ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Tuesday, January 17, 2012

Part 4 Jalan-jalan dan Bye Bye Ganu 24 Dec. 2011

Hari keempat di Terengganu ... Sampailah masa nak balik KL semula, kerana book guest house pada 21-24 Dec. sahaja. Kang ada pulak orang nak masuk, kes naya pulak! Rasa-rasa nak bertanya kepada tokey ada ke tidak orang masuk. Kalau tak ada orang masuk, boleh tambah satu hari lagi lepak kat situ. Bila dah selesai pack dan masukkan barang-barang dalam kereta baru tahu yang tak ada orang sewa tempat tu, alamak! Tokey kata tak apa unpack jer balik, huh ... tak apalah. Sambil balik nanti, jalan-jalan lagi. Memang masing-masing kaki jalan, tak puas-puas! Semasa aku berkemas-kemas mereka berposing dan abah menyelesaikan urusan bayaran kepada tokey, dan borak-borak dulu.

Alia ngan abang ni biasalah ...
Ni pun sama ...
Sambil menunggu aku selesai, abah selesaikan bayaran dan borak-borak dengan tokey

Dah selesai kemas ... jom gerak. Semua orang salam dulu dengan Pak Hashim dan aunty Shah Rezad. Sebelum keluar dari kawasan tu, singgah dulu di Pantai Rekreasi Teluk Bidara, menikmati keindahan view di sana dan klik klik sana sini ... snap gambar dari kawasan yang agak tinggi sikit di tempat ni ...

Damainya ...
Menikmati ...
Hai, Anep ...
Seronoknya ...
Masing-masing nampak senang hati dan seronok
Anep ngan abang tak da keje ke?
Hah ... panjat, panjat lagi ...
Alolo ... macamlah ...
Dua bujang senang hati ...
Leka menikmati. Anep sibuk ambik gambar

Kat situ ada tebing tinggi. Kalau naik memang cantik nampak view persekitaran. Aku tak berani naik. Kang jatuh berguling-guling macam nangka masak pulak! Tengok jerlah diorang kat atas tu menikmati alam sekitar dan snap foto ...

Amboi, amboi diorang kat atas tu!
Bukan main posing lagi
Abah, Wati dan Wani pun join...
Eksyen berposing. Aik ... mana Pak Dik?
Cantiknya background Wati bergambar
Cantik pulak akar pokok kat atas tu
View celah-celah pokok dari atas tebing
View gazebo dari atas tebing
View pantai dan laut
View jalan dari guest house ke pantai ni
Gajah-gajah ni dah lama tunggu ... Jom gerak
Babai orang kat atas ... nak balik ke tak?
Gajah abah balik dari meneroka jauh ke atas bukit tu ...

Dalam kereta, sempat lagi snap foto-foto ni, hehe ...

View tebing tinggi tempat diorang panjat tu, dan pantai
Tebing tinggi tempat diorang panjat dan berposing tu
Pantai dan laut ...

Dalam perjalanan keluar, ikut jalan kampung nelayan ... Tak mahu ikut main road, tak best.


Pokok-pokok kelapa di sepanjang perjalanan. Kelihatan rumah-rumah nelayan ...
Menyusur sungai ke kampung nelayan
Aik ... ada lembu pulak!

Menghala ke Dungun, ikut jalan jauh dan bukan melalui jambatan pintas. Dapat juga snap gambar-gambar yang menarik ni ...

Private property, mungkin tempat repair atau jual bot
Banyak bot berlabuh di kawasan Kuala Sungai Dungun
Bot-bot dan sangkar perangkap ikan
Lagi bot kat sungai tu
Lagi bot ...

Akhirnya sampai ke pantai Dungun, iaitu Pantai Teluk Lipat. Di sepanjang pantai, nampak ombak besar dan banyak juga pokok yang tumbang dan terbongkah - mungkin dipukul ombak yang besar dan kuat. Sehari selepas kami balik, kat pantai inilah ombak besar yang membanjiri dan memecahkan jalan dan gerai-gerai di situ.
View pantai Dungun. Bot-bot tersadai, nelayan tak turun ke laut
Ombak di pantai Dungun
Pokok kayu yang tumbang

Kami singgah juga di pantai ni. Masing-masing pun apa lagi ... meneroka dan entah apa-apalah yang di cari dan dikutip ...

Masing-masing meneroka
Anep dapat pelampung
Abah dapat pelampung dan apa lagi satu tu?
Pak Dik pun dapat pelampung

Dah puas? Jom ... teruskan perjalanan, kita singgah di tempat lain pulak nanti. Dalam perjalanan sempat jugak klik klik sana sini tu ...

Ni kat mana entah ... lupa

Jumpa orang jual kuih singgah pulak beli kuih akok, bahulu dan kuih bakar panas. Anep nak beli bawak balik. Abah beli, Wati nak makan dalam kereta dan bawak balik. Aku tak berani nak makan! Boleh jamah sikit jerlah, jangan kempunan ...

Mak cik tu sedang angkat kuih bahulu
Tu dia ... kuih bahulu, panas panas
Anep dan abah beli ...

Masing-masing dah suka dapat kuih, jom teruskan perjalanan. Sempat jugak klik klik gambar kat kawasan Paka tu, dan ... babai Dungun ...

Ada tanjung yang terdapat perkampungan nelayan
Pasar ikan di situ
Selamat tinggal Dungun ... Nanti kami datang lagi, best

Sampai kat Kertih, kami masuk ke tempat pembiakan penyu. Kami dah siap-siap guna kereta 4WD, nak masuk ke kawasan remote macam ni ... Sampai-sampai, ops! Jalan yang kami selalu masuk tu banjir! Rasa-rasanya boleh redah, tapi tak berani nak ambil risiko tu. Kang stuck, buang masa jer ...  Perjalanan jauh lagi. Abah redah separuh jalan jer. Abah pusing balik dan Pak Dik langsung tak berani ... Dia cecah air sikit jer, haha ... Takut kena pelekong kat Pak Pon kot bawak kereta Pak Pon tempat cam tu! hehe

Jalan banjir. Dekat jer, tapi rasanya dalam tu
Abah redah sikit
Pak Dik kat belakang, tak berani
Abah pusing balik
Dah selamat atas darat 

Jom ikut jalan lain pergi ke pantai ...

Eh, banyak lak lembu di kawasan ni
Pak Dik kat belakang
Jalan ni ok

Akhirnya, sampai ke pantai ...

Passenger kereta abah turun
Passenger kereta Pak Dik turun

Tengoklah, betapa cantiknya view kat sini. Aku pun apa lagilah, sibuk jadi jurukamera ... Seronok tengok ombak dan percikan air ombak memukul batu di situ ...

Indahnya panorama
Jurukamera yang sibuk!!!
Ombak yang cantik tetapi menggerunkan
Panorama yang mengasyikkan

Lihat pula percikan air daripada pukulan ombak ...

Buih-buih daripada percikan air

Percikan air daripada pukulan ombak ... far away view ...


Sambil tu, masing-masing ada aktiviti tersendiri. Aku pun jadi jurukamera juga ... Ni, slot sibuk panjat batu, posing dan tengok ombak ... Aku tak berani nak panjat. Tergelincir dan jatuh celah-celah batu tu kang, Innalillah aku! haha
Pak Dik nak basah kena percikan air ke?
Pak Dik dan abang leka tengok ombak dan percikan air
Huh, besar jugak ombak tu
Wati leka tengok percikan air
Abah dan Wati siap posing pulak kat atas tu
Hah, naik naik ... jaga-jaga jangan tergelincir dan jatuh

Ni, slot meneroka mencari 'harta karun' pulak ...

Mengutip kulit siput
Anep dapat apalah tu
Apa lagi yang dicari dan dikutip tu
Apa tu Anep?

Ni, slot memanjat batu dan berposing ...

Haha ... Wani tak dapat naik
Tingginya Pak Dik
Ni lagi tinggi
Mak cik kat bawah jer ...
Mak cik tumpang posing kat bawah-bawah jer
Alia
2 orang ni kalau posing
Ish, gaya Alia
Orang ni control macho ...

Ini slot gila-gila pulak ...

Apalah keje abang tu
Tergantung kat batu?
Wah powernya, terbelah batu!
Hai, hai ... nak bunuh diri kat celah batu tu ke abang?

Dah puas dah? Jom balik ... Gajah-gajah tu dah lama tunggu dah tu ...

Gajah-gajah ni pun dah cukup rehat dah ni ...
Keluar ... Macam tempat "tremors" jer

Keluar, teruskan perjalanan lagi ... Singgah pula di kawasan Kemasik. Pantainya tak kurang cantik dan nyaman ... Suatu ketika dulu, semasa kami pergi ke tempat ni pada musim tengkujuh, ada orang surfing. Kami jangka ada juga masa ni, tapi tak ada. Ombak tak cukup besar kot.

Nice view
Di sini dulu ada orang surfing
Menyusur pantai keluar dari pengkalan nelayan di Kemasik - hari hujan
Lagi nice view pantai Kemasik

Dah lepak-lepak dan pusing-pusing kat Kemasik, nak terus shoot ke KL ... Tapi, kena beli keropok lekor dulu. Banyak gerai keropok di tepi jalan, tapi kami beli kat gerai 188. Gerai ni kepunyaan anak kepada ayah angkat kami (Pok Su, nelayan di Kertih yang selalu bekalkan abah ikan segar dari laut setiap kali abah balik dari platform). Keropok yang dijual di sini sedap, banyak ikan dalam keropok lekornya.

Gerai tempat kami selalu beli keropok
Keropok lekor sedap dari gerai ni
Abah beli untuk adik-adiknya dan Anep juga

Kemudian, singgah juga di Cerating. Menurut kawan abah, Poe, masa ombak besar ni ada orang surfing. Anak-anak pun sibuk nak tengok. Sampai-sampai ombak tak besar pun dan ramai orang mandi laut. Memang kali ni ramai orang sebab mungkin ramai yang menghabiskan cuti hujung tahun.

Pantai Cerating tenang jer dan ada orang mandi laut lagi
Kali ni ramai pula pengunjung di Cerating

Abah pulak nak jumpa lagi kawan dia, Poe. Dah jauh juga berjalan, kami lepak-lepak dulu kat gerai Poe ni minum teh sambil tengok TV, program Lawaking (tak silap).

View dari gerai Poe
Abah borak-borak dengan Poe
Anak-anak minum teh
Sambil tu tengok TV
Jalan keluar dari gerai Poe

Cerating tempat menyinggah kami yang terakhir. Lepas tu singgah kampung sekejap ambik buah dan at last ... HOME SWEET HOME ...

Ambil buah pulasan dan durian kat kampung
Wellcome back home ...

... Alhamdulillah ...

No comments:

Post a Comment