Selasa, 8 Januari 2013, hari kelima aku, Abah dan Wati berada di Min Camp (MHC), Kota Bharu (KB). Kami mesti gerak meninggalkan KB walaupun aku sebenarnya perlu berehat lagi kerana masih berasa sakit selepas pembedahan pada hari Isnin tu. Sepatutnya aku perlu duk di KB lagi untuk pemeriksaan bekas luka pada hari ketiga selepas pembedahan. Akan tetapi, kami mesti berada di Terengganu kerana Abah berkursus pada hari Rabu dan Khamis. Aku dah siap menempah bilik hotel di Awana Kijal. Selepas selesai berkemas, kami bersembang-sembang sekejap dengan Kak Yah sebelum bergerak, dan mengabadikan gambar kenang-kenangan ...
Bergambar kenangan dengan Kak Yah sebelum bergerak balik
Dalam perjalanan balik. kami ikut jalan Tok Bali dan kebetulan akan melintas rumah seorang sahabat. Kami singgah di rumahnya sekejap ...
Besar, cantik dan selesa rumah sahabatku ini
Kali pertama aku ke sini dulu, baru lepas operation dan tak larat nak jalan keliling rumah. Kali ni aku pusing keliling rumah dan jengah setiap sudut - amat selesa dan nyaman kerana semuanya terpelihara dan penuh dengan kehijauan ...
Sejuk mata memandang
Ada kolam
Ada jambatan merentasi kolam ke dusun
Ada tempat rehat tepi kolam
Ada sudut tanaman herba
Semua yang ada di persekitaran rumah ini menarik perhatianku. Dalam aku berjalan-jalan melihat persekitaran itu, aku pelik melihat sebatang pokok yang mengeluarkan buah yang agak pelik. Buahnya seperti rupa katak puru. Aku dimaklumkan memang buah ni buah katak puru atau nam-nam ...
Pokok nam-nam
Buahnya terdapat di pangkal pokok
Buah nam-nama atau buah katak puru
Dah puas merayau kawasan rumah ni, kami pun gerak balik, semoga kami akan datang lagi ke sini ...
Bergambar kenangan di luar pagar, sebelum bergerak balik
Sampai di Tok Bali, kami singgah di pasar melihat-lihat kalau-kalau ada yang perkenan di hati. Abah beli ikan kering. Kami perkenan melihat ikan-ikan segar yang dijual di situ (tak ada gambar pulak!) dan teringin nak beli, tapi memandangkan kami akan singgah di Terengganu selama dua hari, terpaksalah kami lupakan hasrat tu ...
Jambatan Tok Bali
Pasar kering, abah pilih ikan kering
Abah beli ikan kering
Persekitaran di Tok Bali cantik juga, pangkalan bot-bot nelayan berlabuh ...
Bot nelayan yang berlabuh
Pandangan dari jauh
Selesai beli ikan kering, kami meneruskan perjalanan. Masing-masing dah mula rasa lapar. Kami tak nak singgah di mana-mana kedai makan dalam perjalanan kerana kami nak makan udang, sotong dan ikan goreng tepung di Pantai Mahsuri. Dah lama tak makan itu semua di sini ...
Pantai Mahsuri
Nyum ... nyum ... lepas mengidam!
Dah kenyang, kami meneruskan perjalanan. Sampai di Kertih, aku nak tengok lapangan terbang Kertih tempat abah selalu naik helikopter untuk ke platform. Tempat ni dah dekat dengan Awana dah. Sempat aku melihat helikopter turun dan naik, menurut abah yang pergi dan balik platform ...
Helikopter turun dan naik
Hangar
Dah puas, kami terus ke Awana. Lepas check-in, terus ke bilik dan berehat - semua tidur. Nanti malam baru keluar untuk makan malam. Terasa letih dan bekas pembedahan pulak sesekali berdenyut.
Garden tak cantik pada musim tenkujuh, he he sekarang dah okay
ReplyDeleteI tengok cantik jer ...
ReplyDeleteSalam Siah,
ReplyDeleteDah agak rumah Dr. H sebab baru tengok pokok tomato terbaliknya!