ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Tuesday, January 17, 2012

Part 3 Jalang-jalang Ganu lagi 23 Dec 2011

Hari ketiga di Terengganu ni, rasa nak rehat-rehat dan jalan-jalan di kawasan yang berhmpiran jer. Asyik pergi jalan jauh-jauh, yang dekat tak dapat dinikmati ... Pagi-pagi aku dan abah nak pergi pasar dulu. Sementara tu, posing dulu ... Kang, anak-anak dah keluar semua tak ada can dah!!! hehe ... mak cik, mak cik ...

Morning view from the guest house
Posing kat bot tokey sebelum gerak ke pasar. Nanti musim panas nak mintak tokey bawak kami ke pulau dengan bot ni
Mem dengan gajah abah. Gajah ni dah pencen masuk hutan, pergi tepi laut jer

Sampai di pasar, rayau-rayau kat pasar sayur ... apa nak beli untuk masak makan tengah hari ni? Tengok dulu ... apa-apa yang perkenan kat hati dan selera kang beli jer ...

Suasana pasar tempat jual buah
Banyaknya buah-buahan 
Abah beli petai ... mem nak!
Beli jering juga ... perfume mulut dan tandas!!! hehe
Beli ayam untuk anak-anak

Abah nak beli lagi dan suruh aku naik kereta dulu. Tak naklah naik kereta dulu ... snap foto di depan pasar ... Berhampiran pasar ada pengkalan nelayan juga.

Jambatan yang menyambungkan Dungun ke Seberang Pintasan (short cut)
Seorang nelayan baru turun, nak pergi memancing agaknya
Bot nelayan berlabuh bawah jambatan
Ada private property sebelah hujung jambatan - macam tempat repair bot
Pengkalan nelayan
Di seberangnya ada perkampungan nelayan
Jeti tempat nelayan turun

Dalam perjalanan balik, lalu di kawasan perkampungan nelayan ...

Kawasan perkampungan nelayan
Bot nelayan berlabuh di anak sungai menuju laut
Anak sungai bertemu laut
View anak sungai yang menuju ke laut
Menghampiri kawasan rekreasi Pantai Teluk Bidara

Dalam perjalanan menyusur pantai ke guest house, lalu perkampungan nelayan juga di sebelah daratnya. 

Gerai minum nelayan yang dah tinggal

Kalau gerai ni masih beroperasi, bagus sekali sebab ia menghadap laut dan nyaman sekali. Mungkin tak ada sangat orang datang, terpaksa tutup. Tempat ni agak secluded, mungkin ramai yang tak tahu ...

 Bot nelayan yang terbengkalai
Rumah nelayan
Dah sampai ke guest house
Kak Shah Rezad sedang bagi kucing-kucingnya makan
Sebahagian daripada kucing beliau

Balik dari pasar, aku dan abah masak. Masak lauk ikan tapah yang kami beli sebelumnnya ... nyum, nyum ... sedap, dan masing-masing berselera sekali makan (lupa nak snap foto). Lepas rehat-rehat sekejap kami semua keluar ke kampung nelayan yang berhampiran. Dari sebelah kami datang ke kampung nelayan, dipisahkan oleh anak sungai yang menuju ke laut. Kami singgah di kawasan seberang sungai bertentangan dengan kampung nelayan dulu, menikmati keindahan alam semula jadi si situ ...

Jalan menuju ke kampung nelayan, menyusur anak sungai 
Posing atas tanah tinggi
Masing-masing seronok menikmati alam sekitar yang begitu nyaman
Tenang dan nyaman
Abah cuba menebar jala ... tak dapat ikan
Cantik kawasan ni ... ombak tu ...
Seronok tengok ombak
Cantik percikan ombak yang memukul batu
Menenangkan ....
Santai menikmati keindahan alam sekitar
Santainya masing-masing ...
Dah nak pergi ke seberang pulak ... dekat, mereka naik belakang kereta jer
Masuk di pantai seberang, di kampung nelayan
Ada beberapa buah bot yang tersadai
Pirates of the Carribean .. hehehe
Bot-bot yang tersadai, mungkin untuk dibaik  pulih
Alololo ... kuatnya, sampai bot tu senget!!
Balance, balance ...
Nak tersungkur dah! Kuatnya hero-hero tu! haha
Cantik ombak yang bergulung tu ...
Menikmati alam semula jadi 
Cantik ombak tu
Apalah yang mereka cari tu
Nice view
Alia dapat kulit siput yang cantik

Dah puas relax kat pantai kampung nelayan tu, jomlah kita balik. Dalam perjalanan balik, singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara ... Dekat jer dengan guest house tu ...

Santai-santai lagi
Relax dan senang hatinya masing-masing
Nice view
Lambaian daun kelapa yang menawan
Abang dan Anep posing

Alia ... apa lagi, beraksilah


Oit, mak cik ni pun posing jugak!!
Dah puas 'bermain pantai', semua balik ke guest house dan berehat untuk perjalanan jauh balik ke KL esuk hari pulak. Tapi, abah sibuk lagi membersihkan ikan yang dibelinya ...
Abah dengan ikan tapah yang dibelinya

3 comments:

  1. Hai mak cik, dah Disember 2012 ker??? Bukan ke time tu i dan u dah pencen????

    ReplyDelete
  2. haha ... mak cik tersilaplah ... dah betulkan dah

    ReplyDelete