ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, May 27, 2013

Pt 7 : Langkawi (5H4M) - Alam Semula Jadi

Sebagai pulau yang terkenal sebagai pusat pelancongan, berjalan-jalan di Langkawi menyeronokkan jika kita rajin meneroka setiap sudut pulau itu. Setiap kali aku dan keluarga bercuti, kami memang tidak begitu suka memerap sahaja di hotel dan pastinya masing-masing gatal kaki nak berjalan melihat persekitaran, terutamanya alam semula jadinya.

Semasa mula-mula sampai masa kami tidak boleh check-in di hotel lagi, maka kami pusing-pusing dulu. Kami disambut oleh pemandangan yang menakjubkan ini ...

Cahaya matahari yang unik

Selepas makan tengah hari, kami terus berpusing-pusing lagi dan sampai ke tempat pelabuhan kapal layar ini ...

Banyaknya kapal layar

Di satu simpang, kami tertarik pula dengan arca ini ...


Kemudian, sampai pula ke sebuah resort ...

Gerbang ke resort

Menghala ke resort

Resort

Semasa jalan-jalan, terjumpa gerai makan dengan pemandangan yang sangat indah. Apa lagi, jom minum dulu ...

Minum sambil menikmati pemandangan yang sangat indah

Pemandangan yang indah

Lagi pemandangan yang indah

Jalan-jalan lagi, terjumpa pangkalan nelayan ...

Pangkalan nelayan

Bot-bot nelayan

Di depan Resort World Langkawi (Awana)

Loceng gergasi berhampiran Resort World Langkawi

Berhampiran dengan Hotel Aseania tempat kami tinggal terdapat pantai tempat orang berkreasi ...

Mereka bermain paracut

Bot laju

Pusing-pusing lagi, jumpa pula ini ...

Arca berhampiran dengan lapangan terbang

Jambatan yang menarik

Kami pergi ke Macincang untuk naik kereta kabel ...

Gerbang

Ada kereta kuda

Yana posing dengan kereta kuda

Hajat hati kami nak naik kereta kabel, tapi tempat itu dalam penyelenggaraan dan angin pula kuat... tengok saja gunung Macincang dari bawah ...

Gunung Macincang

Jalan-jalan di kawasan berbukit, terjumpa pula terowong ini ...

Terowong

Batu-batu yang membentuk terowong

Di tepi jalan, terjumpa pula buah ini ...

Buah apa entah!

Di pekan Pantai Cenang, benda-benda ni menarik perhatianku ...

Ucapan-ucapan dalam pelbagai bahasa

Patung di depan bar

3 comments:

  1. Salam Siah,

    Dah balik dr Sarawak ya! Cantik2 foto Langkawi. pasni upload foto Sarawak pulak!

    ReplyDelete
  2. Ok Shimah ... banyak foto yang menarik di Sarawak

    ReplyDelete
  3. Yang di Terengganu pun tak upload lagi ... hari tu sibuk buat editing

    ReplyDelete