ASIAH

ASIAH
Freedom ... peace, love and harmony

Thursday, February 21, 2013

Pt 1 : Langkawi (5H4M) - Pergi

Apabila disebut Langkawi, dah lama sangat aku teringin nak ke sana. Kali terakhir kami ke sana sekeluarga, lebih 10 tahun yang lalu, semasa anak-anak kecil lagi. Tahun ini, hasrat aku akhirnya tercapai hendak ke sana, apabila Wani telah selesai menjalani peperiksaan Semester 2, dan aku telah selesai dengan urusan di HUSM - memang tepat masanya untuk aku berehat dan melupakan rasa fobia. Sebelum ke Kota Bharu, aku dah siap menempah hotel di Langkawi, dari 14 Januari 2013 hingga 18 Januari 2013 (Isnin - Khamis : 5 hari 4 malam).

Kami memulakan perjalanan pada tengah malam Ahad. Kami merancang bergerak secara santai dan sampai ke jeti Kuala Perlis pada pagi Isnin. Tak adalah terkejar-kejar untuk menyeberang ke Langkawi. Kalau tak mesti terburu-buru, sampai Perlis petang dan sampai Langkawi malam pula dalam keadaan penat. Memikirkan semua itu, maka kira-kira pukul 12 malam Ahad, kami gerak dari rumah. Kami menggunakan kereta Pak Lie, kerana gajah Abah ada masalah sikit; tak yakin nak bawa.

Dah sampai terowong

Sebenarnya, Abah agak keletihan kerana sebelum tu kami ke Kota Bharu, turun ke Terengganu dan balik KL. Tak sempat rehat sangat, dah kena memandu ke Utara pula. Memandangkan semua boleh memandu, maka Abah boleh mengambil peluang berehat. Zafhri kena jadi pemandu. Wati tak dapat nak memandu kerana terlalu letih tidak tidur sebelumnya menyiapkan kerja, setakat yang mampu. Yana dan Wani memang tak boleh memandu kereta besar tu. Aku mem besar memang tidur ajelah! Nak kekal segar, apa lagi Zafhri pasang MP dia dan melalak-lalaklah sambil bawak kereta! hehe. Kami hanya berhenti sebentar di Hentian Juru, Pulau Pinang, untuk pergi ke tandas. Kami meneruskan perjalanan dan sampai di Hentian Gurun, kami berhenti lagi. Kebetulan masa tu dah nak masuk waktu solat subuh, maka kami pun menunaikan solat Subuh dahulu dan terus minum pagi.

Dalam perjalanan seterusnya, Abah memandu kerana Zafhri pun dah penat. Masuk ke negeri Kedah hari dah mula cerah ...

Dah sampai Kedah

Lalu jalan di kedah, kiri kanan terbentang luas sawah padi ...

Sawah padi yang luas terbentang

Masa ni kira-kira pukul 8 pagi Isnin, dan kami dah menghampiri Kuala Perlis (kami nak ambil feri dari Kuala Perlis kerana lebih dekat ke Langkawi). Sebelum sampai Kuala Perlis, Abah singgah minum pagi dulu, makan roti canai di gerai tepi jalan, kerana Abah belum minum pagi lagi. Selesai, kami meneruskan perjalanan. Sampai Kuala Perlis, runner di sana dah menyambut kami untuk menawarkan tempat letak kereta dan menempah kereta atau hotel di Langkawi nanti. Memandangkan kami agak awal sampai di Kuala Perlis, selepas Abah selesai letak kereta dan ambil tiket, kami terpaksa menunggu hingga pukul 9.30 pagi untuk naik feri (masa tu baru kira-kira pukul 9 pagi, kena tunggu setengah jam lagi baru boleh naik feri). Untuk memudahkan bila sampai Langkawi nanti, Abah siap menempah kereta sewa dari Kuala Perlis lagi ...

Menunggu masa untuk naik feri

Kira-kira pukul 9.30 pagi, semua penumpang feri ke Langkawi dipanggil untuk naik feri ...

Beratur untuk naik feri

Sementara beratur tu, aku mengambil kesempatan klik-klik bot atau feri yang ada di sekitar jeti tu ...

Cantik ...

Masa untuk naik feri, kena turun tangga ...

Nak naik feri

Jenuh juga nak angkat barang masa nak naik feri tu. Masa kami dah naik, terlupa Wati di bawah lagi dengan sebuah beg besar yang berat. Bila Wati dah naik barulah aku tahu yang Wati tinggal di belakang terkial-kial angkat beg, tiada siapa yang menolong. Di Bolehland ni itulah 'istimewanya', kalau kita susah terkial-kial tu tak ada siapa pun yang nak tolong; tengok jer. Sorry Wati. Akhirnya, dah letak semua barang-barang, haaa lega dapat duduk dah ...

Abang, Yana dan Wani duk sebaris

Aku, Abah dan Wati sebaris pulak

Feri ni kecik sikit dan tak berapa selesa, tapi tak apalah. Janji sampai ke Langkawi dan dari Kuala Perlis tak berapa jauh jika dibandingkan kalau naik feri dari Kuala Kedah. Bila feri dah mula bergerak, dapatlah aku ambik gambar jeti Kuala Perlis dari laut ...

Jeti Kuala Perlis dari laut

Bila feri dah jalan, masing-masing apa lagi ... mula melayan mata ...

Mula melayan mata ...

Walau bagaimanapun, aku dan Wati lebih suka melihat persekitaran perjalanan kami - rugi kalau tidur!

Wati

Semasa kami memerhatikan dalam feri, ternampak ada pulak tangan gatal sebelum ni menulis sesuatu di dinding feri, yang membuatkan kami berdua ketawa ...

Shah Rukh Khan, hahaha

Aku dan Wati sibuk menikmati persekitaran pelayaran kami dan ambik gambar riak-riak air, buih-buih atau kapal yang kami nampak ...

Riak dan buih air di tepi feri

Nampak bot dan kapal

Lebih kurang setengah jam dalam perjalanan, dah mula nampak daratan ...

Sayup-sayup kelihatan daratan

Semakin hampir

Nah, dah nampak kapal-kapal yang berlabuh berhampiran dengan jeti di Langkawi ...

Kapal-kapal yang berlabuh berhampiran dengan jeti Langkawi

Akhirnya ... huaaa ... itu dia helang di Dataran Lang ...

Teruja nampak ni dari jauh

Dan, akhirnya sampai di jeti ...

Dah naik dari feri

Zafhri dan Yana sempat posing berlatarbelakangkan helang tu!

Sampai-sampai, Abah menelefon kereta sewa yang telah ditempah. Adoi hai ... lama jugalah kami menunggu orang tu. Bila orang tu datang Abah kena ikut dia pergi ambil kereta pulak. Ingatkan diorang terus bawak kereta yang disewa ke jeti untuk kami. Tunggu jerlah ...

Menunggu Abah depan Starbucks

Haha ...masing-masing nampak penat. Bukan setakat penat jer, tapi perut dah mula memainkan lagu keroncong! Bila Abah sampai dengan kereta sewa, kami pergi cari makan dulu. Nak terus pergi ke hotel tak boleh sebab kami boleh check-in selepas pukul 2 petang. Susah juga kami nak mencari kedai makan pada hari siang di Langkawi. Jumpa-jumpa sebuah kedai makan nampak macam meriah, kami pun singgah. Anticlimax! ... nampak meriah tapi makanan tak seberapa dan nampak tak berselera. Dah penat dan lapar, kami makan jerlah. Dah makan, pusing-pusing dulu sebelum ke hotel ...

Akhirnya, aku sampai juga lagi ke Langkawi, huahaha ...


... YEEAAYYY ...

No comments:

Post a Comment