ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Monday, January 16, 2012

Part 2 Jalang-jalang Ganu: 22 Dec 2011

Hari kedua di Terengganu, kami berjalan-jalan menghala ke Kuala Terengganu. Dah lama tak pergi ke sana dah. Pagi-pagi lepas sarapan, kami bertolak - abah drive gajah dia dan Pak Dik drive gajah Pak Pon ...

Menyusur Pantai Teluk Bidara di Tanjung Jara
My driver, abah
Another driver, Pak Dik

Dalam perjalanan, perasan minyak kereta abah dah mula kering, terpaksalah singgah isi minyak dulu. Kereta Pak Pon ok jer, jimat betul Toyota Hilux tu. Yang lain ambil kesempatan 'membeli-belah' kat petrol pump tu. Ada juga yang berkejar ke toilet!

Isi minyak kejap
Yana berlari ke toilet! Hahaha

Alia ngan Anep duk dalam kereta jer

Lepas isi minyak, perjalanan diteruskan hingga sampai ke kawasan Rantau Abang. Di situ terdapat kawasan paya, dan terdapat orang menjual ikan di tepi jalan. Abah pun singgah nak beli ikan keli dan tapah ... Meh, meh tengok ikan dulu ...

Kawasan paya di Rantau Abang
Abah memilih ikan yang nak dibeli
Kaki menyibuk pun ramai jugak tu
Hai, mak cik ni pun menyibuk jugak! huhu
Tengok apa tu Anep?
Abang pun sama  
Wati ... ait tengok apa pulak?
Abah beli ikan tapah ... sodap buek gulai dengan asam ni!

Hai, depan gerai ikan pun masing-masing posing! Yana ngan abang apa hal pulak tu?

Pak Dik memasukkan ikan dalam tong kat belakang kereta

Dah selesai beli ikan, jalan lagi. Jumpa lorong masuk ke pantai ... ntah kat mana ntah ... masuk jerlah kat lorong tu sampai ke pantai ...

View pantai
Masing-masing menikmati alam sekitar
Tiga orang ni mulalah dengan aksinya tu!
Mak cik menopang pokok kelapa jangan rebah!
Extract dari salah satu filem hindustan!!!
Wati senang hati
Dah puas, jom gerak lagi ...
Yana, Yana ...

Jalan-jalan, singgah pulak kat Penjara Marang. Nak tengok sape kat penjara tu? Tak adalah ... kat situ ada galeri hasil kraftangan penghuni penjara. Dah lama nak masuk ke sana, baru kali ni dapat singgah ... masuk jerlah.

Main entrance penjara Marang
Galeri di luar main entrance

Cantik ... tudung saji tu ...
Pelbagai barang kraftangan terdapat di sini
Replika pelamin dan pengantin dengan songket
Lukisan batik yang menarik

Ada juga buaian kayu
Tabung 'bosar gedabak', Yana eksyen jer nak masukkan duit 
Pak Dik dah nak gerak
Masing-masing berposing lagi

Anep berposing jugak
Tiga orang ni memang ... tak tau nak cakap apa
The family, minus me but plus Anep and Alia
Gedik semua!!!
Hahaha ... Pak Dik jemu menunggu

Dah puas? Jom jalan lagi ... Singgah kat rumah Dr. Zaini di Marang juga. Dr. Zaini ialah salah seorang yang telah berjaya sampai ke puncak Everest suatu ketika dulu, dan abah mengenalinya semasa beliau menjadi event manager PAT (Petronas Adventure Team). Sebenarnya, kami sekeluarga dulu selalu datang ke tempat ni, tapi masa tu Dr. Zaini belum tinggal di sini lagi (sekarang beliau dah duk kat sini). Tempatnya nyaman dan chaletnya cosy tepi pantai ...

Rumah Dr. Zaini
Abah dengan Dr. Zaini, dah lama tak jumpa
Ada itik angsa
Ada ayam api-api
Koleksi kulit siput Dr. Zaini
Koleksi Dr. Zaini lagi
Yana, dan bot Dr. Zaini kat belakang tu
Relax ...
Semua relax
Alia dan Anep jadi model sand scooter
Masing-masing menikmati pantai depan chalet
Alia, alia ...
Wati syiok kena angin laut
Chalet Dr. Zaini - ada bot dan kayak kat bawah chalet tu untuk penyewa
Abang dengan buah mengkuang laut
Lepas jalan di pantai, kami dijamu minum oleh ibu Dr. Zaini
Santai di pangkin
Dr. Zaini menunjukkan koleksi dia menyelam (he's a diver)

Dah puas bersantai di rumah Dr. Zaini, gerak ke pengkalan nelayan pulak. Abah nak jumpa kawannya seorang nelayan di situ ...

Persekitaran di pengkalan nelayan
Abah nak minum dengan kawan dia, kitorang nak meneroka!
Lagi, persekitaran pengkalan nelayan
Tambak batu pintu masuk ke pengkalan
Diorang duk belakang kereta nak dapat good view
Background yang cantik

Abah dah habis minum dan borak dengan kawannya, jalan lagi menghala ke Kuala Terengganu. Sampai di Rusila, dah lama nak snap gambar masjid Rusila. At last ... dapat jugak. 

Masjid Ruslia

Sampai di Kuala Terengganu, semua dah lapar. Nak makan kat mana? Banyak gerai tutup pada hari siang ni. Nak cari restoran di tengah-tengah bandar, tak maulah. Jom, makan di A&W ajerlah ... di Pantai Batu Burok.

Punyalah berselera bila dah lapar tu!

Lepas makan, relax-relax dulu menikmati view Pantai Batu Burok ...

Orang jual wau, dan main wau
Ada orang main sand scooter
Cantik view
Masing-masing menikmati alam sekitar yang nyaman

Dah puas jamu mata? Jom jalan lagi pergi ke Pantai Telok Ketapang pulak. Tak boleh tidak kena lalu jugak bandar ...

Ada waterfall di tepi jalan
Bas di bandar, bas antik

Masuk ke Pulau Duyong dulu ... tempat sukan Monsoon Cup tu ...

View ke Pulau Duyong
View dari Pulau Duyong
Di hadapan reception Pulau Duyong Resort
Ini bukan hotel dia, tapi galeri kalau tak silap

Tak ada apa yang istimewa di Pulau Duyong ... terus jerlah ke Pantai Teluk Ketapang. Dah lama tak pergi sana ... Di pantai ni terdapat pengkalan nelayan juga yang telah di tambak dengan batu untuk menghindari ombak yang telah banyak menghakis pantai ... Seronok tengok ombak memukul tambak batu penghalang ombak tu ...

Pantai Telok Ketapang ... menghala ke airport dan pengkalan nelayan
Sampai ke pengkalan nelayan Teluk Ketapang pula ...
Ombak memukul tambak di tebing pantai yang telah ditambak
Ombak memukul tambak batu penghalang ombak
Pondok nelayan
Bot-bot nelayan. Nelayan tak turun sebab ombak besar
Bot-bot nelayan tersadai parking
Dah puas tengok ombak memukul batu di situ, jalan-jalan pula lagi ke Batu Rakit, dan masuk ke pantai sementara anak-anak pergi beli keropok. Ops, terserempak dengan tanah perkuburan di tepi pantai tu pulak! "Assalamu'alaika ya ahli di kampong ini, kami akan menyusul pula suatu hari nanti ..."

Indahnya view di sini
Terdapat tanah perkuburan di situ

Diorang dah selesai beli keropok, sampailah masa untuk balik semula ke guest house ... hari dah petang. Masuk bandar semula, jam ...

On the way back

Sampai di guest house, masing-masing tak lepas peluang juga pergi ke pantai lagi. Tak puas-puas!

Seronoknya Alia ...
Nampak ganas ombak
Alia dan Yana posing depan yang ombak datang
ok lagi ...
haha ... gabra jugak!!!

3 comments:

  1. seronok tengok gambar cantik-cantik i pun baru perasan Disember tahun 2012 mak cik!!

    ReplyDelete
  2. hahaha ... dah betulkan dah ... wayar2 dalam kepala mak cik banyak yang dah hangus kena kemo!!!

    ReplyDelete
  3. Hello, am interested to rent Dr. Zaini's chalet. How do i contact him? Does he have a website?
    Thank you.

    ReplyDelete