagian barang untuk masuk ke perut kapal terbang,
sebahagian lagi bawa naik dalam kapal terbang
Sementara menunggu mak-mak check-in, abang tukang jaga barang-barang yang nak dibawa naik ke dalam kapal terbang. Punyalah banyak ...
Barang-barang yang nak dibawa naik dalam kapal terbang
Masa nak menunggu terbang agak lama lagi. Sempatlah kami bersolat Maghrib dulu. Masing-masing dah keletihan, sempat pula mengendurkan otot-otot di sini. Sambil tu, masing-masing sibuk membelek telefon ...
Masing-masing berurut sambil menelek HP, sementara nak masuk gate
Akhirnya, sayonara Langkawi ...
At last in the air, night flight
Marhaban bikum iila (Wellcome to) Kuala Lumpur ...
Dah sampai LCCT; Yana dan Abang berposing
Sampai LCCT, lama pulaklah lagi nak menunggu barang-barang masing-masing ...
Nampak Ita penat, hehe. Enjoy, tak apalah enjoy kan?
Insan-insan yang bosan menunggu barang-barang, hehe.
Keletihan sudah!
Almost done. Nampak ceria sikit, senyum penat
Akhirnya, semua orang dah dapat barang-barang masing-masing. Apa lagi, jom keluar dan bye, bye everybody ...
Jom keluar dan balik, dah penat
Wati menjemputku. Kami keletihan dan lapar pula. Sebelum balik mesti makan dulu. Kang naik gastrikku, dah jadi satu hal pulak. Kami singgah di Nilai untuk makan dahulu sebelum balik, late dinner ...
Habuanku
Selesai makan, baru kami balik. Kami sampai rumah kira-kira pukul 1 pagi dah. Terasa sangat letih, tapi kena mandi dan solat dulu. Selesai semua, terus boom. Tak sempat nak keluarkan dan kemas barang-barang lagi, kecuali keluarkan beg baju jer. Beberapa hari kemudian barulah aku sempat mengeluarkan barang-barang yang dibeli. Bila buka semua barang yang ku beli ... alamak, casserole yang paling besar bagi set casserole yang ku beli pecah. Apo nak dikato, tetapi aku dapat free gifts atas pembelianku yang agak banyak tu. Inilah tuaianku di Langkawi ...
Pinggan mangkuk dan sudu, sebagai tambahan yang dibeli dahulu
Set casserole, kurang satu yang paling besar; dah pecah
Corning yang paling besar pecah!
Free gifts kerana beli barang banyak, Alhamdulillah
Selesailah satu episod perjalananku yang tidak dirancang bersama-sama sahabat-sahabatku ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Namun, kembara ini sangat indah dan mengujakan. Semuanya akan menjadi kenangan yang abadi buat kami semua, kerana tidak tahu masa atau ketika di antara kami yang akan dijemput Allah, memandangkan dalam kalangan kami ada yang berpenyakit kronik dan akan 'pergi' bila-bila masa jer ... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Terima kasih ya sahabatku semua
Semoga kita dapat berkembara bersama-sama lagi pada lain masa
Semoga semua yang kita lalui bersama-sama tetap akan menjadi kenangan indah ...
bila dan walau di mana kita berada
formalnya bahasa
ReplyDeleteBahasa seorang bekas editor buku
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete