ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Friday, January 20, 2012

Part 1 Penang, Kedah 4 - 6 Jan. 2012

Rabu, 4 Jan. 2012, abah balik dari platform. Abah balik memang ditunggu-tunggu kerana aku perlu ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis pelancaran buku perubatan hasil tulisan penulis-penulisku dari HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu, pada esuk harinya. Kebetulan abah balik, aku nak pergi sekeluarga tetapi Zafhri (abang) tak dapat menyertai kami atas urusan tertentu. Lima orang ajerlah yang akan pergi.

Pada paginya, aku dan anak-anak telah siap pack kerana sebaik sahaja abah balik nanti, boleh terus gerak supaya tidak lewat sangat sampai ke Pulau Pinang. Kira-kira pukul 3.00 petang abah sampai. Selepas abah mandi, solat dan makan, kami pun gerak kira-kira pukul 4.00 petang dengan menaiki jerungku (selalunya gajah abah jer - bagi gajah rehat pulak setelah 'letih' travel dari Terengganu).

Memandangkan abah pun pastinya letih jugak, maka kali ni Wati kena jadi driver. Dijangkakan akan sampai ke Pulau Pinang dalam pukul 9.00 atau 10.00 malam. Wati pun drive relax jer, tambahan sekejap-sekejap kami jumpa hujan dan sekejap-sekejap tidak, semasa dalam perjalanan. 

Memang betul ... kami sampai dan check-in di Hotel Vistana pada pukul 9.00 malam. Semasa sampai, terserempak dengan Dr. Hasanah dan suami - excited dapat jumpa beliau. Berborak panjang jugalah sementara abah dan anak-anak punggah barang-barang ke bilik hotel. Sambil borak-borak tu, terserempak juga dengan Dr. Rahimah dan suami yang baru sampai, dan Dr. Tengku Alina dan suami yang nak keluar makan. Betullah ... penulis pun berkampung kat Hotel Vistana juga.

Terserempak dengan hujan lebat dalam perjalanan
View lepas hujan dalam perjalanan
Bukit Tempurung
Sampai di Jambatan Pulau Pinang dah gelap

Bila abah dan anak-anak dah selesai letak barang-barang ke bilik, sampailah masanya untuk keluar makan. Perut dah berkeroncong yooo - dah lewat dah ni!!! Jalan kaki, pekena Kayu Nasi Kandar yang dekat dengan hotel. Balik terserempak dengan bos dan isteri, Rahim dan En. Yusri ... borak pulak kejap. Semasa nak naik ke bilik, singgah jumpa Ana dan Lona sekejap di biliknya. Balik bilik mandi, solat dan boom ...

Pagi Khamis, 5 Jan 2012, aku bersiap-siap untuk ke USM, selepas breakfast dalam bilik jer. Semasa turun bawah, terserempak dengan Dr. Wan Fisham ... excited. Aku tumpang kereta bos ke USM. Sampai USM dapatlah berjumpa penulis-penulis buku yang akan dilancarkan dan rakan-rakanku dari DBP juga. Sebanyak 12 judul dilancarkan. Rekod DBP ni melancarkan 12 judul serentak!! Lepas rinduku nak berjumpa dengan sebilangan penulis-penulisku dari HUSM.

Katalog buku yang dilancarkan
Penulis-penulis buku yang dilancarkan. Seronok dapat jumpa mereka semua

Tengah hari, majlis pun selesai. Aku tak pergi makan tengah hari yang disediakan, sebaliknya terus keluar dengan Dr. Hasanah dan suami menunggu abah yang akan datang fetch kami. Bila abah sampai, abah hantar Dr. Hasanah dan suami ke bengkel kereta. Kemudian, kami balik ke hotel. Disebabkan panas dan letih, sampai di hotel kami berehat dan tidur jer.

Dah siap nak keluar ...

Dah petang baru kami keluar. Jalan-jalan juga ke Batu Feringgi tapi dah malam.  Jom gi dinner ... Susah juga nak cari restoran sebab kebanyakannya restoran Cina dan di luarnya lambang Carlsberg jer. Akhirnya jumpa sebuah restoran berhampiran dengan jeti nelayan di Teluk Kahang. Sudah tentunya dapat makan masakan ikan yang yang segar. Puas makan, balik ... terserempak dengan rakan dari DBP, borak kejap, naik bilik ... boom ... 

Penang at night

Jumaat, 6 Jan 2012, kami kena check-out dari hotel. Selepas berkemas-kemas, aku dan Wati turun breakfast dan dapat berjumpa dengan Ana, Lona dan bos. Agak lama juga dapat borak dengan bos. Bos pun nak keluar dan balik juga.  It's time to move ... nak jalan-jalan di pulau dulu, gerak ke Kedah (dah alang-alang berada di Utara), turun ke Kuala Kangsar dan ke Cameron Highlands (nak bermalam di Cameron Highlands). Sambil jalan tu, aku pun ambil peluang klik klik sana sini, mengabadikan persekitaran di pulau, terutamanya view laut dan pantainya (dah lama sangat tak ke Pulau Pinang).

Panorama yang menarik perhatianku

Jalan-jalan, sampai ke satu tempat bernama Gertak Sanggul. Singgah di satu tempat tu, sangat cantik pemandangannya ...

Redup ...
Sungguh indah panorama di sini
Batu-batunya pun cantik

Jalan lagi, sampai pula ke sebuah perkampungan nelayan dengan view yang cantik juga ...

View di salah satu tempat nelayan turun

Dan ... jumpa juga tempat takungan air Pulau Pinang (tak tahu kat mana) ...

Tasik takungan air Pulau Pinang

Sampai di Teluk Kahang, kami amat tertarik dengan sebuah motel ni. Suasananya amat cosy dan ada ciri-ciri tradisional juga ...

Ali's Motel

Dalam perjalanan, jumpa pula gerai laksa asam di tepi laut. Memandangkan Yana (hantu laksa) dah sebut tentang laksa Penang sejak mula sampai lagi, kami pun singgah. Gerai ni betul-betul tepi pantai, dengan pemandangan yang sangat cantik, dan pantainya pula orang boleh mandi ... Tapi, menurut Yana laksanya kureng.

Singgah makan di gerai tepi pantai
View dari gerai 
View depan gerai
Lagi, view dari gerai

Meneruskan perjalanan, sempat snap view pantai ni ... Miami beach ke? Tak pasti ...

Miami beach??? Tak pasti ...

Lagi ... semasa dalam perjalanan ...

Nice view

Sampai di Batu Feringgi, terdapat banyak juga hotel baru di situ. Tapi, ada sebuah hotel yang menarik perhatian ... Arca di depan Hard Rock Hotel ...

Ambil peluang posing ...

Lepas meninggalkan Batu Feringgi, abah ternampak pulak gerai jual kuih di tepi jalan. Terliur pulak abah, lalu berhenti pulak beli kuih. Gerai ni pun tepi pantai. Aku pun apa lagi ... ambil peluanglah klik klik persekitaran di situ ...

Cantikkan?

Lepas tempat ni, dah mula masuk ke kawasan bandar. Aku tertarik dengan bangunan tinggi 4 serangkai dan arca di sebuah bulatan di kawasan Gurney ...

Bangunan 4 serangakai
Arca lambang apa ni?

Akhirnya, kami naik Jambatan Pulau Pinang dan dapat snap view ni ...

Bandar Pulau Pinang dari jambatan

Dan ... berikut gambar-gambar yang lama aku nak snap ... At last dapat jugak.

Akhirnya dapat gambar-gambar ni semua ...

Hampir di hujung jambatan, dapat pula gambar ni ...

Butterworth kot

Sampai di seberang pulau, alang-alang dah sampai ke sini, kami terus pergi ke Kedah. Aku teringin nak makan mi udang di Pulau Sayak tu (Yussoff Mi Udang, tak silap). Ikut jalan yang GPS tunjuk, terjumpa jambatan ni pula (sebelum ni tak pernah lalu kat sini) ...

Kat mana entah, menghala ke Kedah (ikut GPS)

Selepas jambatan tu, dapat pula view ni ...

Nice view

Akhirnya, sampai ke Pulau Sayak (Kuala Muda). Apa lagi ... aku pun memesan mi udang yang diidamkan lama. Semasa datang pekerja sedang punggah ketam, kami pun memesan ketam goreng kunyit.

Menunggu makanan
Yuhuuu ... mi udang idamanku
Ketam goreng kunyit
Sedapnya ...
Nyum ... nyum ...

Tempat ni ialah pengkalan nelayan, dan banyak bot nelayan yang terdapat di situ. Pemandangan di sekitarnya ... cantik sekali ... sungguh nyaman.

Pemandangan yang cantik dengan bot nelayan yang berlabuh di situ

Dah selesai makan, kami keluar semula. Hajat hati nak pergi ke Tanjung Dawai mencari ikan bilis, ikan masin dan apa-apa juga hasil laut yang berkenan di hati. Memandangkan tempat tu jauh juga dari Pulau Sayak dan hari pun dah mula petang, terpaksalah dibatalkan hasrat tu ... Lain kalilah. Kami aim nak singgah di Kuala Kangsar dan terus ke Cameron Highlands - bermalam di Cameron Hghlands.

Sebelum shoot balik, kami singgah di rumah kawan abah sekejap di Alor Star, kemudian terus jalan. Hari pun dah petang ... Bila fikir-fikir balik kalau nak terus ke Cameron Highlands, tak sempat singgah di Kuala Kangsar. Dan lagi, kalau teruskan juga sampai ke Cameron Highlands hari dah malam ... Nanti menggagau pulak nak cari hotel dan makan, waktu malam-malam tu. Keputusannya, kami singgah di Kuala Kangsar dan bermalam di Rumah Rehat Kuala Kangsar ...

Check-in di Kuala Kangsar

... That's all for the day ...

No comments:

Post a Comment