Sebelum ke Langkawi, malah sebelum ke Kota Bharu lagi, aku dah menempah Hotel Awana Porto Malai secara online, menggunakan bankard. Aku sukakan hotel ini kerana ia mengadap laut, dan berpatutan harganya. Al-maklumlah, aku nak tempah dua bilik. Kalau tempah hotel yang mahal kang kopak aku dibuatnya! Semasa balik dari Kota Bharu dan memeriksa e-mel, aku mendapati tempahanku telah dibatalkan. Rupa-rupanya, tempahan tidak diterima melalui bankard, walaupun pada kad tu tertulis VISA! Jenuh pulalah aku mencari hotel lain untuk ditempah. Puas mencari, akhirnya aku menempah dua bilik Deluxe di Hotel Aseania. Pastinya, aku terpaksa menggunakan kad kredit. Harap-harap oklah hotel yang ditempah tu. Kami risau juga sebab selepas tempahan dibuat barulah aku perasan pandangan tetamu yang berkunjung ke hotel itu sebelum ini tidak berapa bagus! Tawakkal jerlah.
Bila dah sampai ke Langkawi, selepas kami makan dan pusing-pusing pulau sementara menunggu waktu boleh check-in, kami pun terus ke Hotel Aseania. Hotel ini terletak di antara Pantai Chenang dan Pantai Tengah, berdekatan dengan Underwater World. Semestinya ia dekat dengan tempat membeli-belah di Pantai Chenang, yang popular dalam kalangan pelancong itu. Di sini, aku ingin mengabadikan gambar-gambar hotel ini dan apa yang ada di dalam dan persekitarannya; gambar-gambar yang dipaparkan akan bercerita ...
Bahagian depan hotel, beginilah rupanya. Di hadapan lobi ada air terjun ...
Kelihatan dari jalan masuk
Ke lobi, pandangan dari hadapan
Ke lobi, pandangan dari kiri
Ke lobi, pandangan dari kanan
Berposing depan air terjun
Laluan naik ke lobi ...
Dari parking naik ke pintu utama
Tangga naik ke lobi dan reception
Menghala ke reception
Laluan menghala ke bilik penginapan
Kaunter reception dan lobi ...
Wati di depan reception counter
Kawasan lobi
Tempat berehat di lobi
Di lobi, ada kolam dan air pancut mini ...
Ambil kesempatan berposing
Berhampiran dengan tangga tempat turun dari lobi ...
Depan meja bell boy
Dekat tangga nak turun ...
Berposing untuk kenang-kenangan
Di kiri kanan tangga turun dari lobi ada aliran air ...
Aliran air di kiri tangga
Aliran air di kanan tangga
Semasa check-in di hotel ini, teringat komen daripada pengunjung di internet mengatakan bilik tak berapa bagus. Ada yang mengatakan bilik air kotor dan tak bagus kerana hotel lama. Akan tetapi, apabila kami masuk ke bilik, Alhamdulillah ok jer dan nyaman. Apa lagi bilik mengadap kolam renang dan di hujung, berhampiran dengan hutan.
Bilik hujung tepi hutan dan mengadap kolam renang
Dewan makannya juga nyaman kerana mengadap kolam renang. Dengan harga yang berpatutan, tidak hairan semasa kami bersarapan, begitu ramai tetamu hotel ini, terutamanya foreigners, kerana semasa kami di sana orang tempatan rasanya baru meninggalkan Langkawi sebab sesi persekolahan baru bermula. Kalau masa cuti sekolah pasti ramai orang tempatan di sini ...
Berselera bersarapan dengan suasana nyaman berhampiran dengan kolam renang
Selepas bersarapan dan sebelum keluar, kami berjalan-jalan meneroka kolam renang di hotel ini. Dari internet, aku dapat tahu bahawa kolam renang di hotel ini adalah yang terbesar di Malaysia, merentang dari depan bilik kami hingga ke dewan makan ini ...
Pemandangan yang menarik dan nyaman sekitar kolam di depan dewan makan
Lagi, persekitaran yang menarik di kawasan ini ...
Air terjun payung
Bergambar kenangan di kawasan ini ...
Bergambar ramai
Yana dan Zafhri
Wati
Yana
Wani
Di sini, terdapat juga shock wave pool ...
Kami bersantai-santai lagi menikmati pemandangan air terjun yang paling tinggi di situ ...
Bersantai-santai menikmati kedamaian tempat ini
Wah ... cantik dan mempesonakan
Sudah semestinya, kami mengabadikan gambar kenangan di sini ...
Masa berkualiti kami sekeluarga
Yesss ... istimewa, pasangan otai! Haha
Yana menyibuk jer!
Yana dan Wani
Dan akhirnya, buah hatiku semua di kawasan kolam yang nyaman dan damai ni ...
Sepanjang kami duduk di hotel ini, kami menyukai tempat ini. Walaupun hotel ini hotel lama, namun mungkin disebabkan kami dapat bilik yang baru diupgrade, maka suasana biliknya cosy dan tidak usang seperti yang terdapat pada hotel-hotel lama. Tambahan kami mengambil bilik connecting, maka kami lagi berasa selesa, cuma sedikit kesan-kesan binaan di bilik air tidak begitu dibersihkan lagi. Mungkin kerana permintaan, pihak hotel menyewakan juga bilik-bilik itu. Selama kami tinggal di situ juga, pengubahsuaian tempat itu masih berlangsung tetapi tidaklah mengganggu sangat kerana pagi selepas sarapan kami keluar dan balik lewat petang. Rasanya, kalau kami ke Langkawi lagi kami akan menempah hotel ini juga. Anak-anak suka tempat ini dan siap pergi terjun dalam kolam renang lagi ...
No comments:
Post a Comment