ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Friday, May 31, 2013

Pt 8 Final : Langkawi (5H4M) - Balik

Setelah 4 hari mengukur jalan di Langkawi dan 'tawaf kidai' di sana, pada hari kelima sampailah masanya kami keluar dari pulau legenda tu. Pada malamnya, kami dah sedia packing dan berkemas. Pagi-pagi lepas bersarapan di hotel, kami check-out dan bertolak ke jeti. Sampai di jeti, abah memulangkan kereta sewa dan membeli tiket ke Kuala Perlis.

Menunggu abah beli tiket

Masuk ke dalam

Memandangkan feri akan berlepas dalam masa setengah jam lagi, maka terpaksalah kami 'melepak' dulu kat dalam di tempat menunggu tu ...

Kerenah masing-masing kerana bosan menunggu

Selepas setengah jam, semua penumpang dikehendaki menaiki feri ...

Nak naik feri

Sambil-sambil tu sempat juga aku klik-klik pemandangan di sekitar jeti ...

Cantik ...

Dan, dapat naik feri yang lebih selesa lagi berbanding dengan feri yang kami naiki semasa datang ke Langkawi ...

Haaaa ... selesa

Akhirnya, kami selamat sampai ke Kuala Perlis ...

Alhamdulillah, selamat sampai ke pangkalan

Sampai di darat cuaca cerah dan panas. Abah pergi mengambil kereta yang ditinggalkan di tempat parking, dan kami terus bertolak memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah. Kerana kepenatan, Zafhri terpaksa jadi pemandu kami ...

Langit cerah

Dalam perjalanan, banyak bendera parti politik sebab hari mengundi hampir tiba

Terowong ...

Walaupun di Perlis dan Kedah cuaca cerah, namun semasa sampai di Perak, cuaca mendung dan dalam perjalanan kami terserempak hujan renyai-renyai di beberapa tempat ...

Mendung dan hujan renyai-renyai di beberapa tempat di Perak

Sampai di Ipoh, kami teringin sekali nak tengok The Lost World of Tambun. Walaupun hari dah lewat petang dan hujan renyai-renyai, kami pergi juga ke sana ...

Jalan ke The Lost World of Tambun; hujan renyai-renyai

Terdapat sebuah hotel di sana

The Lost World of Tambun

Bergambar di depan tempat tu

Weee ... ada patung ni di depan pintu utama

Memandangkan hari dah petang, ramai pengunjung di sini telah mula keluar. Kami pun tak berhasrat nak masuk ke dalam. Kami cuma berlegar-legar di dalam kedainya, menarik juga ...

Yana dan Wani dengan peragaan di dalam kedai tu

 Anak-anak mencuba topi-topi kepala haiwan yang pelbagai

Melilau tak keruan!

Abah pulak!

Dah puas merayau dalam kedai tu, kami pun meneruskan perjalanan...

Hari pun dah nak malam

No comments:

Post a Comment