Setelah 5 hari duduk di Kota Bharu (KB) dan menjalani pembedahan di HUSM, pada hari Selasa kami bergerak balik dan singgah di Terengganu kerana Abah ada kursus selama 2 hari. Setelah penat dalam perjalanan dari KB, petangnya kami sampai di Kerteh dan akan menginap di Awana Kijal selama 3 hari 2 malam, Selasa-Khamis (8-10 Jan 2013). Sementara Abah berkursus bolehlah aku dengan Wati berehat.
Reception Awana Kijal
Lepas check-in, kami terus masuk ke bilik, yang telah ditempah sebelum kami ke KB lagi. Aku sengaja menempah sebuah bilik Deluxe yang mengadap laut kerana apabila bangun pagi aku suka melihat ke luar tingkap, tengok laut dan matahari naik; amat menenangkan ...
Hush ... nyaman tengok dan masing-masing boom dulu!
Kami diberikan bilik di tingkat 7. Wah, pastinya pemandangan di luar tingkap, dari atas, menarik ...
Aku sangat suka melihat ke luar tingkap dari bilik ini
Laut dan kolam renang
Padang golf
Selepas masing-masing dapat berehat dan tidur sekejap, pada malamnya kami keluar untuk makan malam. Aku juga perlu pergi ke klinik untuk buat dressing luka pembedahan. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di klinik, di Rantau Petronas ...
Menunggu untuk berjumpa doktor dan buat dressing.
Perut dah lapar!!
Selesai buat dressing, kami terus pergi makan di kelab golf di sana. Balik dari makan malam, aku mengambil kesempatan klik sana dan klik sini pemandangan bahagian dalam hotel pada waktu malam...
Depan lobi ada pancuran air
Posing ...
Cafe di lobi
Posing lagi ...
Pemandangan pada waktu malam di bahagian dalam hotel dari atas menarik sekali ...
Pintu utama dan lobi
Kawasan lobi
Lif ke tingkat atas bilik tetamu
Pemandangan di luar dari atas pun cantik ...
Kawasan sekitar, dan terdapat giant chess
Pada waktu pagi, aku tidak ketinggalan melihat awan yang cantik dan laut; sesuatu yang paling aku suka lakukan apabila menginap di hotel ini ...
Awan pagi, matahari nak naik
Awan yang berkepul-kepul macam nak hujan
Apabila hari nak hujan, nampak laut agak gelora ...
Ombak laut yang nampak agak ganas
Apabila hujan turun dengan begitu lebat, aku sempat mengabadikannya ...
Hujan sangat lebat
Persekitaran bahagian dalam hotel selesa, apa lagi apabila tetamu tidak ramai ...
Pintu utama ke lobi
Lobi
Deretan bilik tetamu
Di bahagian luar dari atas sungguh menarik ...
Deretan bilik tetamu; yang bawah sekali ialah bilik suite
Persekitaran hotel dan sebahagian padang golf
Kawasan persekitaran, dengan giant chess
Sekitar lobi sangat selesa ...
Papan penunjuk arah
Di hotel ini ada spa; tidak berpeluang nak masuk lagi
Jambangan bunga yang menarik perhatianku
Posing depan bunga ni!
Posing dan berehat di lobi
Dari dulu, apabila ke Terengganu aku dan keluarga akan duduk di homestay atau hotel. Jika duduk hotel, memang hotel ini kegemaranku untuk berehat dan bercuti. Lagipun, ini sajalah hotel yang terbaik yang berhampiran dengan tempat kerja Abah di Kerteh. Semasa kami di sini, banyak pengubahsuaian dibuat di hotel ini, kerana namanya telah ditukar kepada Resort World. Kalau ada tetamu yang membawa anak untuk mandi di kolam renang memang tidak boleh kerana airnya dikeringkan untuk pengubahsuaian. Selesai Abah berkursus pada hari kedua, Khamis, kami tak nak lagi tunggu. Kami terus balik ke KL kerana dah lama kami meninggalkan rumah dan 3 orang anak. Kami sampai KL dah malam ...
Pemandangan waktu senja yang cantik semasa dalam perjalanan pulang
No comments:
Post a Comment